24

94 2 0
                                    

Seminggu selepas keputusan SPM keluar, Sofia, Airen dan Afikah merancang untuk bercuti bersama di Cameron Highlands. Dengan bantuan Syafiq, maka sampailah mereka di bumi Cameron Highlands.

Takkanlah sampai di sana tidak mahu melakukan apa-apa aktiviti. Sebelum ke ladang strawberi, mereka perlulah mencari hotel untuk menginap.

Iyala. Takkanlah nak tidur tepi jalan. Agak-agaklah.

Selepas menjumpai hotel yang sesuai, mereka mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Selepas mendapat tahu lokasi bilik mereka, tanpa berlengah, mereka bertiga menuju ke lif dan naik ke tingkat 4. Setelah mereka bertiga bersiap, mereka lalu ke lobi utama semula dan memulakan percutian mereka.

Ke ladang strawberi!!

--

Macam-macam terjadi di ladang strawberi tadi. Lagi-lagi Airen. Boleh pulak dia makan strawberi yang masih belum masak. Katanya penasaran. Pelik-pelik je.

Selepas itu mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi seterusnya. The Sheep Sanctuary. Cadangan Airen untuk ke sana kerana dia ingin bermain dengan kambing-kambing. Sofia dan Afikah ikutkan sahaja.

Awalnya, Airen lah yang paling berani. Katanya, setakat bagi makan kambing, aku pernah bagi makan harimau lagi.

Eh, si Airen ni pulak yang takut-takut nak bagi makan. Berlari-lari. Sofia dan Afikah hanya mampu tergelak. Melihat riak muka Airen yang ingin menangis, bukan Sofia dan Afikah ingin membantu, makin besar gelak tawanya. Aksi tadi sempat dirakam oleh Sofia. Nak bagi dekat Aiman. Biar dia tengok cinta hati dia takut kambing. HAHAHA..

--

"Weh, aku lapar. Jomlah pergi cari makan." Airen memasang wajah cemberut.

"Lapar je? Tak penat?" Soal Afikah.

"Penatlah jugak. Sebab kena kejar dengan kambing tadi."

Afikah tergelak dan diikuti Sofia. Bila teringat kembali, comel pun ada si Airen ni. Patutlah Aiman suka.

"Kalau macam tu, jomlah kita makan nasi lemak strawberi. Aku teringin nak merasa."

Airen dan Afikah bersetuju dengan cadangan Sofia.

--

Sampai sahaja mereka di kedai, mereka menunggu kedatangan pelayan. Setelah mereka didatangi pelayan, mereka memesan sesuai kemahuan mereka. Sementara menunggu, mereka berbual.

"Sambung belajar nanti korang nak ambil course apa?" Soal Afikah.

"Aku nak law. Macam biasa." Jawab Sofia.

Itulah impian dia sejak dia berumur 11 tahun lagi. Cita-cita Sofia ialah ingin menjadi seorang peguam. Namun keluarganya tidak menggalakkan dirinya untuk mempunyai kerjaya itu. Keluarga Sofia lebih memilih Sofia untuk menjadi doktor ataupun cikgu. Itu yang membuatkan Sofia bingung. Pilihan keluarga ataupun pilihan sendiri??

"Tapi kan keluarga kau tak galakkan kau untuk jadi lawyer."

Afikah dan Airen pun tahu yang keluarga Sofia tidak menggalakkan dirinya untuk menjadi peguam.

"Better kau ikut cakap mak bapak kau peah. Orang tua kita ni lebih tahu apa yang terbaik untuk diri kita." Respon Afikah.

"So, apa yang terbaik untuk aku? Cuba kau bagitahu." Soal Sofia.

"Kau masuk form 6 dengan kitorang. Aiman kata form 6 seronok! Jomlah.." Airen tiba-tiba mencelah.

Tepat waktu itu, minuman mereka bertiga sampai. Ketiga-tiga mereka tidak suka dengan minuman seperti kopi. Jadi teh la jadi pilihan mereka.

Selepas itu mereka sambung berbual.

--

Selepas mengisi perut dengan makanan pilihan, mereka teruskan perjalanan mereka ke Time Tunnel Museum. Di situ mereka banyak mengambil gambar bersama-sama. Entah berapa ribu gambar sudah diambil. Sedang Sofia dan Airen leka mengambil gambar, Afikah terlihat seseorang yang tidak asing lagi di matanya.

"Ituuu... Airen.." Afikah mencuit bahu Airen. Airen pula tertanya-tanya mengapa Afikah mencuit bahunya. Afikah menunjuk ke arah sebuah pasangan yang tidak jauh daripada mereka.

"Itukan Hel-" baru saja Airen ingin menghabiskan ayatnya, mulutnya ditutup oleh Afikah.

"Diam." Airen mengangguk.

"Korang tengok apa?" Soal Sofia pelik.

"Hel-" sekali lagi mulut Airen ditekup oleh Afikah.

"Hailey Bieber dengan Justin Bieber pernah tangkap gambar sama-sama dekat sini. " Afikah menukar topik.

"Ye ke? Tapi tak membanggakan pun. Sebab pembelot yang datang. Apa bendalah, nak kata 'Pray for Israel' tapi guna background Palestin."

Afikah membiarkan Sofia membebel sendirian. Uishh hampir saja tadi. Dasar Airen tak pandai jaga rahsia!

MY SENIORWhere stories live. Discover now