20

106 1 1
                                    

Sekolah yang mencipta 1001 kenangan ditatap dengan penuh perasaan. Sofia menjejakkan kakinya semula di sekolah lamanya. Sofia berjalan menuju ke tempat yang ingin dia tuju iaitu bengkel kemahiran hidup SMK Pulau Jaya. Melihat keadaan bilik itu kosong, Sofia masuk sambil memberi salam.

"Assalamualaikum, cikgu Rafiqi?" Selang beberapa minit, satu suara menjawab.

"Waalaikumussalam. Eh, Sofia. Kenapa datang?"

"Adalah tujuannya cikgu. Boleh saya duduk?"

"Eh, sila-sila."

Mereka duduk secara serentak. Lalu Sofia memulakan kembali perbicaraannya.

"Sebenarnya saya datang ni memang ada sebab."

"Apa sebabnya tu? Ceritalah."

"Macam ni, cikgu. Semalam saya ada mimpi ada seorang lelaki datang dekat saya dan bagitahu yang 4 tahun lagi hidup saya memang hancur. Dia siap bagi saya tengok lagi peristiwa-peristiwa tu. Tapi tulah, saya tak ingat pulak. So, apa pandangan cikgu pasal mimpi saya ni?"

"Pandangan ya? Saya ni tak lah mahir sangat tentang mimpi ni tapi satu je saya nak kata. Awak ingat mimpi awak ni dengan jelas. Saya boleh kata mimpi awak ni macam sesuatu untuk awak. Jadi kebarangkalian lelaki yang bagi pesan dekat awak tu cakap benda yang betul. Jadi, awak jaga-jagalah dalam tempoh 4 tahun lagi tu. Itu je yang saya boleh cakap."

"Kalau macam tu, terima kasih cikgu."

"Tak ada apalah. Ni macam mana sekolah baru? Ok?"

"Ok tu ok cikgu. Tapi tulah. Sekolah tu toxic sangat. Kalau cikgu nak tahu, sekarang saya dalam tempoh kena gantung sekolah tau. Padahal kesalahan tu saya tak buat pun. Tapi waktu tu saya bertarung mulut dengan orang yang ada pangkat, so banyak manapun saya bagi bukti yang saya tak salah, saya tetap kalah. Nak buat macam mana kan?"

"Teruknya. Mohon bersabar ya Sofia. 3 tahun lagi."

"Tidaklah. Saya rancang form 4 nanti saya nak masuk asrama. Saya dah tak tahan sekolah kat situ. Ni dikira nak lari lah ni."

Mereka berdua tergelak.

"Bongok." Cikgu Rafiqi mengetuk kepala Sofia secara perlahan menggunakan tongkatnya. Sofia mengaduh kesakitan.

"Pukul 10 cikgu mengajar kelas 2 Kasturi kan?" Cikgu Rafiqi mengangguk menandakan apa yang dikatakan Sofia tadi adalah benar.

--

Pelajar perempuan kelas 2 Kasturi beratur sebelum masuk ke bengkel kemahiran hidup SMK Pulau Jaya. Selepas habis membaca doa sebelum belajar, mereka semua duduk dan menumpukan perhatian kepada apa yang ingin dikatakan oleh cikgu Rafiqi.

"Tadi waktu rehat saya didatangi oleh seorang bekas pelajar sekolah kita. Perempuan. Dia tak balik lagi. Sekarang ni dia tengah jumpa cikgu Zakaria kesayangan dia. Lepas ni mungkin dia balik semula ke sini."

Airen dan Afikah mula mengesyaki sesuatu.

"Pssst, piqah. Peah ke?" Airen berbisik kepada Afikah.

"Mungkin. Tapi kalau dia balik Johor, mesti dia bagitahu."

"Dah tu rokiah mana pulak yang cikgu Rafiqi mention??" Airen dan Afikah mengucapnya serentak.

"Kita tanya." Cadang Airen. Afikah menganggukkan saja.

"Cikgu. Siapa dia?"

"Nanti awak tahu." Cikgu Rafiqi tergelak. Dia sengaja tidak mahu memberitahu yang Sofia lah orang yang dia maksudkan.

"Ok cikgu. Kenapa dia datang?" Qaisara, salah seorang pelajar 2 Kasturi bertanya.

"Dia bertanya dekat saya. Dia tanya tentang mimpi dia. Saya tak boleh ceritalah mimpi dia. Bila dia tanya, saya jawablah ughh mimpi dia macam petandalah untuk dia. Saya pun tak tahulah. Saya tak mahir sangat pasal mimpi-mimpi ni."

