28

90 3 6
                                    

Sejak kejadian 2 minggu lepas, Sofia dan Naim menjadi semakin rapat.

Sofia masih lagi mengikuti kata-kata kakaknya agar menetap di rumah sebenar mereka. Setiap minggu, Naim akan menziarahi Sofia diikuti dengan Airen dan Afikah.

"Aku rasa Rabu minggu depan aku tak boleh datang ziarah kau." Kata Naim dalam sedikit nada sedih. (plus gedik)

"Eh asal pulak? Kalau kau tak boleh datang, kami pun sama tak boleh datang." Airen juga terdengar sedih dengan pernyataan yang dilakukan oleh Naim.

"Seriously? Korang lupa Rabu minggu depan hari apa?" Sofia juga terdengar sedih.

"Hari apa? Hari Rabulah. Hari apa lagi?" Kata Afikah pula.

"Hmm, yeke. Tak pe jangan paksa tau untuk datang. Aku faham situasi korang."

Pastinya Sofia sedih. Rabu minggu depan merupakan hari lahir Sofia. Adakah bermula tahun ini tiada sesiapa yang akan menyambut hari lahirnya? Jika ibu bapa Sofia masih ada, pasti mereka akan menyambutnya walaupun secara sederhana.

--

Maka tibalah hari Rabu. Sepatutnya di hari jadinya, rumahnya akan menjadi riuh-rendah. Namun di hari jadinya yang ke 18 ini, keadaan rumah sangat sepi. Tiada suara ayahnya yang mengejutkannya bangun. Tiada suara memasak di dapur yang datang daripada ibunya. Tiada lagi gurauan daripada kakak dan abangnya. Dan tiada lagi suara adik-adik Sofia yang bernyanyi lagu 'Selamat Hari Jadi' . Semuanya berubah.

Bangun sahaja Sofia dari tidur, dia hanya termenung memanjang. Inilah tahun tersedih bagi dirinya. Mengenangkan berita yang dia dapat semalam, membuatkan dirinya lebih sedih.

'Semalam, Sofia mendapat berita yang Mika menghidap kanser paru-paru. Kanser tersebut sudah berada di tahap 3. Disebabkan itu, doktor juga hanya berani jamin peluang Mika untuk hidup cuma 50%. Mustahil bagi Mika untuk dapat melawan kanser tersebut. Mengenangkan usianya yang masih muda, bertambah lagi mustahil untuk Mika dapat melawan kanser tersebut.'

Sedih jugalah, dari pagi hingga ingin menjelang malam, Sofia tidak mendapat apa-apa ucapan hari jadi daripada sesiapapun.

Sehingga hari menjelang malam. Masih kosong. Awalnya dia tidak mahu ambil kisah jika rakan-rakannya yang lain tidak mengingati hari jadinya. Yang menjadi aneh, Airen dan Afikah. Mereka berdua tidak ingat hari jadi aku? Siyes laa.

Tiba-tiba pintu rumah diketuk. Sangka Sofia, mungkin Airen dan Afikah yang datang untuk melakukan 'suprise' hari jadinya. Tapi lain pula yang terjadi.

Lama Sofia memandang lelaki tersebut.

"Miss me..huh?"


Bosan. So ayuh mulakan.

MY SENIORWhere stories live. Discover now