6

166 5 4
                                    

Hari kelihatan masih gelap. Jam menunjukkan pukul 6.45 pagi. Hanya seorang dua pelajar sahaja yang baru sampai ke sekolah. Sofia mengambil tindakan untuk datang awal ke sekolah untuk memberikan hadiah serta surat yang ditulisnya kelmarin. Meskipun ragu-ragu, dia tetap memberanikan diri untuk memberinya kepada Helmi.

--

"Meja dia kat sini." Tunjuk Sofia. Lalu dia menundukkan diri untuk meletakkan hadiahnya ke bawah meja Helmi. Selepas itu, Sofia terus berlari ke dewan perdana.

--

Beberapa minit selepas itu, Afikah serta Airen datang ke sekolah.

"Huish, awal betul kau datang sekolah." Kagum Airen.

"Biasalah. Aku hari ni macam nak buat benda gila je." Airen dan Afikah berpandangan antara satu sama lain. Mereka masih lagi tidak faham apa yang dimaksudkan Sofia.

"Benda gila apa?" Soal Afikah hairan.

"Aku confess kat 'dia'." Selamba Sofia.

Terkejut Airen dan Afikah dibuatnya. "Kau ni betul ke Sofia? Ke kau ni jelmaan dia je?" Makin seram sejuk Airen dan Afikah.

Mereka masih berfikir adakah yang Sofia kata itu perkara sebenar.

--

Sejurus selepas perhimpunan berakhir, semua pelajar SMK Pulau Jaya dikehendaki masuk ke kelas. Mata pelajaran pertama bagi kelas 5 Kasturi ialah Prinsip Perakaunan. Jadi, pelajar 5 Kasturi perlu pergi ke bilik Matematik. Helmi hanya meninggalkan buku teks di bawah meja. Baru saja ingin mengambil buku teks, tiba-tiba dia melihat sebuah kotak yang sangat comel.

--

"Eh, kotak ape ni?" Soal Helmi sendiri.

Bukan dia tidak mahu membuka kotak itu, tetapi masa tidak mengizinkan. Jadi dia tidak mengusik kotak itu dan hanya membiarkannya. Dia terus mengambil buku teks Prinsip Perakaunan lalu beredar daripada kelas.

--

Sepanjang sesi pembelajarannya, Helmi hanya meletakkan fokus kepada kotak yang ada di bawah mejanya.

"Helmi, are you there?" Soal cikgu Zul merangkap guru Prinsip Perakaunannya.

"Ah, ye cikgu. " Teragak-agak Helmi merespon.

"Helmi, tolong berikan perhatian sewaktu saya mengajar. Awak tahu kan SPM tak lama dah. Saya tahu Prinsip Perakaunan ni senang nak lulus, tapi awak jangan jadikan dia susah. Nasihat ni bukan untuk Helmi je tapi untuk semua orang. Saya pasti setiap seorang dalam kelas ni ada cita-cita yang tinggi. Dan yang lagi pasti awak semua mesti nak banggakan ibu bapa awak semua. Jadi awak semua sebagai pelajar, banggakanlah ibu bapa awak dengan cara mendapat keputusan yang cemerlang. Saya nasihat ni bukan saja-saja, tetapi untuk kebaikan juga. Saya harap awak semua faham apa yang saya nasihatkan ni. "

MY SENIORWhere stories live. Discover now