38

83 5 2
                                    

Sofia terjaga daripada lenanya. Dia melihat jam. Sudah pukul 6.17 pagi. Dia terus bangun lalu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Selepas selesai, dia turun untuk membantu Mak Milah memasak. Iyala, sudah menumpang rumah orang takkan tak nak balas jasa mereka pulak.

Sofia melihat Mak Milah sedang mengupas bawang merah. Dia terus menegurnya,

"Mak, awalnya bangun."

Mak Milah memandang ke arah Sofia lalu tersenyum.

"Tak adalah. Kamu tu, awalnya bangun."

"Saja nak tolong mak masak. Iyalah, mak dah bagi Sofia tumpang tidur. Ni masanya nak balas balik jasa mak."

"Ala, susah-susah je. Tak terbeban pun. Lagipun mak dah anggap Sofia macam anak sendiri."

"Tak pe. Ni, Sofia boleh tolong dekat bahagian mana?"

"Ni. Sofia tolonglah mak kupas bawang ni. Mak nak kejut abah kamu."

Sofia terus mengambil alih kerja mak Milah. Dia terus menerus mengupas bawang. Lalu diteruskan dengan memotongnya. Setelah siap, dia terus mencuci tangannya. Sedang mencuci, dirinya ditegur.

"Awal kau bangun?"

Terkejut Sofia dibuatnya. Dia terus menoleh ke pemilik suara itu. Sofia terus tersenyum.

"Morning, my senior!"

"Aku tanya kau, awal kau bangun?" Helmi tidak membalas ucapan Sofia itu tadi sebaliknya dia bertanya soalannya kembali.

"Mestilah awal, nak pikat hati mak mertua." Helmi menjeling Sofia.

"Tu, buat apa tu?" Soal Helmi selepas dia melihat Sofia menyendok nasi."

"Ni? Aku nak buat nasi kangkang. Khas untuk kau." Jawab Sofia.

"Itu ke salah satu plan kau nak pikat balik hati aku?" Sofia mengabaikan saja soalan Helmi tadi.

Helmi sedikit geram kerana soalannya tidak dijawab. Tapi dia hanya biarkan saja. Baru sahaja Helmi ingin keluar daripada ruang dapur, dia terserempak dengan emaknya.

"Ha, Apis. Eloklah kamu dah bangun. Tolong mak belikan minyak dekat kedai." Mak Milah meminta tolong kepada Helmi.

"Ala, mak. Kenapa apis? Suruhlah abah ke. Tak pun abang-abang yang lain ke. Khalid ke. Lagi satu, ada ke kedai buka pagi-pagi buta ni?" Helmi memberi alasan.

"Kedai runcit pak Manap tu pagi-pagi lagi dah bukak. Ala, lagipun adik beradik kamu semua dah kahwin. Ada bini yang perlu dijaga. Abah kamu pulak tengah mandi."

"Apa kena-mengena beli minyak dengan ada bi-"

"Dah, tak perlu banyak mengomel. Pergi keluar beli minyak sekarang."

Sofia yang mendengar itu lantas mendekati mereka berdua.

"Mak, Sofia nak ikut Helmi boleh?" Soal Sofia. Mak Milah terus menurunkan nada bicaranya.

"Boleh. Pergi teman dia. Manalah tahu dia nak mengelak ke. Kalau ada kamu tak dapatlah dia mengelak."

"Yess!" Sorak Sofia di dalam hati. Helmi terbeliak. Dah la dipaksa keluar membeli. Tambah lagi kena bawa perempuan ni. No!!

--

Helmi dan Sofia yang berada di dalam kereta hanya diam. Hanya bunyi daripada radio sahaja yang kedengaran.

Sofia memandang ke arah kanannya. Dia melihat Helmi sedang memandu. Dengan wajah yang dari tadi tidak mengukir senyuman. Tanpa sedar, dia sudah memandang lama wajah Helmi. Helmi yang merasa dirinya dipandang terus melihat ke arah kirinya. Sah! Dirinya direnung gadis di sebelahnya itu.

