25

102 4 3
                                    

Tiga hari percutian ke Cameron Highlands sangat menyeronokkan. Mereka balik dalam keadaan penuh dengan saguhati untuk diberikan kepada keluarga. Terutama sekali strawberi.

Kalau sebut Cameron Highlands mesti akan ada orang sebut tentang strawberi. Kan?

"Sofia, aku nak tanya something boleh?"
Soal Afikah selepas mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Sofia.

Sofia hanya mengangguk.

"Kau masih suka Helmi?"

Empat patah perkataan itu telah membuatkan Sofia menoleh ke arah Afikah.

"Maksud kau?" Soal Sofia kembali.

"Tak adalah, maksud aku kalau satu hari kau berjumpa dengan Helmi balik, kau still nak dekat dia ke?"

"No. Aku takkan suka dia balik. Hati aku ni dah terubat. And lagi satu, aku yakin if kalau dia datang balik, mesti sebab dia nak ajak aku ke kenduri dia. Come on, takkanlah dia tak jumpa lagi jodoh dia dekat universiti tu."

Ada benar kata Sofia itu tadi. Afikah masih teringat lagi kejadian dia ternampak Helmi bersama seorang wanita sedang berjalan berdua-duaan sewaktu di Cameron Highlands kelmarin.

--

"I'm back Malaysia!!"

Tepat jam menunjukkan pukul 12 tengah hari, seorang lelaki tiba dengan bagasi di KLIA.

Setelah 3 tahun meninggalkan tanah air, Rizqie akhirnya pulang. Dia melihat sudah ada banyak perubahan di bumi Kuala Lumpur ini. Hanya dalam tempoh 3 tahun, pelbagai perkara boleh berubah.

Rasanya Rizqie berubah? Entah..

--

"Besarnya rumah kakak ni. Tapi itulah, besar-besar tapi tak ramai duduk pun. Tiga orang je." Mika terkesima melihat betapa besarnya rumah kakak kesayangannya.

"Kami baru 17 Mika. Awal sangat nak bersuami bagai." Kata Afikah sambil membuat air coklat untuk Mika. Katanya 'air coklat kakak Fikah sedap. Macam dekat kedai.'

"Kalau macam tu, kenalah rajin bawa Mika datang sini. Barulah rumah ni meriah!!"

"Mika, Selangor dengan Johor bukan dekat. Lagipun, lepas ni mungkin kami bertiga semua tak sempat nak datang jenguk Mika. Kakak-kakak semua dah busy dengan study." Afikah menghidangkan air coklat kepada Mika sambil memberi sedikit mukadimah kepada Mika. Entah budak tu faham ke tak.

"Study lagi? Kenapa jadi orang dewasa ni bosan sangat? Tak seronoklah!" Mika menunjukkan muncung itiknya. Sumpah gedik Mika ni!

"Nak buat macam mana. Takdir Mika. Nanti Mika pun akan hadapi jugak."




Sedari Sofia tiada di dalam rumah, Mika meninggalkan Afikah yang sedang bermain telefon bimbitnya sendirian untuk mencari Sofia. Baru saja dia membuka pintu, Mika sudah melihat Sofia sedang duduk di buaian seorang diri.

"Hi kakak!" Sapa Mika dahulu. Sofia terus memandang pemilik suara itu sambil tersenyum.

"Kakak ok?"

"Kakak selalu ok, Mika."

"Kakak tengah risaukan seseorang ke?"

"T-takk."

"Tipu masuk api neraka. Siapa orang yang kakak risaukan tu?"

"Mikaaaaa."

"Sejak bila kakak tak nak kongsi rahsia dengan Mika ni? Cepatlah beritahu Mika. Mika takkan beritahu kakak Airen dengan kakak Fikah."

"Tak ada apalah Mika. Cuma, waktu kita keluar ke KL pagi tadi kakak macam ternampak seseorang yang kakak benci. Kakak risau sebab dia datang semula, benda buruk akan terjadi."

"Siapa? Abang Helmi ke?"

"Apa Mika ni. Bukanlah. Kalau kakak cakap pun bukan Mika kenal."

"Kalau Mika kenal?"

"Rizqie. Mika kenal ke?"

"Kakak jaga diri. Jangan rapat dengan dia."

Sofia masih tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh Mika. Tanpa penjelasan, Mika meninggalkan Sofia seperti keadaan sebelumnya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now