42

83 4 10
                                    

"Sofia Nadira!! Bangunla!!!! Bangunkan kau ni rupanya lagi susah daripada bangunkan laki aku." Bebel Hawa. Keluar sudah aura keibuannya. Adakah sudah berbadan dua? Awal sangat kan??

"Bangunla!! Apa susah sangat nak bangun ni?!!!!" Kata Hawa lagi sambil menggoncangkan badan Sofia.

Sofia yang terasa seperti tidurnya diganggu, perlahan-lahan membuka matanya. Dalam keadaan separuh sedar, dia mendengar Hawa membebel.

"Engkau la ni, nak bangun bapak lama. Tengok sekarang, tudung aku tak gosok lagi. Itu apa tu termenung lagi, nak aku dukung bawak pergi bilik mandi? Pergi bangun mandi. Semalam kau la bukan main janji dengan aku katanya nak bangun awal. Tengok hari ni, aku jugak yang kena kejutkan kau. Kau dengan laki aku sama je, agaknya kalau laki aku duduk sini boleh gila aku. Nak jaga kau satu hal, nak jaga laki aku satu hal. Ini apa pasal iron ni tak hidup? Lah suis tak bukak."

Barulah Sofia bangun dan duduk di birai katil.

"Kau nak pergi mana ni?" Soal Sofia. Hawa yang mendengarkan soalan itu sudah bercekak pinggang.

"Kau tanya nak pergi mana? Kau tak ingat ke? Hari ni ada study tour Sofiaaa. Ya Allah, sabar Hawa sabar." Hawa menarik nafas dalam.

"Oh, study tour. Aku pergi mandi. Kau tolong gosokkan baju aku. Tudung sekali. Terima kasih." Sofia berlalu pergi ke bilik mandi.

"Dia suruh aku? Dia? Suruh? Aku? Ya Allah, ada yang aku taekwondo anak orang nanti. Sabar jela." Hawa mengambil pakaian Sofia yang sudah Sofia sediakan sebelum berlalu ke bilik mandi.

--

"Ok, sebelum naik, saya nak ambil kehadiran." Kata pensyarah yang menguruskan pelajar yang menyertai study tour ke UITM Dengkil.

Setelah siap mengambil kedatangan, semua pelajar yang terlibat masuk ke dalam bas. Sofia seperti biasa, bersama Hawa. Tapi mereka berdua berebut tempat duduk di sebelah tingkap. Akhirnya Sofia mengambil keputusan untuk duduk di hadapan bukan di sebelah Hawa. Baru sahaja ingin meletakkan barang-barangnya, Sofia ditegur.

"Excuse me, boleh tak I duduk sini??" Tegur seorang perempuan.

"Sini? Tempat yang tengah aku duduk ni?" Soal Sofia kembali.

"Yes. I dengan kawan I nak duduk sini."

"Tak ada kerusi lain ke korang nak duduk? Memang nak duduk sini je?"

"Kitorang nak duduk belakang, tapi aircond rosak pulak."

"So, gua sih no comment. Itu sih derita elohh."

"Boleh tak just ikut je arahan I? You duduk la dengan Hawa. Kenapa mesti duduk asing dengan kawan sendiri?"

Malas juga Sofia ingin bergaduh dengan perempuan acah minah saleh di tepinya itu. Dia mengalah lalu duduk di sebelah Hawa. Tanpa banyak berkata, Sofia terus memasang headphone lalu melelapkan matanya.

--

"Peah, bangun. Dah sampai." Hawa mengejut Sofia.

"Dah sampai? Aku baru nak tidur." Sofia hairan. Rasanya dia baru sahaja ingin melelapkan matanya.

"Jomla turun." Sofia dan Hawa turun daripada bas.

Mereka disambut mesra oleh warga UITM. Tidak semua hanya beberapa sahaja. Itupun sudah dipilih.

"Selamat datang ke UITM Dengkil! Hopefully you guys enjoy your study tour in here!!" Salah satu daripada mereka menyapa Sofia dan yang lain-lain.

"Korang ikut saya untuk ke tempat taklimat." Katanya lagi.

--

"Dorang semua on the way ke tempat korang." Satu suara datang daripada walkey-talkie milik Hanif.

MY SENIORTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon