46

67 4 11
                                    

Selang beberapa hari selepas itu, Sofia, Airen dan Afikah pula kembali ke Malaysia. Keluarga Airen sepertinya sudah lama menunggu kedatangannya. Airen tanpa membuang masa datang menyapa keluarganya.

"Jom, kau dengan aku." Afikah menarik lengan Sofia untuk turut ikut serta bersamanya. Afikah bersalam dan memeluk ibunya dan neneknya.

Jika Sofia kehilangan ibu bapanya, Afikah kehilangan bapanya sejak dia berusia 6 tahun lagi.

"Peah, salam la." Sofia hanya mengikut arahan Afikah tadi. Dia juga turut bersalaman dengan ibu Afikah serta neneknya. Afikah mula berbual dengan ibunya tentang kehidupannya di Kuwait. Sofia pula, hanya diamkan diri saja. Takkan dia ingin masuk campur? Dia memandang keadaan sekeliling lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur itu. Sangat besar dan megah. Dari dia kecil lagi dia tidak pernah ke sini. Mata Sofia terhenti di satu sosok seorang lelaki yang sedang fokus bermain dengan telefon bimbitnya. Dia seperti kenal dengan lelaki itu. Kini Sofia hanya fokus ke lelaki itu kerana dia ingin melihat bagaimana wajah lelaki itu.

Lelaki itu mengangkat wajahnya. Dia menyimpan telefon bimbitnya ke dalam poket seluarnya. Mata lelaki itu turut terhenti selepas dia memandang Sofia. Lelaki itu mengangkat tangannya lalu melambai seperti memanggil Sofia untuk ke dirinya. Dia seperti sudah dapat mengecam siapa lelaki itu. Dia meninggalkan bagasinya lalu berlari ke arah lelaki itu. Sofia memeluk lelaki itu dengan erat.

"Abang!" Kata Sofia yang sedang dalam pelukan lelaki tadi. Lelaki tadi juga turut membalas pelukan Sofia. Gugur air mata Sofia. Dia tidak menyangka abangnya akan menunggu dirinya untuk pulang.

"Lamanya. Kau pergi mana tadi?" Soal Syafiq.

"Aku baru nampak kau, lepastu nak cam itu kau dari jauh susah wey." Syafiq tergelak. Akhirnya, setelah beberapa tahun mereka berpisah, mereka dapat bersatu semula.

"Sofia, cuba kau pusing belakang." Arah Syafiq. Sofia mengikutnya. Selepas dia berpaling ke belakang, dia melihat kakaknya yang sudah bergenang dengan air mata. Sofia memeluk kakaknya.

"Kakak!!" Kata Sofia yang sedang berada dalam pelukan kakaknya.

"Kakak minta maaf." Kata Sumayyah selepas mereka berdua melepas pelukan.

"Minta maaf untuk apa?" Soal Sofia. Setahu dia, kakaknya tidak membuat sebarang kesalahan dengan dirinya.

"Kau lupa? Dulu aku tengking kau, aku tuduh kau penyebab ibu ayah meninggal, aku malukan kau, maki hamun kau." Sofia cuba mengingati semua yang dikatakan oleh Sumayyah tadi. Tiada. Dia tidak ingat walau sedikit pun.

"Oh, tak pe aku maafkan." Terpaksa dia jawab begitu agar dapat menyedapkan hati kakaknya itu.

Seorang lelaki asing datang mendekati Sumayyah.

"Siapa dia ni?" Soal Sofia. Dia memang ada adik beradik yang lain tetapi mustahil ini adik lelakinya.

"Ni Amir. Abang ipar kau. Kiri kanan yang dia pegang tu anak buah kau. Ada lagi satu, tapi masih dalam perut lagi." Sofia menekup mulutnya. Dia tidak percaya, dia sekarang sudah ada anak buah?? Sangat cepat waktu berlalu.

"Kakak ipar kau tengah bawa anak buah kau lagi sorang pergi beli aiskrim." Sekali lagi Sofia menunjukkan reaksi terkejutnya. Abangnya sudah beristeri??

"Aku dah ada 4 anak buah??" Kata Sofia masih lagi tidak percaya.

"Sedar la sikit, kau dah tua." Kata Syafiq menyedarkan usia Sofia sekarang. Orang yang seusia dengan Sofia kebanyakkannya sudah menjumpai pasangan hidupnya.

"Kau bila?" Soal Sumayyah lalu menjongketkan keningnya.

"Aku-" tiada sambungan. Sofia tidak ada jawapan bagi soalan kakaknya itu.

MY SENIORजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें