50

101 3 4
                                    

"Aku terima nikahnya, Sofia Nadira binti Mohd Syahmie dengan mas kahwinnya 3000 ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz, Helmi sah bergelar suami kepada Sofia.

Bohong jika Sofia tidak berasa malu sewaktu sesi pembatalan air sembahyang. Kena duduk rapat dengan Helmi. Jantungnya berdegup dengan sangat kencang.

Tiba masa sesi bergambar. Perbuatan jurufoto terhenti selepas dia melihat sesuatu pada muka Helmi.

"Tu.." ayat jurufoto itu tergantung. Sofia menoleh ke arah Helmi dan ikut terkejut seperti jurufoto tadi.

"Awak.....darah!!" Kata Sofia. Dia mengelap darah yang mengalir keluar daripada hidung Helmi menggunakan lengan baju Helmi. Kotor pun kotorla.

"Awak tak perasan ke hidung awak berdarah?" Soal Sofia. Helmi hanya menggeleng sambil tersenyum.

"Excited sangat dah ada bini, tu hidung berdarah!!" Jerit Aiman. Dia juga ikut terkejut kerana dia melihat darah mengalir keluar daripada hidung Helmi.

"At least, tak ulang sampai 4 kali!!" Jerit Helmi kembali. Ha sudah, main sindir-menyindir pulak mereka berdua ni.

--

Majlis persandingan Helmi dan Sofia dilakukan di sebuah dewan. Awalnya, majlis itu sepatutnya hanya dilakukan di rumah Helmi, namun Helmi sendiri yang memberi cadangan untuk melakukan majlis tersebut di dewan. Katanya, boleh jemput ramai orang.

Helmi pergi menuju ke arah pengacara majlis lalu berbisik sesuatu. Pengacara majlis mengangguk menandakan dia faham dengan apa yang dibisikkan oleh Helmi.

"Sekarang, kita ada segmen khas! Pengantin lelaki ingin menyanyi!! Jadi, jom kita dengarkan bersama-sama nyanyian daripada pengantin lelaki kita, Helmi. Silakan," kata pengacara majlis lalu menyerahkan mikrofon ke tangan Helmi.

"Lagu yang saya akan nyanyikan ini sudah tentu untuk isteri saya jadi, awak di sana dengarkanlah," kata Helmi.

“Tidak terduga waktu ini kan tiba
Jelas di minda gambaran yang pertama
Cukup semua tutur dan caramu
Kau panah hatiku
Tangis dan tawa semuanya bersama
Bagai udara ku perlukan sentiasa
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Bertahun lama mengenal hati jiwa
Retak berjuta tetap satu semula
Ku putus kata hidup tanpa kamu
Bukan yang ku mahu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu

Jangan bimbang
Ku sediakan semua kau takkan hilang arah
Jangan bimbang
Ku kan jadi yang terbaik untukmu

Sedia ku terima dirimu seadanya
Setia menjagamu untuk selamanya
Sedia ku diduga ku berani kerana
Telah ku menang kamu...”

Selesai Helmi menyanyi, semua tetamu memberikan sorakan yang sangat kuat.

"Terima kasih atas nyanyian yang sangat merdu tadi. Erghhh, pengantin perempuan tak nak nyanyi ke?" Kata pengacara majlis. Sofia hanya menggeleng sambil tersipu malu.

MY SENIORWhere stories live. Discover now