37

79 6 2
                                    

Sofia dibenarkan untuk bermalam di rumah ibu mertua Hawa aka rumah Helmi. Itupun kerana Mak Milah yang memaksa Sofia. Katanya sudah malam, anak dara tak elok di luar.

Still remember kan siapa Mak Milah dengan Pak Sofi? Dorang parents Helmi.

--

Kali inilah Helmi sekeluarga dapat makan malam bersama. Kalau tidak, masing-masing sibuk dengan kerja masing-masing.

Sofia juga turut ikut serta makan malam bersama.

"Ei, kau perempuan." Kata Helmi kepada Sofia. Dia perempuan kan aku? Kita ni ada nama tau. Huh!

Sofia memandang Helmi dengan muka yang penuh dengan senyuman. Atau boleh dikatakan dendam?

"Tuangkan aku air. Nak mati tercekik aku dekat sini." Selamba Helmi menghulur cawan ke arah Sofia. Ikutkan hati nak saja Sofia biarkan Helmi begitu. Mati tercekik pun lantaklah. Tapi bila difikirkan kembali, dia tuan rumah. Jadi kena layan baik-baik. Sofia mengambil cawan tersebut lalu menuang air fresh orange untuk Helmi.

"Terima kasih pun tak ada." Kata Sofia di dalam hati.

"Terima kasih Sofia Nadira binti Mohd Syahmie." Ucap Helmi.

Uishh, Helmi ni sejak menghilangkan diri dia pergi belajar ilmu hitam ke? Boleh baca isi hati orang. Seram.

"Sama-sama tak de ke sayang?" Helmi merenung dalam wajah Sofia.

"Sama-sama." Sofia terus bangun lalu meninggalkan meja makan. Mukanya pula sudah menjadi seperti tomato. Merah! Blushing? Yess!

"Lid rasa kan mak, apa kata kalau apis dulu bagi anak buah barulah kitorang." Khalid mencelah. Old Khalid pun dah kembali. Kaki celah. HAHA.

"Kau diam. Sibuk je." Helmi menjeling Khalid.

"Good idea Khalid. Mak setuju." Mak Milah dan Khalid tersenyum antara satu sama lain.

"Ha Apis, kembar tau. Macam aku." Hilman, abang kepada Helmi menambah. Seronok mereka sekeluarga mengenakan Helmi. Padan muka. Siapa suruh kacau anak dara orang.

--

Langit pada malam ini sangat indah. Dipenuhi dengan bintang-bintang. Dilengkapi dengan bulan yang berbentuk bulan sabit. Sofia pula pantang melihat langit yang cantik, mesti dia ambil gambarlah.

Helmi pula ingin keluar menikmati angin malam. Dia ternampak yang Sofia sedang mengambil gambar langit. Helmi mendekati Sofia.

"Kau buat apa tu?" Soal Helmi kepada Sofia.

"Aku tangkap gambar langit." Sofia terus menyimpan kameranya selepas Helmi datang kepadanya.

"Kau suka langit?" Soal Helmi lagi.

"Bukan setakat langit. Aku suka alam sekitar."

"Kenapa kau suka alam sekitar?"

"Sebab boleh."

"Eleh, annoying lah."

"Alam sekitar boleh bagi kita ketenangan. Dan lagi satu, sebab alam sekitar mengingatkan aku tentang ibu ayah aku. Dorang je yang boleh tenangkan aku waktu aku marah, sedih ataupun stres. Tapi tulah, Allah lagi sayang dorang."

"Takziah untuk kau."

Mereka berduam terdiam. Mereka sama-sama menikmati langit malam yang indah itu.

"Helmi, aku nak tanya kau boleh?" Soal Sofia. Helmi mengangguk.

"Kau still ingat aku?"

"Ya Allah Sofia, beria aku sebut nama panjang kau tadi, itulah kau baru aku panggil sayang sikit dah jadi pelupa."

Sofia juga baru perasan. Iye tak iye jugak. Sudah dia malu sendiri.

"Dah tu, waktu majlis petang tadi kenapa kau kata kita ni ‘stranger’?" Soal Sofia.

"Saje. Aku fikir kau dah lupa aku. Tapi lepas kau sebut nama panjang aku, macam wow."

"Buat apa aku lupa kau?" Ucap Sofia di dalam hati.

"Kau masih suka aku ke?" Giliran Helmi pula bertanya.

"Entahlah. Macam tak, macam suka."

"Kau rasa lebih kepada mana?"

"Suka?"

"Sukalah kan. Sebab tadi aku panggil kau sayang. Kan?"

"Taklah. Perasaan aku dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah-"

Baru sahaja Sofia ingin menyambung ayatnya, Khalid datang lalu menyampuk.

"Walaupun dia sempat berhubungan dengan seorang lelaki. Bahkan pernah bertunang, but end up dia still pilih kau."

"Khalid.." Sofia teringat tentang surat dan nota yang asalnya daripada Khalid.

"You know what bro? Aku paksa diri aku untuk tak suka dekat Sofia sebab aku tahu dia suka kau dan kau pun suka dekat dia. But it's sad sebab kau sia-siakan Sofia. Kau tak dengar explanation dia. And kau hilangkan diri macam tu je."

Diam.

"Kalau kau sia-siakan dia lagi, aku tak teragak untuk ambil dia jadi madu Hawa."

Helmi dan Sofia terkejut.

"Buat apa cakap dekat aku. Sepatutnya cakaplah dekat lelaki yang suka dekat dia. Aku tak suka dekat dia."

"Ha?" Khalid meminta penjelasan.

"Sorry, aku lebih tertarik kepada yang sebaya dengan aku." Helmi memandang Sofia. Begitu juga Khalid.

"Tak pe, aku buat jugak kau suka dekat aku." Kata Sofia dengan penuh keyakinan.

"Bagi aku masa 2 minggu dan aku akan buat kau tergila-gilakan aku." Kata Sofia lagi.

"Kita tengok. Selamat maju jaya miss stalker." Kata Helmi.

"Thank you for the wishes, my senior." Sofia mengedipkan mata kirinya lalu meninggalkan Helmi dan Khalid.

--

Sofia memasuki bilik. Dia mengunci pintu. Seketika dia menyesal dengan apa yang dikatakan tadi kepada Helmi.

"Aduh, kenapa aku cakap macam tu. Dahla dua minggu je. Gilala kau. Macam mana nak bagi dia in love dekat aku balik? Hmm.. lantaklah. Pandai-pandai la aku google nanti." Sofia baring lalu memejam matanya. Dia cuba untuk tidur tapi tidak boleh.

"Asal aku tak boleh tidur ni?" Sofia bangun daripada baringannya. Dia lalu mencapai telefon bimbitnya dan membuka aplikasi Google. Dia menaip,

“Cara-cara memikat hati lelaki.”

"Semua macam tak boleh pakai je." Kata Sofia. Dia meletakkan kembali telefon bimbitnya. Akhirnya, dia tertidur.

MY SENIORWhere stories live. Discover now