12

112 4 1
                                    

Hari ini merupakan hari jadi Sofia. Walaupun disambut sederhana oleh keluarganya, namun itu tidak membuat Sofia terasa hati.

Airen dan Afikah tidak terlupa mengirim hadiah kepada Sofia. Mereka kata tahun ini mereka ingin satukan hadiah mereka. Katanya malas nak cari hadiah hari jadi.

Sofia tidak sabar untuk membuka hadiah pemberian daripada mereka berdua. Gunting dicapai. Lalu memotong bungkusan. Hadiah berupa kotak bersaiz sederhana dibuka. Terdapat banyak coklat dengan pelbagai jenis jenama. Hadiah itu disertakan dengan sepucuk surat.

"Uishh, jarang member aku nak tulis surat."

Tanpa berlengah Sofia membuka surat tersebut.

"Hi, long time no see. Ni bukan Airen atau Afikah tau. Ni Helmi. Aku, dengan member-member kau dah pakat nak bagi hadiah sama-sama. Sepatutnya hadiah ni aku bagi kau waktu kau pindah. Tapi silap aku lah bangun lambat HAHA. Btw, ok tak sekolah baru? Kalau tak, kau jangan nangis tau. Nanti kau dah tak comel kalau kau nangis. Lepastu jangan lupa makan tau. Lagi-lagi coklat ni. Gigih member-member kau cari. Hargailah effort diorang. Sebenarnya, aku nak mintak maaf sangat-sangat. Hope kau boleh maafkan aku. Aku sedar semua tu silap aku. Aku tak sepatutnya accept orang lain. Sebab kau pemenang dalam hati aku. Nanti ada masa baliklah Johor. Kesian member kau ni rindu kau. Sofia Nadira, ingat tau, aku sentiasa ada dengan kau. Walaupun kau tak nampak aku. Aku fikir lepas dapat result, aku nak sambung belajar. Biarlah takdir Allah menentukan sama ada kita kembali seperti dulu ataupun tidak. Ada jodoh kita jumpa. Jangan lupa doakan aku untuk result SPM nanti tau.. My goodgirl, fi amanillah."

Your love,
Helmi..

Terharu Sofia selepas membaca surat yang ditulis oleh Helmi. Dia pasti Helmi sudah berubah. Dia tidak mampu melakukan apa-apa. Dia menangis.

"Kalaulah aku boleh jumpa kau.."

--

"So semalam birthday kau?" Soal Rizqie. Sofia mengangguk.

"Aku tak dapat wish semalam. So aku nak tebus baliklah. Petang ni aku sambut birthday kau. Tapi aku tak mampulah buat besar-besar." Kata Rizqie.

"Aku ok je. Kau nak sambut kat mana?" Soal Sofia.

"Adalah. Nanti tunggu aku kat taman. Pakai cantik-cantik tau." Rizqie meninggalkan Sofia selepas dia menghantar Sofia ke arah pintu keluar.

--

Petang itu, Sofia mengenakan pakaian berwarna putih beserta tudung bawal berwarna merah jambu. Kasut berjenama Nike dikenakan lalu Sofia keluar ke taman permainan berdekatan rumahnya. Menanti kehadiran Rizqie.

Selepas Rizqie tiba, dia membawa Sofia ke sebuah kedai makan. "Happy birthday, nah kek." Rizqie menghulurkan kek red velvet kepada Sofia.

"Terima kasih Riz. Dah jomlah makan. Lepastu teman aku pergi kedai buku, boleh?" Sofia mempelawa Rizqie untuk makan.

"Anything for you." Satu kenyitan mata daripada Rizqie.

Namun tak dihiraukan oleh Sofia.

--

Helmi POV:

"Berdebarnya, Ya Allah." Helmi sangat berdebar kerana tepat pukul 10 pagi ini, keputusan SPM akan keluar.

Helmi yang masih dibaluti tuala yang berwarna biru cair itu sedang buntu. Pakaian apa yang perlu dikenakan untuk ke sekolah nanti.

"Ish bantai jelah." Helmi mencapai T-Shirt berwarna kelabu beserta seluar slack. Rambut disikat rapi lalu dia keluar ke ruang tamu.

MY SENIORWhere stories live. Discover now