13

117 3 2
                                    

"Sorry to say Riz. Tapi kalau saya dengan awak mesti saya teringat pasal crush lama saya." Ucap Sofia yang duduk di hadapan Rizqie.

"Seriously? Sama dari segi mana?" Soal Rizqie.

"Tak perlu tahu kot." Sofia meninggalkan Rizqie. Entah mengapa hati Sofia seperti merasakan kedatangan Helmi.

--

Loceng rehat berbunyi. Hari ini Sofia tidak berjalan bersama Rizqie. Hatinya seolah-olah menyuruh Sofia menjauh daripada Rizqie buat seketika.

Sofia hanya duduk di meja kantin kerana malas untuk beratur. Setelah barisan menjadi pendek, barulah dia ingin beratur.

Hanya tinggal diri Sofia sahaja yang belum membeli makanan. Sampai gilirannya, dia mengambil pinggan yang berisi nasi goreng bersama ayam. Terkaku Sofia sebelum dia membayar makanannya.

"H-Helmi?" Sofia menyoal untuk meminta kepastian.

"Eh, kau Sofia kan?" Sofia mengangguk.

"Helmi, kau kerja sini?" Sofia masih tidak percaya yang figura di hadapannya ini ialah Helmi.

"Yes. I'm being your abang kantin." Ucap Helmi lalu mengenyit mata ke arah Sofia. Sofia tersenyum manis.

"Eh, tak payah lah senyum. Nanti aku cair, siapa nak jaga semua makanan ni." Sofia terus menukar riak wajahnya.

--

Sofia duduk seorang diri di sebuah meja kantin. Menanti minumannya yang dari tadi belum sampai.

"Nah, milo ais." Helmi datang menegurnya.

"Haihh, sorang je ke?" Lalu Helmi mengambil tempat duduk di hadapan Sofia.

"Ada nampak macam tengah buat kerja kahwin ke?" Helmi menggeleng.

"Kenapa kau kerja jadi pakcik kantin ni? Lepastu macam mana kau boleh sampai Selangor?" Sofia menyoal. Mana tak peliknya. Dari Johor tiba-tiba dekat Selangor.

"Aku tinggal dengan kakak aku kat sini. Sebab aku sambung belajar kat sini. Aku jadi pakcik kantin ni sebab aku nak cari duit. Yelah, takkan aku nak bergantung 100% dekat mak dengan abah kan. Aku ni main apply je kerja kat sekolah mana-mana. Tak sangka pulak aku terjumpa kau." Helmi menjawab panjang soalan Sofia.

"Lepas kau habis belajar nanti kau nak kerja apa?" Soal Sofia lagi.

"Kerja tu halal cukuplah." Jawab Helmi sambil senyum ke arah Sofia.

"Kau sambung belajar dekat mana?" Banyak pulak soalan Sofia ni.

"Secret." Ringkas Helmi menjawab lalu meniggalkan Sofia yang masih tidak faham dengan perkataan Helmi tadi.

--

"Awak kenal ke pekerja baru kat kantin tu?" Soal Rizqie yang sedang berjalan beriringan bersama Sofia untuk menemaninya pulang.

Seketika Sofia tersenyum.

"Yep." Jawab Sofia ringkas.

"Siapa dia?" Soal Rizqie di dalam hati.

"Dia lah crush aku." Sofia seakan tahu isi hati Rizqie.

--

Rizqie berjalan seorang diri menuju ke taman permainan. Sepatutnya dia bersama Sofia, tetapi Sofia mengatakan dia ingin mengikuti bapanya ke rumah anak yatim.

Sedang dalam perjalanan ke taman permainan, dia tidak sengaja melihat Helmi sedang mengeluarkan motosikalnya.

"Kau jiran aku ke?" Soal Rizqie sendiri. Rizqie menjeling Helmi. Lalu berkata, "Apalah hebat sangat kau ni. Kerja kat kantin je pun. Tu pun Sofia boleh suka."

MY SENIORWhere stories live. Discover now