23

98 2 2
                                    

Waktu seakan cepat berlalu. Sekarang Sofia sudah berada di akhir tingkatan 5. Seperti yang dikatakan Sofia sewaktu bersama cikgu Rafiqi 3 tahun lalu, dia ingin masuk asrama. Dan benar, dia betul-betul buat berdasarkan kata-katanya.

Hari ini merupakan kertas terakhir bagi peperiksaan SPM dan selepas itu, merdekalah!!

--

Sofia menghabiskan kertas terakhir tadi dengan penuh bangga. Selepas habis, adalah sedikit sesi berfoto bersama rakan-rakan. Sementara menunggu kehadiran ibu bapanya, Sofia duduk di pondok sambil makan makanan ringan yang dibelinya.

Seketika memori lama Sofia terlintas kembali. Memori bersama Airen dan Afikah, bersama Aulia, Syerra dan Fara serta terutama sekali ialah Helmi. Sejak Sofia masuk asrama, dia sudah mula biasa tanpa Helmi. Tetapi dia masih lagi tidak dapat menerima mana-mana lelaki di dalam hidupnya. Mungkin trauma dengan Rizqie masih ada?

Tiba-tiba terlintas pula tentang mimpi yang dia alami 3 tahun lalu.

"Kenapa dengan tahun depan?" Soal Sofia di dalam hati.

Malas hendak berfikir tentang perkara itu. Buat sakit otak je. Biarlah dia terjawab sendiri. Tepat pula waktu itu ibu bapa Sofia datang.

--

Suasana di dalam kereta dimeriahkan dengan perbualan antara ibu bapa Sofia dan adik-beradiknya. Di dalam semua perbualan, pasti terselit sedikit nasihat daripada ayah Sofia.

"Boleh tak hantar pia pergi rumah anak yatim?" Soal Sofia.

"Boleh je. Kalau nak balik call ayah."

"Tak payah, nanti pia suruh kak Anis hantarkan pia."

"Kalau macam tu ok."

--

"Kakak, kakak tunggu eh. Mika dah besar. Nanti Mika kahwin dengan kakak."

"Mika, Mika cakap apa ni? Mika baru 9 tahun. Jangan buat lucu." Terkejut juga Sofia apabila mendengar apa yang dikatakan Mika tadi.

"Kalau Mika tak boleh kahwin dengan kakak, Mika janji Mika akan jaga kakak."

"Ok Mika, Ok. Sekarang ni Mika dah mandi ke belum? Masam je bau dia."

Mika hanya tersengih menandakan dia masih belum lagi mandi. Lalu Mika ke tingkat atas untuk membersihkan dirinya.

--

Hasil tabungan mereka tiga sekawan selama 5 tahun di keluarkan lalu dikira. Setelah dikira-kira, perrghh banyak la jugak. Tak boleh bagi tahu nilai. Takut jadi macam terlalu riak lah pulak. (Sebenarnya tak tahu nak letak berapa nilainya.)

Impian ingin menjadi housemates akhirnya tercapai. Dengan duit tabung serta sedikit bantuan daripada ibu bapa mereka, Sofia, Airen dan Afikah berjaya menjadi teman serumah.

Seharian itu mereka menghabiskan masa dengan menghias rumah mereka. Mereka memulakan dengan sesi mengecat.

Tapi itulah, baru mula dah bergaduh.

"Warna biru lah. Nampak tenang sikit." Kata Afikah.

"Purple, barulah army." Lawan Airen.

"Hitam, barulah premium." Sofia juga tak mahu kalah.

Dan keputusan akhir yang mereka bertiga persetujui ialahhhhhhh

Warna putih serta kelabu.

--

"Tapi itulah, kalau pasal cat ni kan, teringat aku inilah sebab aku boleh relay dengan abang Aiman." Kata Airen sambil mengecat dinding.

"Eh cincau, sebelum aku cat muka kau, baik kau tutup mulut kau lepastu sambung mengecat." Tegur Sofia.

MY SENIORWhere stories live. Discover now