31

92 3 5
                                    

Kini, keadaan diri Sofia menjadi sedikit stabil. Jadi dia mengambil keputusan untuk kembali bersekolah. Banyak juga perkara yang tertinggal. Mujur saja Sofia tiada masalah untuk belajar kembali. Sedikit berbeza suasananya kerana tiada lagi Airen dan Afikah di sisinya.

"Welcome back, Sofia. Duka cita juga atas kematian kawan-kawan awak." Ujar seorang cikgu yang bernama cikgu Aisyah.

"It's okay teacher. Benda yang kita sayang, kita harus rela lepaskan, right teacher?"

Cikgu Aisyah hanya mengangguk menandakan dia setuju dengan pernyataan Sofia tadi.

--

"Here, air kau." Naim menghantar air yang dipesan oleh Sofia.

"Thanks." Jawab Sofia pendek lalu terus menyedut minumannya itu.

"Sofia, aku nak cakap sikit. Aku harap kau terimalah."

Sofia hanya sekadar mengangguk menandakan dia memberi kebenaran kepada Naim.

"Sebenarnya...."

--

Hubungan Sofia dan Naim sudah berlangsung hampir setahun.

Flashback..

"Sebenarnya, aku berkenan dengan kau. Boleh tak aku masuk minang kau?"

"Bukan kau kata kau gay ke?"

"Kau ni, kau terlalu mengambil serius lah dengan ayat aku tu. Tak, Sofia. Aku straight lagi. Aku saja cakap macam tu."

"Huhh, lawak apa kau cuba buat ni?"

"Look, Sofia. Aku sebenarnya dah lama ada perasaan dengan kau. Airen and Afikah pun tahu. Aku just suruh rahsiakan je daripada kau. Tak gentle lah kan kalau aku suruh orang tengah yang bagitahu kau."

Sofia terdiam. Tidak tahu ingin merespon apa. Terkejut dia mendengar luahan daripada Naim tadi.

"Daripada kita berhubungan secara haram, apa kata kita bertunang. Actually aku dah bincang dengan mak bapak aku. Dorang rancang nak masuk minang kau hujung bulan ni nanti. Tapi mak aku suruh tanya pendapat pihak perempuan dulu. Mana boleh main terjah je kan? So, kau sudi tak jadi tunang aku??"

"Aku sedar something, Naim. Kau selalu ada dengan aku bila aku susah. Kau selalu jugak ada waktu aku sedih, gembira, kecewa. Even waktu aku diperkosa kaulah orang yang selamatkan aku. Aku rasa kaulah orang sesuai untuk aku. Jadi, aku terima kau untuk jadi tunang aku."

"Betul ke ni? Am I dreaming? Ya Allah, serius lah ni Sofia?"

"Ada nampak macam main-main?"

"Yes!! Eeee, nak je aku peluk kau."

End.

Eh, eh! Jangan. Belum mahram lagi!!

Sepanjang tempoh itu, Sofia dilayan sangat baik oleh Naim. Apa saja keinginannya pasti akan ditunaikan oleh Naim.

Tapi tidak untuk seminggu ini. Sejak dua menjak ini, Sofia perasan akan perubahan pada diri Naim.

"Naim, saya rindulah kawan saya. Jom teman saya pergi tanah perkuburan!" Ucap Sofia dalam keadaan seronok.

"Awak berdikari tak boleh ke? Pergilah sendiri. Jangan selalu bergantung harap dengan saya."

"Ok." Terus hilang mood Sofia.

Tak mengapalah. Dia akan pergi sendirian berjumpa kawan-kawannya.

--

"Assalamualaikum, korang!! Aku tahu, dah lama kan aku tak datang jumpa korang. Sorry. Lately ni aku dengan Naim busy. Ni aku bersihkan rumah korang eh. Jap aku pergi ambil penyapu."

MY SENIORWhere stories live. Discover now