34

78 2 2
                                    

Pagi tadi, entah bagaimana Khalid dapat menghubungi Sofia.

Deringan telefon menghentikan Sofia yang baru sahaja habis menunaikan solat subuh. Apabila dilihat ke arah skrin telefonnya, terpapar nombor seseorang yang dia tidak kenali.

“Kalau scammer sorry saya tak terima. Terima kasih.”

“Eh, tunggu jap. Ni bukan scammer. Ni aku, Khalid. Yang kau jumpa waktu dekat rumah anak yatim semalam.”

“Oh, Khalid. Kenapa call?”

“Aku nak ajak kau keluar pukul 8 nii, boleh?”

“Boleh, tapi dekat mana?”

“Nanti aku share location. Okay la, bye bye!”

"Aduh, mana si Khalid ni. Kata pukul 8, ni dah nak pukul 9 dah. Adik abang sama je, suka bagi janji palsu." Siapa je yang tak geram kalau jumpa dengan orang macam Khalid. Suka jemur orang!

Ini sudah masuk kali kedua Sofia berpusing menggunakan basikal di kawasan tasik tersebut. Tetapi, kelibat Khalid masih lagi tidak kelihatan.

Dia berhenti lalu duduk di sebuah bangku berdekatan dengan tasik. Tiba-tiba, dirinya ditegur seseorang daripada arah belakang.

"Sofia kan?" Suara seorang wanita bertanya kepada Sofia. Sofia lalu menoleh ke belakang untuk melihat pemilik suara itu.

"Sorry, kita pernah kenal ke?" Soal Sofia kembali.

"Kita memang tak pernah berkenal antara satu sama lain tapi saya kenal awak. Sekarang ni saya tanya awak, awak Sofia kan?"

"Bukan. Saya Rogayah binti Ayub."

"Eh?"

"Tak tak. Betul la saya Sofia. Awak siapa ya? By the way, duduklah sebelah saya."

Perempuan tersebut mengambil tempat bersebelahan dengan Sofia.

"Saya Dania."

"Dania?"

"Saya ex girlfriend Helmi. Remember? Yang sewaktu awak pindah sekolah and Helmi beritahu awak yang dia dah ada girlfriend tu. Sayalah orangnya."

"Ooooo.. faham-faham."

"First of all, I mintak maaf sangat-sangat. Sebab I dah hancurkan hubungan korang berdua."

"Cupp, Dania. Awak tak kacau pun hubungan kitorang. Sebab kitorang tak ada apa-apa hubungan. Saya ok je."

"Awak ok tapi tak untuk Helmi. Dalam macam mana pun bentuk hubungan awak dengan  dia, dia akan tetap gembira. Lepas awak pindah, saya sedar Helmi banyak berubah. Awak ibarat separuh nyawa dia."

Sofia terdiam. Tidak tahu ingin merespon apa selepas mendengar kata-kata Dania tadi.

"Helmi tu lelaki yang sangat baik. Dia akan tunaikan apa yang I mintak waktu kami relay dulu. Tapi I terlalu menggunakan kebaikan dia. So, yeah. I deserve semua ni."

Sofia hanya diam tanpa sebarang reaksi.

"Dania, saya rasa kita tak payah cakap tentang Helmi kot. Erghh, saya dah kena gerak. Saya pergi dulu eh."

Dania mengangguk menandakan dia membenarkan Sofia pergi.

--

"Lambat! Janji pukul 8, ni dah 9.30 pagi dah! Kau pergi mana?"

Memang patut Khalid dimarah oleh Sofia. Dasar melayu. Eh, gurau-gurau. Saya bangga jadi rakyat Malaysia!

"Sorry, aku terlajak tidur. Aku batal plan aku. Sekarang ni, kita pergi sarapan dulu, ye? Aku belanja."

Untung sahaja Khalid memujuk Sofia dengan makanan. Perempuan dan makanan mana boleh berpisah, kan??

--

Selesai sarapan, mereka berdua kembali ke taman semula. Mereka berdua duduk di buaian taman permainan sambil memakan aiskrim.

"Sedap tak aiskrim tu Sofia?" Soalan Khalid itu dibalas dengan anggukan.

