21

106 2 5
                                    

Selepas puas berjalan sendirian, Sofia mengambil keputusan untuk pulang semula ke homestay. Dalam perjalanan pulang, dia terserempak dengan sekumpulan remaja lelaki yang sedang duduk di bahu jalan.

"Hai adik. Sorang ke?" Ucap salah seorang daripada sekumpulan remaja tersebut.

"Taklah. Saya tengah bawak rombongan ni. Rombongan ke kubur kau. BUTA KE? DAH NAMPAK AKU SORANG NI, SORANGLAH!!"

"Uish, jangan marah. Tanya je. Ni, nak abang teman? Kalau nak kena bayarlah. HAHAHAHAHA."

Semua orang di situ ketawa besar kecuali Sofia. Dia merasakan dirinya sekarang dilecehkan.

"Tak nak aku. Aku ni sifatnya sempurna lagi. Tak perlu siapa-siapa teman ke, jaga ke."

"Alololo, jual mahal pulak. Sinilah abang teman."

Pemuda tadi mula mendekati Sofia. Sofia sudah takut. Rasa menyesal mula timbul.

"Ish, apa ni?! Tak faham ke? Aku cakap tak nak, tak nak lah!!" Sofia meronta-ronta ingin dilepaskan.

Tiba-tiba datang seorang lelaki menyelamatkan Sofia.

"OI!! LEPASKAN DIALAH. DIA DAH KATA TAK NAK TU TERIMA JELAH. YANG KAU PAKSA-PAKSA DIA KENAPA?!!!"

"Aduh, potonglah."

Lelaki tersebut menghampiri pemuda tadi dan Sofia. Lelaki tersebut dan pemuda itu terlihat seperti umurnya beza. Tetapi dia masih lagi tidak dapat melihat wajah lelaki yang membantunya.

"Adik, ni hak abang. Suka hatilah abang nak paksa ke, rela ke, kan sayang?" Kata pemuda tersebut.

"Tengok daripada muka perempuan ni je, aku dah tahu dia tak selesa. Kau lepaskan dia." Balas lelaki itu.

"Macam ni la dik. Kau pergi biarkan aku settle kan hal aku dengan dia ni. Kau jangan sibuk-sibuk nak kacau hal aku."

"Kalau macam tu bro. Senang je. Aku akan hantar rakaman cctv dekat pihak polis. Biar kau kena masuk penjara."

"Cctv? Yelah-yelah. Aku lepaskan dia. Tapi kau ingat, jangan bagi dekat pihak polis." Pemuda itu melepaskan Sofia dengan terpaksa. Pemuda tersebut bersama kumpulannya lalu beredar daripada bahu jalan itu.

"Kau ok, Sofia?" Soal lelaki itu. Sofia terkejut kerana lelaki itu mengenali dirinya.

"Aku ok, tapii siapa kau?" Soal Sofia.

"Tak kenal aku? Helmi tak bagitahu kau pasal aku ke?"

Lama Sofia memproses ayat lelaki itu. Akhirnya dia faham. Dia lah Khalid, Adik lelaki Helmi.

"Eh, sorry tak cam kau. By the way, thank you tolong aku. Nanti sampaikan salam dekat mak dengan abah kau tau. Aku kena balik. Bye. Assalamualaikum." Sofia terus bergegas pergi.

--
"Peah ni, aku dah la jenis overthinking. Dia lagi cakap macam tu." Rungut Airen.

"Nak tanya tuan badan sendiri ke?"

Tanpa ragu-ragu, Airen terus memesej Aiman.

"Awak, selama kita relay ni, awak betul-betul cintakan saya?"

Lalu dibalas oleh Aiman.

"Soalan apa ni? Mestilah saya suka awak. Kalau tak baik saya suruh awak basuh baju saya waktu kejadian awak kotorkan baju saya tu."

"Macam tu ke? Tapi awak betul ikhlas?"

"Besok malam siap. Pesan dengan mak awak masak mi kari. Banyak sikit."

"Ha? Hello? Aiman. Jawablah."

"Ada apa dengan esok? Peliklah laki ni."

Dengan keadaan yang terpinga-pinga, Airen memberitahu ibunya tentang apa yang di mesej oleh Aiman.

MY SENIORWhere stories live. Discover now