11

128 4 5
                                    

2 hari sudah sesi persekolahan baru Sofia. Tapi dia masih lagi tidak selesa dengan persekitaran tersebut. Masih tiada teman untuk diajak berbual. Dia hanya menjalani kehidupan di sekolahnya seperti biasa.

--

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Sofia membeli nasi goreng ayam beserta dengan air mineral sahaja. Sofia melilau mencari tempat duduk untuk dia makan dengan tenang. Satu tangan melambai-lambai memanggil Sofia. Dia hanya pergi ke arah tangan tersebut tanpa segan silu.

"Duduk sini jelah. Kebetulan kita berdua tak de kawan lagi." Rizqie mengajak Sofia untuk duduk bersamanya. Sofia terus mengambil tempat duduk berhadapan dengan Rizqie.

"Thank you. Tapi kenapa semua orang pandang kita eh?" Soal Sofia hairan.

"I don't know. Maybe because you're pretty. And everyone getting jealous because I can sit with you but they don't." Rizqie meneruskan suapan mi gorengnya.

Sofia mula selesa bersama Rizqie. Mereka berdua bercerita tentang diri mereka dan perkara-perkara bebas.

"Apa nama panjang kau eh? Aku ni asyik panggil kau Riz je. Tapi tak tahu nama kau. Mana tahu aku boleh buat nama panggilan untuk kau." Sofia menyoal.

"Nama panjang aku? Kau serius nak tahu?" Rizqie menyoal kembali Sofia untuk meminta kepastian. Sofia mengangguk.

"Nama panjang aku Muhammad Rizqie Helmi Shah Ryan bin Rafiq Ryan."

Terkedu Sofia selepas mendengar nama panjang Rizqie. Panjang satu hal. Yang paling menjadi satu hal lagi ialah namanya persis seperti cinta hati lama Sofia.

"H-Helmi?" Teragak-agak Sofia.

"Ha ye Helmi. Kenapa?" Soal Rizqie hairan.

"Nantilah aku cerita. Waktu rehat dah habis. Jom masuk kelas." Ucap Sofia untuk menyelamatkan dirinya.

--

"Aku kesian kat Sofia. Aku rasa menyesal sebab sepakat dengan Helmi." Afikah menyambung lamunannya.

Sejak Sofia pindah 3 hari yang lepas, mereka berdua merasa kosong.

"Aku pun. Kesian Sofia kena hadap kawan macam kita ni." Ucap Airen dalam nada penyesalan. Kejadian sehari sebelum Sofia berpindah masih segar dalam ingatan mereka.

"Sofia, jom kita keluar jalan-jalan. Sekejap je." Airen memujuk. Sofia hanya ikutkan sahaja. Sofia lalu mencapai kunci motosikalnya.

Mereka sampai di sebuah kedai yang memakan masa selama 5 minit sahaja untuk ke sana. Mereka memarkir motosikal dan mengambil tempat duduk di sana.

"Minum?"

Tanpa diseru, seorang pelayan datang ke arah mereka.

"Ais kosong tiga. Tak nak makan" Sofia yang menjawabnya.

"Korang ajak aku jalan-jalan mesti ada something kan?" Airen dan Afikah hanya memandang antara satu sama lain. Mereka bertiga hanya berdiam.

"Sukalah kau, besok kau dah pindah." Afikah bersuara memecahkan kesunyian tadi.

"Hehe, tak lah suka mana, aku suka sebab dapat duduk jauh daripada Helmi je." Walaupun Sofia berkata begitu, jauh di dalam hatinya dia tidak mahu untuk berpindah. Tak lama selepas itu, air mereka bertiga sampai.

"Kau ready nak tahu ni?"Soal Afikah meminta kepastian. Sofia mengangguk perlahan.

"Sebenarnya kitorang berdua dah lama tahu pasal Helmi suka kat kau balik". Ucap Afikah lalu menepuk bahu Airen.

MY SENIORWhere stories live. Discover now