44

83 3 3
                                    

Sofia sekarang berada di keadaan separuh sedar. Sama ada dia sedang di dunia nyata ataupun masih tidak sedar.

"Degupan jantung patient dalam keadaan yang tidak stabil! Nurse cepat!!" Selepas kejadian itu Sofia kembali semula tidak menyedarkan diri.

--

Sofia perlahan-lahan membuka matanya. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Oh, dia sekarang berada di hospital. Tekaknya terasa dahaga jadi dia cuba bangun untuk mencapai air yang berada di atas meja. Seseorang tersedar dengan perbuatan Sofia itu lantas menegur,

"Ya Allah Sofia, kau dah sedar?" Soal seorang wanita yang melihat perbuatan Sofia itu tadi.

Sofia pula menjadi pelik. Kau..

"A-Afikah?" Tergagap-gagap Sofia.

"Diam peah. Aku tengah speechless ni. Kau dah sedar! Jap aku call Airen." Afikah keluar untuk membuat panggilan dengan Airen. Jika Afikah speechless, Sofia pula sudah lupa cara nak bercakap. Dia masih lagi tidak percaya.

Tidak lama selepas itu, Afikah kembali semula bersama Airen di sebelahnya.

"PEAHHH!! SUMPAH AKU RINDU GILA KAU!!" Airen ingin memeluk Sofia namun Sofia menolaknya.

"Jangan peluk aku. Aku tahu korang ni bukanlah Airen dan Afikah yang sebenar." Kata Sofia sambil memandang Airen dan Afikah silih berganti.

"Apa maksud kau ni?" Soal Afikah hairan.

"Korang kan dah meninggoy. Takkanlah sekarang aku dekat syurga?" Airen seperti biasa dengan kuasa tangannya dia menampar pipi Sofia.

"Ni ha, pertama kali dalam sejarah, hantu tampar manusia. Baru setahun koma, dah anggap kitorang ni meninggal dunia. Banyak cantik!" Dalam pedihnya ditampar oleh Airen, Sofia masih sempat lagi berfikir.

'Hantu mana boleh tampar manusia. Dorang pun jalan jejak tanah. Maknanya dorang manusia la ni.' Kata suara hati Sofia.

"Aaa..erghh.. sorry-sorry. Tadi macam kurang stabil. Fikiran pun ting-tong je. Hehe." Sofia gelak hambar. Fikirannya 50% percaya dan 50% tidak percaya. Hanya satu cara lagi.

"Airen, cuba tampar aku lagi." Sofia menawarkan diri.

"Kau ni kenapa nyah? Tapi kalau kau dah mintak.." Airen sekali lagi menampar pipi Sofia. Sakit! Jadi bermakna dia tidak bermimpi! Badan kedua kawannya itu dirangkul. Mereka bertiga berpelukan.

--

Semasa Sofia ingin pulang ke rumahnya sewaktu dia sudah menyambung pelajarannya di Kuwait, Sofia mengalami kemalangan. Akibatnya, dia koma selama setahun. Sepanjang dia koma, pelbagai memori yang manis bertukar menjadi pahit. Dari kematian rakannya sehingga dia bertunang dengan Naim.

Namun, hanya satu sahaja memori pahit yang betul-betul terjadi iaitu kematian ibu bapanya.

--

Airen dan Afikah membawa Sofia berjalan-jalan di sekitar taman. Mereka juga berbual-bual sambil berjalan. Sofia tiba-tiba seperti teringat sesuatu.

"Korang kenal Hawa?" Soal Sofia kepada kedua rakannya itu.

"Mestilah kenal, housemate kita." Jawab Airen.

"Dia dekat mana?" Soal Sofia lagi. Lantas Airen menjawab, "Dekat Malaysia. Dia mana ikut kita sambung belajar dekat sini."

"Peliklah kau ni sejak sedar dari koma. Cakap kitorang hantula, tak ingat pasal Hawa la. Celah Afikah.

"Kau ni, dia hilang ingatan kan?" Airen berbisik perlahan di telinga Afikah.

MY SENIORWhere stories live. Discover now