36

82 5 13
                                    

"So, apa terjadi dekat sambungan surat yang kau dapat tu?" Soal Hawa selepas mereka berdua tiba di rumah.

"Mana kau tahu pasal surat tu?" Soal Sofia kembali. Setahu Sofia, dia tidak memberitahu sesiapa tentang surat yang diterimanya.

"Ergh..emmm...aku ter..baca semalam. Waktu kau mandi, aku baca surat-surat tu." Tipu Hawa. Tipu sunat?

"Lelaki tu dah tak ada perasaan dekat aku. Dia kata dia dah ada pilihan hati. Tak lama lagi nak kahwin dah."

"Begituuuuu. Eh, ergh..Sofiaaa.." Hawa memanggil Sofia dalam nada yang sedikit gedik.

"Hmm?"

"Aku nak minta izin kau boleh?"

"Minta izin apa?"

"Boleh tak kau jadi pengapit aku?" Hawa mengedipkan matanya berkali-kali.

Terus Sofia memaparkan wajah tidak percayanya. Pengapit?! Hawa nak kahwin?!

"Kau nak kahwin ke?!" Soal Sofia serius. Hawa mengangguk perlahan sambil tersipu malu. Gedik!

"Bila kau kahwin?" Soal Sofia lagi.

"Sabtu minggu depan." Makin terbuntang mata Sofia selepas mendengar jawapan Hawa.

"Kau ni, dalam diam je. Kenapa tak bagitahu awal-awal? Siapa lelaki tu?"

Berubah riak wajah Hawa.

"Kau boleh tak jadi pengapit aku ni?" Hawa terus menukar topik perbualan mereka.

"Yela, aku jadi." Hawa bersorak kegembiraan. Dasar kanak-kanak berumur 20 tahun.

--

Hari yang dinanti telah tiba. Sejak pagi lagi, Sofia telah bangun untuk bersiap. Mengalahkan pengantin. HAHAHA!

Hawa pula sudah pergi ke rumah ibu bapanya sejak semalam. Katanya, MUA berasal daripada sana. Jadi dia ingin menyenangkan kerja orang, maka dia balik ke sana.

Setelah selesai bersiap, Sofia terus bergerak ke destinasi seterusnya.
Rumah Anak Yatim Al-Iman. Dia mengajak Mika untuk turut serta ikut. Ala, buat teman je.

"Mika cepat sikit. Dah lambat ni." Jerit Sofia selepas 15 minit dia menunggu Mika tetapi masih tidak kelihatan kelibatnya.

Akhirnya, keluar juga Mika daripada biliknya. Kelihatan sangat segak dengan berbaju melayu berwarna baby blue sesuai dengan tema yang dikatakan Hawa. Ditambah songkok yang terletak elok di atas kepala. Senyuman yang menampakkan lesung pipit di pipi kirinya menambahkan lagi kekacakan Mika. Anjayy. Pasti di sekolah, Mika menjadi kegilaan ramai.

"Ini, kak Hawa yang nak kahwin ke Mika yang nak kahwin ni?" Soal Sofia selepas terpegun dengan Mika.

"Eh, Mika nampak macam nak kahwin ke? Ermm, tak ada calon lagi la kak." Mika menggaru kepalanya yang tidak gatal. Segan dia selepas dikatakan begitu.

Sofia pula sudah tergelak mendengar jawapan daripada Mika tadi.

"Oh, so maknanya kalau mika ada calon, Mika ikut sekali la akad nikah nanti? Gitu?" Usik Sofia.

"Mana ada. Tak. Mika tak nak kahwin lagi. Mika nak belajar dulu."

"Eleh, tapi dalam hati kata lain kan?" Masih lagi Sofia mengusik Mika.

"Kakak, jomlah gerak. Tadi kata dah lambat."

Sofia ikutkan saja kata-kata Mika itu. Ada betulnya. Dia perlu gerak sekarang.

--

Sofia selamat tiba di rumah Hawa. Perjalanannya hanyalah memakan masa selama 45 minit.

Sofia bersalaman dengan beberapa saudara-mara Hawa. Kemudian, dia menuju ke bilik Hawa kerana kata ibu Hawa, Hawa sedang disiapkan oleh mak andam di dalam biliknya.

MY SENIORWhere stories live. Discover now