Bab 1 ✨

59 3 1
                                    

Keisha Layla melangkah kan kaki keluar dari shopping mall itu sambil menjinjit beg kertas daripada butik pakaian yang mahal. Terdapat beg kertas Chanel, Gucci, Louis Vuitton dan macam-macam lagi. Dia siap menyanyi lagi menunjukkan yang mood dia sekarang tengah happy. Maklumlah, baru lepas belanjakan sejumlah wang yang daddy dia kasi.

Sedang dia  berjalan menuju ke kereta Honda Civic nya, tiba-tiba telefon nya berbunyi. "Aduhhh sapa pulak lah yang mengacau call aku time-time macamni ni? Tak nampak ke aku tengah busy ni hishhh" keluh Keisha Layla. Dia mencapai telefon bimbitnya di dalam beg tangan lalu butang hijau di tekan.

"Hmm Intan. Nak apa call aku ni? aku tengah busy tau tak?" Tanya Keisha Layla kepada si pemanggil. Intan merupakan satu-satunya sahabat yang ikhlas berkawan dengan Keisha Layla sejak dibangku sekolah lagi memandangkan Keisha Layla seorang yang sombong jadi memang tidak la murid lain nak berkawan dengan dia.

"Alahh, kau ni busy buat apa haa Keisha ? Kalau bukan menghabiskan harta daddy kau tu ?" Sembur Intan lagi. Hanya Intan saja yang berani menyembur seorang Keisha Layla. Kalau orang lain mahunya kena dengan Keisha Layla tu.

"Eh, kau call aku ni semata-mata nak cari gaduh dengan aku ke apa Intan? Kalau takde apa nak cakap aku letak dulu la. Buang masa aku aje" bidas Keisha Layla semula.

"Hehehe, takde aku call kau ni sebab nak ajak kau datang majlis pertunangan aku hujung minggu ni nanti" kata Intan. Sedang Keisha Layla mendengar kata-kata dari Intan itu tiba-tiba Keisha Layla tersentak. Serta merta dia menoleh ke belakang sambil mengetap giginya geram. Dadanya berombak kencang. Jika benarlah apa yang dia fikirkan sekarang ini sudah semestinya la orang dibelakangnya ini akan mendapat setepek makian darinya.

"Hoi orang tua! kau buat apa tadi hah ?!" Jerkah Keisha Layla kepada lelaki tua kerepot yang sedang tersengih seperti kerang busuk menayangkan giginya yang tinggal beberapa batang sahaja itu.

"Hee, maaflah cik adik manis. Abang tak sengaja" kata lelaki tua itu lagi. Keisha Layla yang mendengar sudah semakin berasap

"Abang ?! Abang kau kata ?! Eh kau sedar tak kau tu dah tua kerepot ?! kubur tu dah memanggil kedatangan kau tau tak ?!" Tempik Keisha Layla lagi. Tanpa Keisha Layla sedar banyak mata-mata yang sudah memandang ke arahnya. Ada yang berbisik sesama mereka tentang perlakuan gadis itu yang memarahi seorang warga emas. Sungguh tidak beradab. Bukan ke warga emas itu perlu disayangi ?

"Jangan la marah-marah cik adik sayang. Kalau makin marah, makin cantik la adik ni Abang tengok" kata warga emas itu lagi sambil tangannya menyentuh tangan Keisha Layla.

"Eh apa kau buat ni hah orang tua ?! Lepaskan aku lah!" Jerit Keisha Layla seraya menolak warga emas itu sehingga terjatuh. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tinggi lampai berambut panjang separas bahu menghalang Keisha Layla dari membelasah warga emas tersebut.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now