15

114 4 6
                                    

Setiap hari Sofia pasti akan menerima sticky note beserta pesanan daripada Helmi. Perkara ini telah membuatkan kemarahan Rizqie membuak-buak.

"Apa lagi Helmi ni." Sofia mencabut sticky note yang telah ditampal di mejanya. Lalu membaca.

"Remember Sofia. If you miss me, just look at the moon. Love you.

-helmii ◍•ᴗ•◍

Sofia tersenyum. Tiba-tiba Rizqie datang dan membuatkan senyuman Sofia mati.

"Apa senyum pagi-pagi ni? Melting I dibuatnya." Sofia menjeling Rizqie.

"Bukan kau punya hal." Sofia masih menatap sticky note tadi. Kejadian itu disedari oleh Rizqie. Rizqie lalu merampas dan membaca isi kandungannya.

"Ni ke yang buat you tersenyum-senyum?" Rizqie tidak puas hati.

"Give me back, dude." Sofia meminta kembali.

"Nak? Ambillah." Rizqie lalu mengoyak sticky note itu sehingga cuma meninggalkan serpihan-serpihan kecil di lantai. Sofia terdiam. Rizqie tersenyum senang.

"Bodoh punya jantan." Sofia lalu mengutip serpihan-serpihan yang tersisa di atas lantai itu lalu menyimpannya di sebuah kotak kecil. Di dalam kotak kecil itu tersimpan semua sticky note pemberian daripada Helmi.

Di sisi lain, ada satu kelibat yang melihat kejadian itu.

"Shit."

Lalu meninggalkan tempat tersebut. Kelibat yang dimaksudkan itu ialah Helmi. Sungguh dia benci dengan Rizqie. Sejak kewujudan dia, Helmi tiada lagi kenangan manis bersama Sofia. Kejadian tadi diperhatikan oleh Helmi dari jauh. Mulanya dia datang untuk bertemu dengan Sofia untuk kali terakhir kerana selepas ini dia ingin memasuki universiti. Jadi masa dia untuk bertemu dengan Sofia sangat terhad.

--

Selepas pulang Sofia mengunci dirinya di dalam bilik. Dia lalu melepas beg galasnya lalu baring di atas katil. Air matanya kini menitis. Dia tidak tahu mengapa hari ini terasa berat sekali. Dari pagi hingga ingin pulang ada saja kejadian yang menyakitkan hatinya.

"Kalau aku tahu jantan tu macam ni, tak nak aku tertarik nak kenal dia." Keluh Sofia.

flashback hari pertama Sofia bersekolah di sekolah baru..

Kelas Matematik pertama Sofia di sekolah barunya, namun fokus Sofia tidak terletak di situ. Sebaliknya fokusnya terletak di seorang lelaki di dalam kelasnya. Ini kerana lelaki tersebut kelihatan sangat pandai dan matang.

"Perlu ke aku jadikan dia crush aku untuk aku lupakan Helmi?" Soal Sofia di dalam hati.

"Ok semua, sampai sini je kelas kita hari ini. Saya harap awak semua faham apa yang saya ajar tadi." Cikgu Zara menamatkan kelasnya.

"Bangun semua, terima kasih cikgu." Seseorang memberi arahan.

"Oh, dia ketua kelas ke? Bagus ni." Puji Sofia di dalam hati.

Lelaki yang dimaksudkan itu ialah Rizqie. Sepanjang hari itu, mata Sofia tidak berhenti memandang Rizqie.

"Apalah nama dia?" Sofia tersenyum. Lalu sambung memandang Rizqie.

end flashback .


"BODOH PUNYA JANTAN. KAU BAGI APA KAT SOFIA SAMPAI KAU TAK ADA DEPAN DIA PUN DIA STILL SETIA DENGAN KAU. SIAL!!" Amarah Rizqie membuak-buak. Dia lalu menumbuk dinding biliknya sekuat hati. Perkara itu diketahui oleh ibu Rizqie.

"Riz, dah lah tu. Sini turun makan tengah hari." Nasihat ibu Rizqie itu tidak diendahkan. Sebaliknya, Rizqie melawan kata-kata ibunya.

"Diamlah! Kau tak faham." Ibunya terus menasihati anaknya.

"Itulah kamu, dinasihat tak mahu dengar. Tahu melawan je. Bilalah kamu nak berubah. Jangan diikut sangat perangai bapak kamu tu. Kamu nak ke anak kamu nanti dia cakap bapak dia tu mengamuk je." Rizqie keluar daripada biliknya lalu menuju ke tingkat bawah.

"Aku cakap apa? DIAM KAN?! TAK PAYAH NAK NASIHAT AKULAH. KAU JUGA KAN YANG SUKA LELAKI MACAM TU. KALAU TAK KAU TAK KAHWIN LAH DENGAN BAPAK AKU. SIAL BETUL!!" Rizqie memarahi ibunya.

"Sampai hati kamu cakap macam tu dekat syurga kamu. Kamu ni dah kenapa?" Ibu Rizqie masih bertahan dengan perangai Rizqie.

"Ye sampai. Kenapa? Kau terasa? Kalau kau nak terasa kau tak layak tinggal kat sini. Baik kau berambus je." Rizqie meninggalkan ibunya yang sudah sedih mendengar perkataan yang keluar daripada mulut Rizqie tadi.

--

"WOI AKU BALIK NI. BUKAK PINTU GILAA!!". Ayah Rizqie ataupun encik Rafiq mengetuk pintu rumahnya dengan sangat kuat. Lalu ibu Rizqie ataupun puan Balqis membuka pintu untuk suaminya.

"Lambat." Kata encik Rafiq.

"Maaf. Awak dah makan?" Soal puan Balqis dengan sangat tenang. Encik Rafiq hanya menggeleng. Lalu puan Balqis membawa encik Rafiq ke ruang makan dan menyendokkan nasi untuknya.

"Awak saya nak cakap sesuatu ni." Puan Balqis meminta perhatian kepada suaminya.

"Cakap jelah." Respon encik Rafiq.

"Rizqie marah saya tadi. Dia kata saya tak layak tinggal kat sini sebab saya jenis cepat terasa. Tolong ye nasihatkan dia." Kata puan Balqis.

"Betul lah apa anak kau cakap tu. Aku pun rasa macam tu." Selepas itu, encik Rafiq mencuci tangannya pada bekas yang disediakan khas untuk mencuci tangan. Lalu dia berkata,

"Balqis Shuhada binti Zainuddin, aku ceraikan kau dengan talak 3." Puan Balqis terkejut dengan tindakan suaminya.

"Dah keluar dari rumah aku. Loya aku tengok muka kau." Encik Rafiq melangkah ke atas lalu masuk ke bilik anak lelakinya.

"Rizqie, kau nak mak baru?" Soal encik Rafiq." Rizqie yang terdengar suara bapanya lantas bangun dari baringannya.

"Mak baru? Kenapa? Mak yang lama dah expired ke?" Rizqie tidak faham dengan apa yang dikata oleh bapanya tadi.

"Tak lah, ayah dah ceraikan dia. Ni aku tanya balik, kau nak ke tak nak?" Rizqie lantas mengangguk. Sungguh dia suka dengan tindakan bapanya kerana telah menceraikan ibunya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now