Sedang mereka leka mendengar cikgu Rafiqi bercerita, Sofia datang sesuai dengan apa yang dikatakan oleh cikgu Rafiqi sebentar tadi.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam. Ha itu dia." Cikgu Rafiqi menunjuk ke arah Sofia. Seisi kelas semua memandang ke arah pintu masuk bengkel tersebut. Keterujaan terpampang di muka semua orang, lagi-lagi Airen dan Afikah. Tanpa berkata apa-apa, mereka berdua berlari lalu memeluk Sofia.

"Aku dah agak dah. Orang yang cikgu Rafiqi mention tu peah." Ucap Airen.

Seketika pelukan berhenti.

"Apa pasal kau datang tak bagitahu?" Soal Afikah dalam nada yang sedikit tegas. Garang. Tachod titeww.

"Ughh..Suprise!!?"

"Suprise kau. Tak de, kitorang berdua tak suka suprise."

"Alolo, jangan marah. Nanti abang fifiq tak suka kang."

"Eh, jangan doa. Yela-yela. Welcome back."

Mereka kembali masuk semula ke dalam bengkel selepas membuat drama 5 minit di luar.

--

Selepas sesi persekolahan habis, Airen dan Afikah membawa Sofia ke sebuah tempat.

"Kau nak bawak aku pergi mana ni?"

"Shht, diam. Kitorang nak bawa kau ke tempat lepak kitorang. Dah lama dah kitorang jumpa tempat ni. Just tak de peluang je nak bawak kau. So sekarang ni dah ada peluang, kau tengok jela macam mana tempatnya."

Akhirnya mereka sampai ke tempat yang mereka tujui. Lama Sofia terdiam. Bukan kerana apa. Tapi terpaku melihat keindahan tempat itu. Tenang apabila dilihat. Bunyi air sungai menambahkan lagi ketenangan.

"Aiman yang kenalkan tempat ni dekat kitorang. Dia pun ada kata kalau Sofia balik, bawalah dia datang sini jugak." Ucap Airen.

Muka Sofia berubah muram. "Untung kau ren, dah bahagia dengan Aiman. Aku ni baru je nak bahagia dengan Helmi, eh datang lagi bencana."

"Kau dengan dia just right person wrong timing je. Jangan risau." Kata Afikah.

"Korang pun dah tahu kan pasal Helmi dah ada awek?"

Airen dan Afikah mengangguk.

"Aku yang rapat dengan dia pun tak pernah relay dengan dia. Macam manalah perempuan luar boleh relay dengan dia? Aku ni mangsa HTS je. Kau fikir tak penat ke?"

"Rilekslah, peah. Kau dengar sini. Lelaki kalau dia betul-betul nak dekat kau, dia takkan ajak kau buat benda yang haram. Dia antara dua je peah. Antara dia betul-betul dah tak nak kau ataupun dia tak nak hubungan kau dengan dia start terlalu awal. Maybe dia nak ajak kau kahwin terus? Kita tak tahu." Nasihat Afikah panjang.

"Piqah, nasihat tu boleh. Tapi jangan buat aku terasa." Ucap Airen.

"Padanlah muka kau. Aku tak suruh pun kau couple dengan Aiman tu." Kata Afikah pula.

"Memanglah tak ada siapa suruh. Dia yang nak. Lagipun waktu tu aku mendesak sangat-sangat. So, aku terima jela." Sambung Airen.

"Maknanya kau dengan Aiman couple bukan atas dasar cinta?" Soal Sofia.

"Ya. Cerita dia macam ni."

Airen menceritakan insiden bagaimana dia dan Aiman boleh 'tersangkut' bersama.

"Ooo, tapi sekarang Aiman cintakan kau ke?" Soal Sofia lagi.

"Ituuuu, aku tak tahu. Kalau ya, baguslah. Kalau tak, macam mustahil. Takkanlah selama aku relay dengan dia ni just cinta bertepuk sebelah tangan je." Ujar Airen.

"Boleh jadi kalau kau dengan Aiman tu just cinta bertepuk sebelah tangan je. Aku ada baca dekat AU. " Usik Sofia.

Lalu satu tamparan hinggap ke bahu Sofia. Ikhlas daripada Airen.




Ok tak? Hehe. Hihihi🤭🤭

MY SENIORWhere stories live. Discover now