4

186 5 2
                                    

Tepat jam menunjukkan pukul 9.30 pagi, pelajar menengah rendah SMK Pulau Jaya bergegas ke kantin. Maklumlah hari itu hari Isnin, semua berebutlah mendapatkan nasi goreng Cik Mona kesayangan mereka. Katanya nasi goreng ni bukan biasa-biasa. Entah bahan rahsia apa yang diletakkan di dalam nasi goreng tersebut.

Ya, tak lupa juga dengan main character cerita ni. Boleh tahan lahap orangnya. Nasib kat sekolah, kalau dekat rumah tu entah berapa pinggan habis.

Sedang mereka makan, mereka berbual-bual.

"Tapi kan peah, kenapalah aku rasa jodoh kau ni kuat dengan si Helmi tu." Tiba-tiba Afikah masuk ke bab jodoh Sofia dengan Helmi.

"Kau asal tiba-tiba nak menjodohkan aku dengan dia ni." Soal Sofia hairan.

"Tak de lah manalah tau apa yang aku cakap ni tiba-tiba jadi real." Jawab Afikah dengan sikit gagap.

"Ha betul jugak tu, restu member ni boleh dikatakan kuat jugak. Kalau betul korang berdua ni jodoh kan seronok." Celah Airen.

"Apa yang seronok?" Makin lama makin pelik Sofia dibuatnya.

"Yelah from stranger to senior, from senior to crush and from crush to lover. Sweet kan." Celah Afikah pula.

"Korang ok tak ni? Dah makan ubat? Tiba-tiba je jodoh-jodohkan aku dengan jodoh orang. Pelik je."

Makin lama makin susah Sofia untuk memahami apa yang dikatakan oleh kawan-kawannya.

--

Pada pukul 12.30 tengah hari, pelajar perempuan kelas 1 Kasturi menuruni anak tangga dari tingkat 3 seterusnya menuju ke arah bengkel kemahiran hidup untuk menjalankan sesi pembelajaran kegemaran mereka. Dah kalau cikgunya ramah, memahami dan baik, siapa je yang tak nak jadikan mata pelajaran yang diajarnya itu menjadi mata pelajaran kegemaran.

"Haih..kau ni cuba cepat sikit. Nanti cikgu Rafiqi tu pukul kepala aku pakai tongkat sakti dia tu." Rungut Sofia kepada Airen yang masih mencari mana dia meletak fail untuk menyimpan hasil kerjanya.

"Ha..kat sinilah!!" Akhirnya Airen menjumpai failnya yang dia sendiri meletakkannya di antara fail-fail Sofia.

"Ha jomlah..tercegat apa?" Tanpa muka bersalah, Airen mengetuai jalan.

Ikutkan hati, jikalau Airen tu bukan benda hidup, dah lama dicampaknya dari tingkat 3. Dahlah Sofia dan Afikah lambat sebab dia, boleh pulak si Airen tu membuat muka selamba badak dia je. Haih, sabarlah hati.

--

"Secomel-comel crush korang ni comel lagi crush aku, abang Aimannn.." Ucap Airen sewaktu dalam perjalanan ke bengkel.

Tiba-tiba rakan sekelas orang yang disebut itu bertembung dengan mereka bertiga. Alangkah terkejutnya Airen sehingga dia terdiam.

"Nasib classmate dia je tau kalau tak habis kau kat sini malu 51 keturunan." Sindir Sofia.

"Tulah..sape suruh gatal..bagitahu mak kau kang.." Sindir Afikah juga.

Sejak daripada kejadian itu, mereka bertiga mula memakai nama panggilan yang diberi khas daripada mereka bertiga. Takut katanya..

--

Kedengaran bunyi kipas siling yang berputar membuatkan bilik Afikah menjadi sedikit dingin. Afikah sedang mengulang kaji semula apa yang dia belajar di sekolah tadi. Sedang fokus menulis nota sejarah, deringan telefon Afikah kedengaran. Apabila dilihat, nama Sofia terpampang di skrin telefon Afikah. Lalu Afikah menggeser skrin telefonnya ke kanan.

"Hello??Assalamualaikum." Sofia memberi salam dahulu.

"Waalaikumussalam, asal kau call aku ni. Aku tengah study ah". Afikah menjawabnya.

"Oh yeke, tak de aku nak bagitau, besok aku tak de kat sekolah tau. Aku pergi kem." Sofia menyampaikan hasratnya.

"Hah? Kem ape ni? Cikgu tak pernah bagitau pun." Soal Afikah hairan.

"Ape ape jelah. Tak pe nanti aku bagitau Airen pasal benda ni." Kata Afikah lagi.

"Ok. Thank you tau nanti tengok-tengokkan Helmi, ya. Babaiii!!" Sofia mengakhiri panggilan tersebut.

"Bukannya dia nak risaukan aku. Sibuk risaukan si budak Helmi tu. Dah lah aum." Afikah berkata sendiri.

--

Malam itu, Sofia membuat persediaan untuk kem yang disertainya. Sofia telah meletakkan buku catatan, alat tulis, telekung dan makanan ringan ke dalam tote bag yang dirembat daripada kakaknya. Setelah siap semua persediaan, Sofia berehat sebentar. Sofia membuka ikon WhatsApp lalu menggeser ke arah kanan untuk melihat status rakan-rakannya. Selang beberapa minit, Airen menelefon.

"What's up guys. Busy ke tu. Kalau ya, padan muka." Airen memulakan pembicaraan mereka.

"Otak kau. Aku sepuk kau kang. By the way kan, asal status classmate kita yang ada pakwe form 5 ni semua tulis goodluck?" Afikah bertanyakan soalan.

"Oh, sebab besok form 5 ada trial SPM. Adoi aku harap abang Aiman aku jawab exam elok-eloklah." Airen menjawab soalan Afikah.

"Ishh kau ni aku suruh jawab soalan tu je bukannya siap bagi semangat tak berguna kau tu. Ha kau ni peah, asal senyap je dari tadi?" Afikah bertanya lagi.

Afikah ni banyak betul benda yang dicurigakannya. Member senyap pun salah.

"Tak de ape pun. Cuma aku fikir, besok kan aku pergi kem, nanti kalau aku rindu Helmi macam mana?" Soalan Afikah dijawab dengan jawapan yang tidak masuk akal.

"Ni lagi sorang. Kau ni peah, kau pergi kem tu 2 hari je. Bukannya nanti kau tak boleh jumpa dia. Teruk la korang dua ni. Nanti aku lagakan kepala korang kang, tak pasal-pasal amnesia." Bebel Afikah panjang.

2 hari berlalu...

"Weh guysss... I really miss you. Selama 2 hari kita tak berjumpa, aku bosan sangat-sangat. Meh sini cium lah aku." Sofia memuncungkan bibirnya tanda ingin mencium kedua rakannya.

"Eee ape bende nii.. gelilah. Kau tak payah nak miss-miss sangat, baru semalam kita call. Kang kasut Helmi saiz 43 tu hinggap kat muka kau." Berang Afikah. Maklumlah kawan Sofia yang sorang ni 'anti romantic'.

"Alah, jangan marah-marah, aku tau korang rindu aku." Sakat Sofia.

Lalu satu tamparan tepat di belakang Sofia telah dilemparkan oleh Airen bersama senyuman yang membuatkan semut mendapat kanser.

Mereka lalu meneruskan langkah dari kantin ke dewan perdana.

--

"Dia pergi mana 2 hari lepas? Tak fokus aku jawab paper sebab fikirkan dia." Ucap seorang lelaki selepas melihat Sofia.



MY SENIORWhere stories live. Discover now