2

320 8 3
                                    

"Wei, aku dengar minggu depan kita dah start ada latihan sukan." Umum seorang rakan sekelas Sofia. Segelintir daripada mereka merasakan kegembiraan kerana mereka tidak perlu belajar. Tapi tidaklah bagi Sofia, Airen dan Afikah. Dulu, sewaktu sekolah rendah, mereka bertiga sangat aktif bersukan. Namun lama-kelamaan, badan mereka semakin comel dan sesuai untuk dipeluk. Kesannya, mereka sangat malas apabila disebut tentang sukan.

--

Pagi keesokan harinya, aktiviti senam robik, aktiviti yang paling dibenci Sofia dijalankan. Sewaktu aktiviti itu dijalankan, Sofia hanya membuatnya acuh tak acuh. Selepas aktiviti senam robik berakhir, perjumpaan antara rumah sukan pula dijalankan. Sofia, Airen dan Afikah bernasib baik kerana diletakkan bersama-sama. Jadi senanglah mereka nak ber 'gosip' bersama.

"Assalamualaikum ahli rumah sukan merah. So hari ni kita nak pilih atlet-atlet. Walaupun kita dah lama tak menang, tapi kita kena ingat hadiah perbarisan tu kita punya. And lagi satu perkara, kita kena enjoy moment-moment macam ni." Kata seorang senior yang merangkap Setiausaha rumah merah.

"Oh ya, by the way, adik-adik kita yang baru ni mesti tak kenalkan ahli-ahli jawatankuasa rumah sukan ni. So kita panggil lah sorang-sorang mengikut pangkat." Senior itu pun mengambil senarai nama-nama ahli rumah sukan merah.

" First, bagi pengerusi, Aiman Zafri. Lalu Aiman Zafri bangun untuk melihatkan dirinya kepada ahli-ahli rumah merah. "N. Pengerusi, Helmi." Terkejut Sofia sewaktu nama itu diseru. Meski namanya diseru, kelibat Helmi tidak kelihatan.

"Mana dia ni kang aku tarik taik lalat dia." Marah Sofia di dalam hati.

Geram Sofia dibuatnya dari sesi perjumpaan tadi sehinggalah habis sesi memilih atlet. Hanya nama Helmi sahaja disebut tapi orangnya tidak muncul. Muka Sofia sangat suram hari ini.

"Weh, petang ni apa kata kita pergi tolong cik.. Woi!" Baru sahaja Airen ingin menghabiskan ayatnya, dia terkejut melihat muka Sofia yang suram seperti hantu.

"Asal muka kau masam je ni? Dah macam asam jawa." Sindir Airen.

Afikah hanya menunggu di meja kantin. Katanya malas untuk berjalan. Walaupun jarak koperasi dengan kantin tidak sampai 1 km.

"Senyap lah kau. Kau tak tahu sakitnya hati tak nampak crush." Ucap Sofia dalam keadaan sedih.

"Eh boleh repeat tak apa yang kau kata?! Hello ini Airen Zakira. Aku tau perasaan tu eh. Lagipun aku dah ada crush." Ayat terakhir Airen diucap dalam nada rendah.

"Apa-apa? Kurang dengarlah. ada crush? Serius lah??" Bertubi-tubi soalan ditujukan ke Airen.

"Ha, tak de apalah, tadi pika ada pesan suruh beli milo bola sepak kan? Jom kita pergi beli." Hampir terbatal niatnya nak membeli di koperasi. Nasib baik mereka teringat pesan Afikah untuk membeli milo.

--

Hari berganti hari.
Kini, hari sukan sekolah telah tiba. Sofia, Airen dan Afikah tidak mengambil bahagian di mana-mana acara. Cuma cikgu memilih mereka bertiga untuk sertai pertandingan perbarisan. Sehari sebelum hari sukan, Sofia dan Airen ada datang untuk membantu menghias rumah sukan. Sangat banyak cabarannya. Lagi-lagi Sofia. Sampai nak menggaru pun kena suruh cikgu! Orang-orang kat situ siap kata Sofia itu anak emas cikgu lagi. Setelah memakai kostum untuk perbarisan, mereka diminta untuk menunggu di hadapan khemah rumah sukan masing-masing.

