33

100 5 6
                                    

Setelah berjaya menamatkan tingkatan 6 dengan keputusan yang sangat cemerlang, Sofia melanjutkan pelajarannya di Universti Islam Antarabangsa. Di situ Sofia mengenali ramai orang. Dan berkat daripada itu, dia tidak perlu susah-susah menginap di asrama ataupun mencari rumah sewa.

"Aku Hawa. Kau pulak?"

"Aku Sofia. Kira kita kawan la ni?"

"Kau ni comel la, macam budak darjah satu. Ya, kita kawan."

Mereka berdua tergelak bersama.

"Kalau kau tak keberatan, kau boleh jadi housemate aku. Kau nak Sofia?"

"Eh, nak sangat. Kau macam tahu-tahu je aku tengah cari rumah sewa."

Mereka berdua sekali lagi tergelak bersama.

Mental ke dorang berdua ni? Entah.

--

Di usianya yang berumur 20 tahun ini, Sofia telah berjaya berjumpa dengan orang yang boleh menggantikan peranan ibu, ayah dan kawannya.

Hawa akan melindungi Sofia jika dia diganggu lelaki-lelaki biang di sana.

"Kiw kiww. Awek siak. Mintak nombor. HAHAHA."

Sofia naik rimas kerana dia selalu diganggu lelaki-lelaki miang sewaktu ingin ke kelas ataupun ke cafe. Tetapi dengan berkat Hawa, lelaki di sana takut mengganggu Sofia lagi. Dengan cara apa?

"Tak pe sayang. Biar saya protect awak. Kau! Jangan ganggu kesayangan aku. Godalah dia macam mana sekalipun, dia takkan pandang kau. Sebab dia lesbian. Dah blah-blah. Aku dengan kesayangan aku nak lalu. Jom baby."

Hawa juga akan selalu bertanya yang Sofia mempunyai duit yang cukup untuk dirinya ataupun tidak. Jika tidak, dia akan memberi Sofia sedikit wang. Sofia keberatan juga ingin menerimanya, namun Hawa tetap berkeras dan memaksa Sofia agar terima sahaja wang tersebut.

"5000? Banyaknya Hawa! Aku tak nak duit ni."

"Ambil je. Aku sedekah. Mana tahu ada benda yang kau inginkan tapi tak kesampaian lagi. Kau pergi je la beli pakai duit tu."

"Tak boleh. Aku tak boleh terima."

"Ambil je la. Sebelum aku pinangkan kau dengan pak cik tua depan rumah ni. Ha, baik kau terima."

"Ish, yela. Aku terima. Terima kasih. Aku sayang kau."

--

"Sofia, aku malas nak busy dengan personal life kau. Tapi aku nak tanya kau something boleh?"

"Kalau kau nak tahu pasal pondan yang duduk dekat sebelah Restoran Mesra tu pun aku tahu. Tanya jela. Jangan segan-segan."

"Ke situ pulak kau ni. Ni, aku nak tanya. Kau, pernah bertunang ke?" Soal Hawa.

Sofia terdiam. Tiba-tiba semua memori dia bersama Naim seperti diputarkan semula di dalam fikirannya.

Hawa yang perasan Sofia sedang termenung itu segera menyedarkannya.

"Sofia? Kalau sebab soalan aku kau jadi macam ni, sorry tau."

"Eh, tak Hawa. Aku tak apa. Haah, aku pernah bertunang."

"Mana tunang kau?"

"Kitorang dah putus tunang. Setahun lepas. Sebab lelaki tu dah jumpa yang lebih baik."

"What?!! Dia tinggalkan kau macam tu je?! Kalau aku jadi lelaki tu, aku akan setia tau dengan kau. Eii, kalau lelaki tu depan aku, memang hancur teloqq dia aku pijak. Eh, geramnya!!"

MY SENIORWhere stories live. Discover now