Puasa Edition!!

80 2 9
                                    

"Abang, abang memang tak nak bangun sahur ke? Bangunla..." Sudah masuk kali keempat Sofia mengejut suaminya untuk bangun sahur.

"Ala sayang, abang kalau tak bangun sahur pun boleh survive la sampai waktu berbuka nanti." Kata Helmi yang masih dalam keadaan mamai.

"Ikut abangla!! Saya dah penat bangunkan abang. Sekarang ni saya nak bersahur, kalau abang tak nak, lantaklah." Sofia meninggalkan Helmi untuk ke ruang makan. Biarlah dia sahur sendiri, lama-lama malas juga dia nak kejutkan suaminya itu.

Helmi pula bukan bangun, malah sambung tidurnya. Teruklah jika setiap tahun macam ni.

--

Tanpa ditebak lagi, semestinya Helmi akan berasa lapar kerana dia tidak bersahur. Kerana rasa laparnya yang melampau, dia hanya berbaring sambil menunggu azan maghrib yang masih lama lagi untuk berkumandang.

"Sayang, sekarang pukul berapa?" Soal Helmi selepas dia melihat isterinya itu selesai menyidai pakaian.

"Abang, ni dah kali ke 8 abang tanya soalan yang sama. Tula abang, saya kejut sahur abang tak nak bangun, tengok sekarang. Padan muka!!" Kata Sofia lalu mengatur langkah ke biliknya untuk meletak bakul pakaiannya.

"Sayaaaaaaaaangggg!! Tak baiklah macam tuuuu." Kata Helmi dalam nada yang manja. Sofia pula, malas hendak melayan.

--

Petang itu, Airen, Afikah, Aiman dan Afiq datang ke rumah Sofia dan Helmi. Seperti biasalah mereka berborak tentang kerja, isu-isu semasa ataupun tentang jiran.

"Kita buka puasa sama-sama nak? Nanti sebelum berbuka datang rumah aku." Kata Airen sambil mengusap perutnya yang kini makin membesar. Airen sudah berbadan dua, hehe bunting pelamin yall...

"Baguslah, lagipun aku tengah malas  nak masak untuk baby besar ni." Kata Sofia. Helmi yang mendengar itu mencebik.

"Merajuklahh." Kata Helmi sambil mengeluarkan muncung itiknya.

"Gediknya laki kau ni Sofia.." kata Aiman. Jujur sekarang ni dia memerlukan air zamzam untuk menyucikan matanya selepas melihat Helmi berperangai seperti itu.

"Aku single, aku tak kahwin lagi." Makin muncung lah Helmi selepas dia berkata begitu.

"Sayangggg, apa ni?? Sampai hatiiii," tak cukup dengan muncung, Helmi mula menarik muka. Tak mahu memandang semua orang.

"Eyyy laki kau ni, ada yang aku bagi pelempang aku ni. Mengada betul!! By the way, semua okay eh kita berbuka sama-sama?" Semua orang mengangguk kecuali Helmi. Dia masih sama seperti posisi tadi. Masih lagi tidak mahu memandang semua orang.

"Helmi memang manja eh sejak dua menjak ni?" Soal Afiq kepada Sofia. Sofia hanya mengangguk menandakan apa yang dikatakan Afiq itu betul.

"Better kau beli pregnancy test ataupun kau buat checkup." Kata Afiq lagi.

"Apa kaitan pregnant dengan perangai manja Helmi tu?" Soal Sofia kepada Afiq. Baru saja Afiq ingin membuka mulut menjawab soalan Sofia, terlebih dahulu Afikah menjawabnya.

"Pembawakan budak. Kadang-kadang bukan kita ni je yang kena alahan waktu pregnant, tapi si suami pun boleh kena." Afiq mengangguk. Betul apa yang dikatakan Afikah tadi.

"So korang nak cakap aku pregnant la ni?" Sofia memandang Afiq dan Afikah silih berganti.

"That's why aku suruh kau beli pregnancy test ataupun kau buat checkup, untuk kepastian." kata Afiq. Baru Sofia faham sekarang.

"Bila aku boleh pergi klinik? Klinik mana pulak aku boleh pergi?" Soal Sofia.

"Don't worry, doktor Afiq here. Jom, kita pergi klinik aku." Kata Afiq.

MY SENIORWhere stories live. Discover now