End of The Story!!

49 3 6
                                    

2 tahun berlalu,

Hari ini merupakan hari dimana Afikah dan Afiq bersatu. Hari yang dinanti-nantikan oleh mereka berdua.

"Aku nikahkan dikau dengan adikku, Afikah Hazira binti Halim dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai," abang Afikah selaku tok kadi pada hari ini.

"Aku terima nikahnya, Afikah Hazira binti Halim dengan mas kahwinnya 400 ringgit tunai," Afiq melafazkan akad nikahnya dengan lancar dan tenang.

Selepas bertanya kepada saksi-saksi, maka terikatlah mereka sebagai suami isteri.

--

"Kiranya, aku paling cip la dekat sini?" Kata Afiq sambil memberus periuk yang telah digunakan tadi. Helmi dan Aiman juga turut membantu mencuci benda yang lain seperti pinggan dan cawan.

"Tiba-tiba je kau ni?" Hairan Helmi selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Afiq tadi.

"Yela, kau Aiman. Kau kena ulang banyak kali waktu akad nikah." Aiman yang dari tadi hanya berdiam diri sahaja tiba-tiba bersuara,

"Eh! Tak seteruk Helmi. Sampai penuh baju dia dengan darah." Helmi yang mendengar itu kelihatan tidak berpuas hati.

"Kurang pahit." Kata Helmi lalu melempar sponge pencuci pinggan yang dipegangnya ke arah Aiman lalu beredar dari situ.

"Ala mi, kalau kau pergi siapa nak basuh pinggan-pinggan ni?" Kata Aiman.

"Engkaulah!!" Jerit Helmi dari jauh.

--

"Sayang." Helmi memanggil Sofia selepas isterinya itu selesai menidurkan anaknya.

"Ye, bang. Kenapa?" Kata Sofia.

"Besok Aiman ada buat makan-makan dekat rumah dia. Sayang tahu?" Soal Helmi.

"Tahu. Airen baru je bagitahu tadi. Kita pergi awal sikit eh? Sayang nak tolong Airen." Kata Sofia menjawab pertanyaan Helmi tadi.

"Boleh. Untuk sayang apa je yang tak boleh?" Kata Helmi dalam nada yang lembut.

Keesokannya, mereka menuju ke rumah Airen dan Aiman sedikit awal seperti yang dikatakan semalam. Mereka berdua sedikit sebanyak membantu Airen dan Aiman dalam menyiapkan juadah untuk tetamu nanti.

"Pengantin baru kita mana eh?" Soal Sofia kerana dia baru tersedar yang Afikah tiada di situ.

"Katanya on the way. Lama lagi dorang tu. Macam tak kenal je dua melayu tu." Kata Aiman membuatkan mereka berempat tergelak.

--

Kini, rumah Airen dan Aiman sudah dipenuhi dengan ramai orang. Semua di situ ialah rakan sekerja Aiman dan jiran-jiran berdekatan.

"Sofia, you're so beautiful. Ambilkan aku air boleh?" Kata Afikah meminta tolong kepada Sofia.

"Beautiful, beautiful. Tumbuk nak?" Kata Sofia lalu mengambil cawan yang dihulur oleh Afikah dan membantunya mengambil air minuman.

Sofia ditahan secara tiba-tiba oleh seorang lelaki yang dia tidak kenali.

"Hi pretty. Apa nama awak?" Soal lelaki itu.

"Joyah." Bohong Sofia.

"Good name. Perkenalkan saya Fikrie." Kata lelaki itu lalu menghulurkan tangannya untuk bersalaman dengan Sofia. Sofia pula tidak mahu bersalaman dengan lelaki itu atas faktor lelaki itu bukan mahramnya.

Lelaki itu memaksa Sofia untuk bersalaman dengannya jadi dia menarik tangan gadis itu untuk bersalam dengannya.

Dari jauh, Helmi hanya memerhati saja kejadian tadi. (perhati sambil memasang wajah yang garang) Aiman dan Afiq menyedari dan melihat juga kejadian tadi.

MY SENIORWhere stories live. Discover now