"Weh fikah, kau tengok pagar ni..aku yang cat." Kata Airen dengan nada yang bangga.

Dalam percakapan mereka berdua itu tadi, ada mata yang memerhati. Seorang senior yang cat 2 kali ganda lebih banyak daripada Airen menjeling ke arahnya. Siapa je tak marah kalau dia yang penat-penat buat kerja orang lain yang dapat nama. Sofia hanya tersenyum. Seketika mata Sofia mencari kelibat Helmi. Baru dia teringat Helmi ialah atlet. Khemah rumah sukan dan khemah atlet terletak sangat jauh.

Setelah acara perbarisan tamat, nama Sofia dipanggil.

"Sofia Nadira." Nama Sofia dipanggil oleh seorang senior perempuan. Bergegas Sofia mencabut kostumnya lalu pergi ke senior tersebut.

"Kenapa kak?" Soal Sofia pendek.

"Nah, adik pakai dulu nombor ni. Adik nanti tanya kat atlet perempuan yang mana tak sanggup nk lari adik gantikan, boleh?" Sofia hanya mengiyakan sahaja.

Tapi jauh di lubuk hatinya, Sofia ingin menafikan sekeras-kerasnya. Bukan hari ni je. Dua hari sebelum hari sukan juga, Sofia perlu menggantikan atlet yang mengada-mengada. Macam-macam alasannya. Nak bagi makan adiklah, nak hantar adik sekolahlah, nak bagi burung makan pun ada. Bak kata cikgu rumah sukannya, dia jelah harapan untuk gantikan semua atlet itu.

Selepas memakai nombor yang bertulis M306, Sofia terus ke khemah atlet.

--

Tugas Sofia berubah selepas ke gerai cikgunya sendiri.

"Sofia awak boleh tolong saya tak?" Soal Cikgu Rubiah.

Sofia mengiyakan lalu menerima dua botol air 100PLUS daripada Cikgu Rubiah.
"Awak panggillah kawan awak untuk bantu awak. Kalau ada atlet lain nak ganti dengan awak nanti, senang awak suruh kawan awak je buat tugas ni."

Terpaksalah dia kembali ke khemah rumah sukannya untuk memanggil dua Airen dan Afikah.

--

Cuaca pada hari tu sangat tak dapat dijangka. Kadang mendung, kadang gerimis. Tepat sahaja jam menunjukkan pukul 10.25 pagi, cuaca kembali menjadi cerah. Matahari sangatlah terik. Sofia, Airen dan Afikah duduk sebentar kerana telah penat berjalan mencari atlet yang kehausan. Usai mereka duduk, lagu milik Blackpink diputarkan. Mereka yang mempunyai minat terhadap k-pop bernyanyi. Sedang mereka asyik bernyanyi, seseorang datang mendekati mereka.

"Weh,selfie jom." Fatin, salah seorang rakan sekelas mereka datang bersama adik perempuannya.

"Weh, nantilah lepak lu. Lagu blackpink ni." Kata Airen.

Lalu Fatin pun menyertai mereka. Adik perempuan Fatin pula berlari ke arah para atlet yang menunggu giliran di dalam khemah. Fatin hendak pergi mengambil adiknya tetapi keadaan tidak mengizinkan. Khemah atlet itu dipenuhi dengan lelaki. Memang tiada siapa lah berani nak pergi. Tetapi berkat kenakalan adik Fatin, akhirnya Sofia dapat melihat Helmi. Rambut lembut milik adik Fatin itu diusap lembut oleh Helmi. Melihat aksi itu, rakan-rakan Sofia pun terus menoleh ke arahnya. Melihat Sofia sedang tersenyum seperti kambing cikgunya.

"Weh, pika, kau halalkan tak kalau aku pukul dia?" Soal Airen sambil memandang wajah Sofia. "Halal sangat-sangat." Respon Afikah.

Lalu Airen dan Afikah bangun dan meninggalkan Sofia yang masih lagi di hantui kejadian tadi.

Merajuklah tuu....

MY SENIORWhere stories live. Discover now