27

106 2 4
                                    

Tergesa-gesa Sofia selepas mendapat panggilan daripada pihak hospital. Seawal pukul 7 pagi lagi Sofia sudah keluar untuk segera ke Selangor.

Ceritanya, selepas solat subuh, Sofia mendapat panggilan daripada pihak Hospital Kajang.

" "Hello, Assalamualaikum. Adakah saya sedang bercakap dengan anak encik Syahmie dan puan Fajar?"

"Ya, saya. Ada apa yang boleh saya bantu?"

"Ibu bapa cik terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kedua-duanya dalam keadaan kritikal sekarang. Jadi saya nak cik datang ke Hospital Kajang ini dalam keadaan segera."

"Terima kasih. Saya usahakan datang secepat mungkin." "

"Ya Allah, janganlah apa-apa terjadi. Aku tak nak hilang ibu bapa aku."

Sofia hanya mampu berdoa. Dia berharap sangat dia dapat bercakap dengan ibu bapanya walaupun mungkin waktu itu ialah kali terakhir?

--

Sampai sahaja Sofia di hospital, dia terus menuju ke kaunter untuk bertanyakan di mana ibu bapanya. Setelah mendapat tahu, dia terus menuju ke arah lif dan menaikinya.

--

Sampai saja Sofia di hadapan wad terletaknya ibu bapanya, dia melihat semua ahli keluarga Sofia sudah berada di sana. Kiranya, Sofia ialah orang yang paling lambat sampai. Kakak Sofia datang mendekati Sofia.

"Baru sekarang kau nak sampai?!"

Sofia masih diam.

"Antara aku, kau dengan abang kau, kau yang paling dekat dengan ibu ayah tau? Kenapa kau lambat?"

"Orang baru dapat call pagi tadi. Ini pun tergesa-gesa kak. Janganlah marah orang kat sini. Ramai oranglah." Sofia menjawab dengan nada yang sopan.

"Biar aku marah dekat sini. Biar semua orang tahu, aku ada adik paling tak berguna dalam dunia." Sumayyah sengaja menaikkan sedikit nada suaranya.

Sofia menahan tangisan. Bukan salah dia, dia terlambat.

"Dah, kak. Johor dengan Selangor bukan dekat. Maybe stuck dalam jammed ke. Kita tak tahu. Jangan ikut perasaan je kau nak tegur dia." Syafiq pula mendekati Sofia dan Sumayyah.

"Jammed apa pagi-pagi buta?! Eh ikut hati aku, nak je aku tunjal kepala dia ni. Dia fikir mak bapak dia saja-saja je masuk hospital?!!"

"Betul kata abang tu kak. Johor dengan Selangor tak dekat." Kata Sofia sambil menunduk.

"Tak dekat?! Kau fikir Indonesia dengan Selangor dekat? Tak, gila!! Kau tahu ta-"

"Dah tu. Mak bapak korang tengah bertarung nyawa. Korang boleh gaduh pulak. Sini. Lagi satu, Sofia. Kalau malas datang tak perlu datang. Agaknya kalau mak bapak korang tengah celik matanya, mesti dia kecewa tengok kau, Sofia." Mak cik Sofia telah memotong pergaduhan mereka tiga beradik.

Mereka hanya akurkan saja. Sofia, Syafiq dan Sumayyah. Hanya mereka bertiga yang menunggu di luar wad. Selebihnya, mereka keluar untuk mencari makan tengah hari memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 1.15 tengah hari.

"Aku nak pergi beli makan tengah hari. Kalau ada apa-apa, call tau." Syafiq bangkit dari duduknya dan pergi meninggalkan Sofia dan Sumayyah.

Selepas bayangan Syafiq hilang, Sumayyah memulakan perbualan atau mungkin pergaduhan dengan Sofia.

"Kalau apa-apa terjadi dekat ibu ayah, semua salah kau."

"Apa yang kakak tak puas hati dari tadi dengan orang eh? Bersyukurlah orang masih ada usaha nak datang."

MY SENIORWhere stories live. Discover now