"Kau asal pandang aku macam tu?" Teguran itu membuatkan Sofia tersedar. Duh, mampus!

"Tak ada apa." Jawab Sofia pendek.

"Apa tujuan kau ikut aku pergi kedai ni?" Soal Helmi.

"Nak keluar dating dengan kau. Salah ke?"

"Jawab betul-betul."

"Betul la. Jarang kita dapat berdua. Lagi satu, aku nak mulakan rancangan aku. Nama rancangan tu ialah “14 Hari Memikat Hati Helmi Hafiz.” so, ni day 1 cuba memikat hati Helmi Hafiz."

"Kita jarang berdua sebab kita ni bukan mahram. Lagi satu, aku rasa tak perlu kot nak teruskan rancangan kau tu. Tak bagi effect dekat aku pun."

"Maknanya, kalau kita dah jadi mahram kita boleh berdua selalu?"

"Malas aku nak cakap dengan kau. Dah sampai, turun." Helmi terus keluar daripada kereta.

--

"Semuanya 5.00 ringgit." Kata penjaga kaunter itu. Helmi menepuk dahinya perlahan. Lupa dia ingin meminta emaknya wang untuk membeli minyak itu. Sofia yang selesai mengambil barang yang hendak dia beli itu terus menuju ke kaunter. Dia melihat Helmi sudah menggaru kepalanya.

"Bang, sekali eh." Penjaga kaunter itu terus mengira keseluruhan barang Sofia beserta dengan minyak yang Helmi ambil tadi.

"13 ringgit 50 sen." Kata penjaga kaunter itu. Sofia mengeluarkan sekeping wang berjumlah 20 ringgit lalu dihulur kepada penjaga kaunter itu. "Baki simpan ye." Kata Sofia lalu mengambil plastik barangannya dan terus menuju ke kereta.

--

Hanya kelibat Sofia sahaja yang terlihat. Tetapi Helmi tidak. Mak Milah yang melihatnya itu terus bertanya kepada Sofia.

"Mana Helmi?"

"Dia kata dia nak keluar sekejap." Jawab Sofia.

"Ni mak dah siapkan semua bahan ke?" Soal Sofia.

"Dah. Tinggal nak masak je."

"Kalau macam tu, biar Sofia jela yang masak. Mak boleh pergi dating dengan abah." Mak Milah menepuk perlahan bahu Sofia.

"Apa pulak dating. Dah tua dah Sofia."

"Umur hanyalah angka." Sofia dan mak Milah tergelak.

--

Nasi goreng yang sudah siap itu dihidang oleh Sofia. Semua sudah menunggu untuk menjamu selera. Setelah dihidang, mereka semua menyendok nasi goreng tersebut. Khalid yang perasan tentang ketiadaan abangnya itu lantas bertanya.

"Mana apis?"

"Abang kamu keluar." Jawab Mak Milah.

Khalid menyambung suapannya. Dalam beberapa minit kemudian, Helmi kembali pulang.

"Assalamualaikum." Helmi memberi salam lalu melangkah masuk ke dalam. Dia menuju ke meja makan lalu menghulurkan satu plastik kepada Sofia.

"Apa ni?" Soal Sofia.

"Roti canai. Aku tahu, kau tak boleh makan nasi pagi-pagi. Nanti kau  cirit-birit, kan?"

Plastik itu bertukar tangan. Sofia terus membukanya lalu memakannya. Orang dah belanja, bersyukur jela.

"Ingat jugak kau pasal dia." Usik Khalid.

"Aku belikan untuk dia bersebab." Jawab Helmi.

"Sebab suka ke?" Giliran Mika pula mengusik.

"Tak. Sebab dia dah belanja minyak tadi. Mak la, suruh apis beli minyak tapi tak bagi duit." Helmi mengubah nada bicaranya.

"Eh, haah la.  Hehe, I am sorry eh apis. Mak lupa."

"Tak pe la mak. Benda dah berlaku." Helmi faham, emak dia bukan masih muda lagi. Jadi, bila sudah tua banyaklah penyakit-penyakit yang datang.

MY SENIORWhere stories live. Discover now