30

93 2 5
                                    

Jenazah Airen dan Afikah selesai dikebumikan selepas menunaikan solat Zohor.

Sofia menjadi orang terakhir meninggalkan rakan-rakannya itu.

"Tak adil dho korang. Aku pun nak jumpa ibu dengan ayah aku. Kenapa korang tak ajak aku?" Sofia berbual dengan rakannya itu.

Sofia didatangi oleh dua lelaki. Masing-masing berpakaian baju melayu berwarna hitam beserta songkok.

"Assalamualaikum." Suara garau salah satu daripada mereka menyapa Sofia. Seakan-akan kenal, Sofia menoleh lalu menjawab salam lelaki tersebut.

"Waalaikumussalam. Eh Aiman. Afiq?"

"Haah. Kami berdua datang. Sepatutnya aku sorang je yang datang. Tapi Afiq nak ikut, aku bawa jelah." Jawab Aiman.

Mungkin sebab Aiman datang kita tahu hubungan dia dengan Airen. Tapi Afiq? Sebab apa? Sebab boleh kot.

"Sorry, Aiman. Aku tak boleh jaga tunang kau elok-elok." Sofia menunduk menunjukkan rasa bersalahnya kepada Aiman.

"Eh, it's okay. Bukan salah kau. Maybe Allah nak kitorang kahwin dekat syurga nanti? Kita tak tahu."

Patutlah si Airen boleh tergila-gilakan Aiman. Soft spoken gila!! Auto laki idaman. Eh!

Aiman lalu meletakkan bunga di atas kubur Airen.

"Ren, ni bunga favourite Airen kan? Aiman cari untuk bagi Airen je. Airen suka kan? Tunggu Aiman dekat sana eh? Nanti kita kahwin dekat syurga. Promise eh, Airen??"

Afiq pula berjalan ke arah kubur Afikah.

"Aku tahu ni lambat. Sebenarnya aku suka dekat kau. Since kau form 1 lagi. Suka gila dengan kau. Ni, bunga pertama daripada aku untuk kau. Harap kau bahagia dekat sana. Kalau aku confess awal, kita mesti boleh sampai pelamin. Tapi itulah.. eh, apa aku ni. Malu aku nangis depan kau. Ergh.. apapun doakan aku ya Afikah. See you in another universe. My love. Forever."

Tercangang juga Sofia dan Aiman dengar luahan hati Afiq.

Duh, tung ah masing-masing crush suka balik. Iteww dok mampu youu!!

--

Aiman dan Afiq pergi berkunjung ke rumah Sofia. Itupun Sofia sendiri yang mempelawa mereka berdua. Aiman dan Afiq menunggu Sofia di ruang tamu. Katanya dia ingin menunjukkan sesuatu kepada mereka berdua.

Sofia datang bersama satu kotak yang sederhana besar.

"Ni barang-barang Airen." Sofia menghulur kotak tersebut kepada Aiman. Dia lalu ke tingkat atas semula untuk mengambil satu lagi kotak.

Setelah mengambilnya, dia menghulur kotak tersebut kepada Afiq.

"Ni Afikah punya. Tengoklah."

Mereka berdua melihat barang-barang peninggalan arwah.

"Afiq, kau kena tengok buku ni dekat muka surat tengah." Afiq lalu membuka buku tersebut. Dia menyelak hingga ke muka surat tengah. Seperti Sofia, Afiq juga melihat ada banyak polaroid gambarnya.

"Aku rasa kau dah tahu jawapan perasaan kau." Kata Sofia selepas Afiq melihat polaroid tersebut.

"Dah berapa lama dia suka aku ni?" Soal Afiq. Dia juga terkejut.

"Since form 1." Jawab Sofia pendek.

"Kenapa aku tak pernah nampak? Kenapa aku lambat perasan?" Suara Afiq kedengaran seperti menahan tangisan.

"Kalau kau nak bawa balik barang dia, boleh jugak Afiq. "

"Aku nak bawak balik diari ni je. Selebihnya, kau simpanlah. Kau pun perlukan kenangan, kan?"

Problem sekarang ialah kenapa kesayangan Airen dengan cinta hati Afikah ni baik sangat? Patutlah dua-dua cintakan sangat dorang ni..

"Kalau aku nak bawa balik baju tunang Airen boleh?" Aiman mencelah.

Sofia anggukkan sahaja. Takkan hendak dilarang?

Lalu Sofia mengatur langkah ke bilik Airen lalu mengambil baju tunang yang Aiman maksudkan. Baju tersebut disimpan sangat rapi oleh Airen. Menunjukkan bahawa dia sangat sayang dengan baju tersebut.

Langkah diatur kembali ke ruang tamu. Sofia memberi baju tersebut kepada Aiman. Aiman melihat baju tersebut dan mengusapnya perlahan.

--

"Sofia, kau sihat?" Soal Naim.

Hari-hari Naim akan melawat kawannya itu. Bertanyakan khabar, menghiburkan Sofia, memberi semangat kepada diri Sofia dan banyak lagi. Cuma hari ini Naim seperti lain di mata Sofia.

"Sihat. Macam biasa. Kenapa?"

"Kau period macam selalu?"

Soalan Naim membuatkan Sofia semakin pelik.

"Bulan ni aku tak kena lagi. Tapi bulan-bulan lepas ok je."

"Wow." Perkataan Naim jelas membuatkan Sofia semakin pelik.

"Kau tak pelik Sofia? Kau kan kena 'ehem ehem' dengan jantan tu, tapi kau tak ada tanda-tanda yang kau pregnant. Aku bukan nak kau pregnant, tapi sumpah aku pelik."

"Bila kau tegur ni, aku pelik jugak. Tapi kalau aku tak pregnant, bagus jugak. Dah kita jangan persoalkan hal ni. Biarkan je."

Mereka berdua cuba untuk berfikiran positif.

--

2 bulan berlalu,

Sepanjang 2 bulan ini, banyak benda sudah berubah. Apa yang pentingnya, satu berita gembira baru sahaja Sofia dapat 2 hari lepas.

Apa dia??

Mika berjaya melawan kanser paru-paru yang dia hidapi. Yes!! Mika sihat!!

Lena Sofia terganggu selepas dia terdengar bunyi deringan telefonnya. Dalam keadaan mamai, Sofia mencari di mana telefonnya itu. Setelah jumpa, dia menggeserkan jarinya ke arah kanan skrin telefonnya.

Eh, telefonnya masih lagi berdering. Rupanya sewaktu dia menggeserkan jarinya tadi, jarinya tidak terkena skrin. Sekali lagi dia melakukan hal yang sama seperti tadi.

"Assalamualaikum. Sofia kan?" Kedengaran suara seorang wanita dari dalam telefon tersebut.

"Ya, saya. Ada apa?"

"Ni kak Jiha. Akak nak bagitahu, Mika dah sihat sepenuhnya."

"APA???!" Sofia terus menjadi segar.

"Iya. Akak pun baru dapat berita ni. Alhamdulillah, doa kita semua termakbul. Mika buat perkara yang mustahil menjadi tidak mustahil."

"Mika strong boy!! Bila saya boleh tengok dia?"

"Lusa boleh kot. Sebab Mika discharged lusa nanti."

Dan benar saja. Sofia dalam perjalanan ke rumah anak yatim Al-Iman untuk menjenguk Mika. Adik angkat kesayangannya.

Setelah beberapa jam perjalanan, akhirnya sampai juga Sofia di destinasinya.

"Assalamualaikum." Sofia memberi salam.

Seorang wanita ataupun dikenali sebagai kak Jiha keluar menyambut kedatangan Sofia.

"Waalaikumussalam. Sofia. Masuklah."

Sebelum mereka masuk, mereka berpelukan selama beberapa minit.

--

"Akak tak rindu Mika?" Soal Mika dalam nada yang manja.

"Rindu sangat-sangat. Tahniah sebab Mika dah sembuh. Akak tahu, Mika strong boy!

"Kan Mika dah janji nak jaga kakak. Tapi kalau nak kahwin dengan kakak tu, Mika tak nak la."

"Kenapa Mika tak nak?"

"Sebab abang Naim yang kena kahwin dengan kakak."

"Uhuk uhukk, siapa pulak yang mention-mention aku ni??" Di sudut lain, Naim terbatuk-batuk seperti mengetahui ada orang sedang mengata tentang dirinya.

"Mika, abang Naim tu gay tau."

"Apa benda tu??"

"Mika tak perlu tahu kot."

MY SENIORHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin