16

100 4 6
                                    

"DENGAN INI, TARIKH BERPUASA PADA TAHUN 2023 ADALAH PADA BESOK, BERSAMAAN DENGAN 23 MAC 2023. SEKIAN, ASSALAMUALAIKUM."

Sofia melihat pengumuman puasa di televisyen bersama bapa dan adik-adiknya.

"YEAYYY!! Besok puasa!" Kata adik-adik Sofia. "Eleh, terpaling puasa." Kata Sofia pula kepada adik-adiknya. Encik Syahmie hanya melihat saja kelakuan anak-anaknya.

--

"Nad, nad nak ikut ayah tak pergi sekolah lama kamu untuk buat kerja amal?" Soal encik Syahmie selepas melihat Sofia keluar daripada biliknya.

"Boleh je. Bila tu ayah?"

"Waktu puasa ke 5. Lama lagi. Ayah saja nak tanya kamu awal."

"Puasa ke 5? Boleh je. Lagipun Nad dah lama tak jumpa Airen dengan Afikah. Terima kasih ajak Sofia."

Encik Syahmie membalas dengan senyuman.

--

Bermulalah Ramadan. Macam biasa, permulaan Ramadan memang akan banyak ragamnya.

"BANGUN-BANGUN!! SAHUR." Encik Syahmie menjerit. Masih tiada lagi yang turun ke meja makan. Lalu Encik Syahmie menggunakan kuasa mak-mak iaitu menutup semua kipas dan juga penghawa dingin. Dan satu-persatu anak-anaknya turun ke meja makan dengan muka yang penuh seribu satu dendam kerana tidurnya diganggu.

--

"SELAMAT BERPUASA GAISS!! DI SINI SAYA INGIN MEMBERITAHU YANG PADA PUKUL 12 TENGAH HARI SAYA DAPAT MENIKMATI MILO AIS TABUR. SAYA HARAP ANDA SEMUA TIDAK CEMBURU.."

Airen menghantar pesan kepada Sofia dan Afikah.

"Kau sebelum aku suruh Aiman hempuk kepala kau pakai kasut dia baik kau diam." Respon Sofia.

"Betul tu, sesungguhnya riak itu dosa. Tak elok buat dosa waktu bulan puasa ni." Tambah Afikah.

"Yelah-yelah saje je nak bagitahu tak boleh ke?"

"Tak"

"Takk"

Serentak Sofia dan Afikah merespon.

--

Sofia dan bapanya bergerak dari Selangor ke Johor selepas bersahur. Seperti yang dikatakan, Sofia mengikuti bapanya ke sekolah lamanya untuk melakukan kerja amal. Perjalanan mereka dari Selangor ke Johor hanya mengambil masa selama 2 jam.

--

Sofia dan bapanya serta sukarelawan yang lain tiba tepat pada pukul 8 pagi di hadapan SMK Pulau Jaya. Sofia melihat semua warga sekolah sudah menunggu di dewan perdana. Tanpa membuang masa, semua sukarelawan termasuk Sofia dan bapanya keluar daripada kereta untuk menyapa guru-guru di situ.

Tak lama selepas itu, satu lagi rombongan kereta bersama sebuah van memasuki SMK Pulau Jaya. Mereka semua keluar daripada kereta dan van tersebut. Sofia terkejut selepas melihat seseorang yang sangat dia kenali keluar daripada van.

"H-Helmi?" Kata Sofia di dalam hati.

Dia melihat semua gerak-geri Helmi. Tiba-tiba Helmi memandang ke arahnya. Sofia terus melarikan pandangannya terhadap Helmi tadi.

--

Helmi POV:

"Eh, aku tak salah tengok kan? Sofia? Dia buat apa dekat sini? Dia pindah sini balik ke?" Soal Helmi kepada diri sendiri.

"Eh, kau ni. Kenapa nak tahu sangat pasal dia? Ingat, dia dah ada boyfriend. Buat apa suka dekat dia lagi." Kali ini Helmi memarahi dirinya sendiri.

"Siapa yang ada boyfriend ni?" Izzudin, salah satu rakan baru Helmi bertanya kepadanya. "Eh, tak ada siapa-siapa din. Kau salah dengar tu. Yang tadi aku kata, cikgu tu pakai baju warna oren." Helmi melarikan topik. Izzudin hanya mengangguk sahaja.

MY SENIORWhere stories live. Discover now