32

86 3 3
                                    

"Baru balik dari kubur ya?" Soal Naim selepas melihat Sofia berada di pintu rumahnya.

"Eh Naim. Bila awak sampai?" Sofia yang melihat Naim itu segera dia menghentikan kerjanya iaitu menyusun kasut lalu masuk ke dalam rumah.

"Jangan ubah topik. Jawab soalan saya." Dingin Naim berkata.

"Haah baru balik dari kubur. Kenapa?"

"Sorang?"

"Haah. Sorang."

"Jangan tipu saya. Awak tak sorang kan?"

"Emm, kalau ade pun saya dengan Aiman je tadi."

"Dengan kawan sendiri punya pun awak nak. Tak puas ke ada saya?"

"Apa maksud awak? Saya tak pernah terfikir untuk ada hubungan dengan Aiman tu."

"Huh, mulut je cakap macam tu. Tapi hati, tak kan?!!"

"APA AWAK NI?!! Saya cakap tak, tak lah!"

"Bergelak-tawa sama-sama tu apa?!!"

"Tak, saya tak fahamlah. Saya just gelak dengan dia je. Awak ni kenapa? Nak cemburu bagai."

"Baru saya faham kenapa awak tak ada sejarah bercinta. Inilah puncanya. Dah buat salah, tak mengaku."

"AWAK!! TOLONG YA. Saya takkan mengaku kalau saya tak buat salah tu!!"

"Kalau saya tahu awak macam ni, baik waktu tu saya biarkan je awak jadi tikus makmal si tak guna tu."

"Awak pergi balik. BALIK!! KELUAR DARIPADA SINI!! SAYA BENCI AWAK!!"

Naim terus keluar daripada rumah Sofia. Sofia pula sudah terduduk sambil menangis. Tak pernah terdetik di dalam hatinya untuk merampas hak rakan-rakannya.

--

Keesokan harinya, Sofia menjalankan harinya seperti biasa. Pergi ke sekolah.

Sehingga menjelang waktu rehat. Sofia seperti biasa turun ke kantin untuk membeli makanan. Dan semestinya, dia akan bertemu dengan encik tunangnya.

Air yang dipesan Sofia dihantar oleh Naim. Naim mengambil tempat duduk berhadapan dengan Sofia.

"Sofia, aku nak bagitahu kau."

"Kenapa?"

"Aku sebenarnya masih gay. "

Eh, salah la. Ulang-ulang. Action!!













"Aku nak kita putus tunang."

Pernyataan Naim itu jelas sekali mengejutkan Sofia.

"Putus?"

"Iya. Putus tunang. Aku nak kita putus."

"Tapi kenapa? Kenapa tiba-tiba?"

"Aku dah ada orang lain. And she's more perfect than you."

"Siapa perempuan tu?"

"Jannah Ufaiyah."

"Terima kasih la untuk setahun ni. Aku dapat belajar macam-macam daripada engkau."

"Look, Sofia. Aku tahu ini berat. Tapi kita accept yang kita berdua ni memang tak ada jodoh. Dan kau. Kau deserve orang yang lebih baik daripada aku. Lepaskan aku Sofia? Biar Jannah jadi satu-satunya wanita yang aku cintai. Kita berdua belajar move on start daripada sekarang, ok? Aku nak sambung kerja. Pergi dulu."

"Haha." Sofia gelak hambar.

Di sini, kantin SMK Pulau Jaya. Tempat di mana dia dilamar oleh Naim untuk menjadi tunang. Dan di sini juga, tempat di mana mereka berputus tunang. Kali ketiga dia patah hati. Kenapa dia selalu tidak beruntung dalam bab ini?

"Ahh, lantaklah. Kumbang bukan seekor. Lagipun Sofia, di usia kau ni sepatutnya kena fokus belajar. Bukan bercinta. Dah, ayuh Sofia Nadira. Kita mulakan semangat baru. Kita belajar bersungguh-sungguh!!!" Sofia menasihati dirinya sendiri.

Malas dia hendak bersedih tentang lelaki. Seperti kata Sofia tadi, kumbang bukan seekor.

Kalau dah tak ada kumbang sangat, bunga pun jadilah. Eh! Astaghfirullah. Ingat tuhan!!

MY SENIORWhere stories live. Discover now