"Kau... still sukakan... abang aku?" Soal Khalid dengan sedikit ragu-ragu.

"Aku pun tak tahu. Aku dah tawar hati, tapi aku masih lagi tunggu dia balik."

"7 tahun dia menghilang, kau masih lagi tunggu dia?"

"Nak buang perasaan suka dekat dia tu susah sangat. Sebab dia tu orang yang paling lama aku pernah suka."

"Sepengaruh itu eh abang aku dalam hidup kau? Walaupun aku tahu kau sempat berhubungan dengan lelaki lain, tapi kau still pilih abang aku yang kau dengan dia tak pernah pun ada hubungan. Entah-entah, abang aku pakai minyak dagu. Uishh, tak boleh jadi ni."

Sofia tergelak di ayat terakhir Khalid.

"Sudah la Khalid. Makin lama kita cakap pasal abang kau, makin buruk dia dekat mulut kau."

"Hehe, betul jugak. Better berhenti. Aku rasa aku nak gerak balik sekarang. Nanti sebelum kau balik, kau pergi dekat gelongsor panjang tu, lepas tu kalau kau nampak ada barang, ambil eh. Buka dekat sini je, jangan dekat rumah. Dah la, aku gerak dulu. Bye."

Selepas kelibat Khalid tidak kelihatan lagi, Sofia mengikuti semua kata-kata Khalid tadi. Dia mengambil satu kotak hadiah yang berada di gelongsor tersebut lalu dia mengambil tempat duduk semula di buaian.

Sewaktu Sofia membuka kotak tersebut, dia melihat banyak polaroid gambarnya. Polaroid tersebut disusun lalu diikat dengan reben. Di situ, terselit satu surat kecil. Sofia membukanya lalu membaca.

Saat pertama kali matamu dan mataku bertembung, aku merasakan sesuatu yang tidak pernah ku rasakan. Apakah perasaan itu?” -K

Terdapat banyak lagi surat yang berada di dalam kotak itu. Sofia membuka lagi lalu membaca.

“Cinta. Kau buat aku jatuh cinta SN!!” -K

Semakin lama, semua surat itu menarik perhatian Sofia.

“Ternyata hanya aku sahaja yang merasakan perasaan ni.” -K

“Jujur aku kata, saudaraku seorang yang tak bersyukur! Sudah dapat yang sempurna malah diduakan pula.” -K

“Hilang sudah penghibur hatiku. Wahai SN, moga kau bahagia di sana.” -K

“Pasang mata itu, mengapa dia kelihatan serabut?” -K

“Mata yang aku rindukan. Bertemu juga aku dengannya.” -K

Dan terakhir sekali, kertas surat itu kelihatan seperti masih baru lagi. Sofia membuka surat tersebut.

“Surat ni, kau akan temukan sambungannya, jika kau ke SMK Pulau Jaya.” -K

"Arghh, buat suspend lah mamat K ni. Tapi dah alang-alang curious, baik aku pergi." Ucap Sofia di dalam hati.

"Apa yang aku faham daripada semua surat ni adalah mamat K ni suka dekat aku." Sofia membuat anggapan selepas dia selesai menyimpan kembali semua surat di dalam kotak tersebut.

"Tapi siapa K? Kasim Selamat ke? Ke Kim Doyoung? Tak pun, Kim Seokjin?! Uittt, pelik dah ni." Sambung Sofia lagi.

Lama Sofia berfikir.

"Khalid ke? Barangkali." Sofia sekali lagi membuat anggapan.

"Tak mungkinlah. Mesti dia tahu abang dia suka aku. Takkanlah dia still nak suka aku. Mustahil."

Fikiran Sofia berbolak-balik memikirkan siapakah ‘K’ ?

"Khalid ke? Kalau tak, macam mana dia tahu ada hadiah dekat gelongsor tu." Tambah Sofia lagi. Masih tidak habis lagi fikirannya memikirkan siapakah pemilik nama K itu.

.

.

.

.

Sorry dah jarang update. Tengah busy dengan banyak benda...

MY SENIORWhere stories live. Discover now