5

170 4 4
                                    

Hari ini SMK Pulau Jaya telah mengadakan hari sukan rakyat peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan antaranya batu seremban, congkak, sepak raga dan lain-lain. Pertandingan ini dipertandingkan antara rumah sukan.

"Weyy.. korang nak masuk acara apa?" Soal Airen selepas cikgu Liza memberi penerangan tentang hari sukan rakyat yang akan diadakan selepas ini.

"Aku masuk batu seremban jelah. Manalah tau batu seremban tu boleh jadi batu Segamat ke." Jawab Afikah.

"Aku nak masuk ting-ting jelah." Jawab Sofia ringkas.

"Maknanya kita berpisah la ni?" Soal Airen lagi.

"Kau nak masuk acara apa?" Soal Sofia dan Afikah serentak.

"Aku nak masuk galah panjang. Mana tahu abang Aiman aku pun masuk galah panjang."

Baru saja tangan kecil Sofia itu ingin hinggap ke pipi Airen, cikgu Liza memanggil semula semua pelajar dan memberitahu tentang tempat-tempat yang dibenarkan pergi sepanjang Hari Sukan Rakyat berlangsung.

Sesekali Sofia berfikir, apakah acara yang dimasuki oleh Helmi.

Melihat ke acara sepak raga, hanya ada Afiq dan kumpulannya.

Dijenguk pula ke arah galah panjang. Masih lagi tidak kelihatan kelibat Helmi yang dicari-dicari.

"Takkanlah mamat tu masuk lompat getah. Boleh melompat ke dia tu." Ujar Sofia sendiri.

"Takkanlah main batu seremban tak pun congkak. Aum betul mamat tu." Tambahnya lagi.

Sepanjang hari sukan rakyat berjalan, tidak langsung Sofia melihat kelibat Helmi.

--

Tepat pukul 2.00 petang, selepas menunaikan solat Zuhur secara berjemaah, semua pelajar SMK Pulau Jaya pulang ke rumah. Sejurus selepas Sofia pulang, dia langsung membuka channel telegram yang dibuat khas oleh sekolah untuk menghantar gambar-gambar aktiviti yang dilakukan di sekolah. Sofia dengan gigih mencari gambar Helmi.

"Ha jumpa!! Laaa main ceper rupanya. Patutlah cari tak jumpa." Teriak Sofia sambil melihat gambar Helmi.

Seketika Sofia memuji Helmi dengan pelbagai kata-kata manis.

--

"Teringinnya nak buat first move. Manalah tau kan aku buat tiba-tiba aku kene accept."

Tersedak Airen selepas mendengar ayat Sofia tadi. Lalu Airen dan Afikah memandang antara satu sama lain. Lalu mereka tersenyum secara serentak.

"Takkan teringin je. Tak nak try?" Cadang Afikah.

"Ish kau ni, silap-silap aku buat kene reject. Jatuh maruah aku. Habis famous aku nanti. Kalau famous sebab kene accept tak pela. Ni sebab kene reject. Buat malu keluarga aku je. Dia tu dah la idaman perempuan-perempuan dekat sekolah ni." Sofia berubah fikiran.

--

Tiga bulan kemudian, Sofia masih berfikir tentang apa yang dikatakan oleh Afikah. Bila difikirkan balik ada betul juga cadangan Afikah itu. Bercampur-baur fikirannya pada malam itu. Sehingga dia mengambil keputusan untuk membuat 'first move' kerana dia terfikir masanya ingin berjumpa Helmi di sekolah sangat suntuk. Hanya berbaki 3 bulan sahaja.

--

"So, macam mana nak buat first move ye?" Soal Sofia kepada diri sendiri. Setelah berfikir panjang, Sofia mencapai sticky note nya lalu dia mula menulis.

"Hi, Assalamualaikum. No need to know me. But i just want to say. Aku sebenarnya suka kat kau. Lawaklah sebab aku pun tak tau kenapa aku suka kau. HAHA, i think dah tak de apa-apa nak dikatakan lagi. Anyways, goodluck for your future and also for your SPM yang akan datang. Babaii >.<

And please sangat-sangat jangan tunjuk benda ni kat sape-sape(〒﹏〒)"

"Done." Kata Sofia singkat. Entah bila Sofia ingin memberi surat itu kepada Helmi.








Can this chapter will be short? Kita tengah tak de idea ni. Hihi... Sayang abe aum....

MY SENIORWhere stories live. Discover now