49

67 2 7
                                    

Di sini, saya ingin memberi bayangan seorang Helmi Hafiz. Percuma baca tentang dia tapi tak dapat bayangkan muka dia.

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

credit: ig @ariesterio (macam tu kot)

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

credit: ig @ariesterio (macam tu kot)

Pandai-pandai fikir macam mana mukanya kalau tak pakai cermin mata

--

Awal-awal lagi Afikah sudah mengejut Sofia. Katanya ingin ke taman. Tidak tahulah tujuannya mengapa. Sofia pula ikutkan saja daripada Afikah ke taman sendirian.

"Kata nak pergi taman." Kata Sofia sambil menjeling Afikah.

"Awal lagi nak ke taman. Lagipun kita tak boleh skip sarapan. Bahaya. Ha, makanlah. Roti canai dia sumpah mantap. Gandingkan pula dengan kuah kari yang pekat ni. Fuhhh!!" Afikah menyambung suapannya.

Layankan saja la perangai si Afikah ni.

Satu kereta Alza bewarna dark purple berhenti di kedai yang Sofia dan Afikah sedang pergi. Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut. Sofia memandang lelaki itu dan merasakan sesuatu. Dia sepertinya kenal dengan lelaki itu. Akhirnya dia dapat cam siapa lelaki itu. Lantas dia memanggil Afikah.

"Pikah, tu bukan Afiq ke?" Afikah yang mendengar itu terkejut.

"Afiq? Mana?" Sofia menunjuk ke arah meja yang berada tak jauh dari mereka.

"Haah la." Kata Afikah. Setelah lama dia tidak dapat melihat Afiq.

"Wey Afiq!!" Jerit Sofia. Terkejut Afikah dibuatnya. Afiq mencari siapa yang memanggil namanya. Sofia melambai-lambai memanggil Afiq.

"Janganlah panggil dia. Malu aku." Kata Afikah.

"Kau je malu, aku tak." Kata Sofia.

"Macam kenal la. Ooo, adik Syafiq. Walawei, dah besar la!!" Kata Afiq selepas dia sampai ke meja tempat Sofia dan Afikah duduk.

"Eh, adik Epul pun ada la. Tak sangka jumpa dekat sini." Kata Afiq lagi.

"Jomla, join kitorang. Pekena roti canai ni." Afiq mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Afikah. Bertambah malu Afikah dibuatnya.

MY SENIORDonde viven las historias. Descúbrelo ahora