Bab 12 ✨

32 3 0
                                    

Keesokkan harinya.

Sesampainya di pejabat guaman Encik Munir, Keisha Layla menaiki anak tangga satu persatu. Elok saja dia sampai ke atas dia ternampak kelibat jejaka yang amat dikenalinya. Dia mengerutkan dahinya. 'Apa dia buat kat sini?' Desis hati Keisha Layla. Dia pun mengabaikan lelaki itu dan terus menuju ke arah kerani yang bertugas.

"Saya ada appointment dengan Encik Munir. Dia ada ke?" Tanya Keisha Layla. Kerani itu memandang sekilas wajah Keisha Layla sebelum menyelak buku notanya. Lalu dia terangguk-angguk.

"Encik Munir belum masuk pejabat lagi Cik. Sila tunggu sebentar ye. Cik boleh duduk dulu" kerusi menunggu ditunjukkan kepada Keisha Layla.

Keisha Layla hanya menganggukkan kepala nya. Dia pun melabuhkan punggungnya di atas kerusi itu. Tiba-tiba dia disapa oleh jejaka yang dilihatnya tadi.

"Ehem! Kau pun ada dekat sini? Kau buat apa dekat sini?" Tanya Zain Iskandar ramah. Keisha Layla yang sememangnya mood kelaut itu segera menyembur jejaka itu.

"Sukahati aku lah! Sibuk aje! Lagipun ni pejabat guaman kan? Orang kaya macam aku ni memang akan selalu datang sini untuk wasiat dan sebagai nya! Orang miskin macam kau ni pulak buat apa kat sini? Berapa sen harta kau ada dengan menjual ikan kat pasar tu?" Ejek Keisha Layla dengan lagak angkuhnya. Lupa diri Yang dia tu pun tengah sehelai sepinggang sekarang ni.

"Silap aku buat baik dengan kau ni. Manusia macam kau memang tak layak dibuat baik. Kaya harta tapi miskin budi bahasa!" Bidas Zain Iskandar seraya duduk menjauhi Keisha Layla.

"Awak berdua dah boleh masuk ke bilik Encik Munir ye. Dia dah sampai" panggil kerani di situ.

"Eh kenapa dia pun kena masuk sekali? Kan saya dah buat appointment semalam? Saya taknak dia ada dalam bilik tu sekali. Suruh dia tunggu dulu!" Kata Keisha Layla. Manakala Zain Iskandar dengan selamba nya masuk ke bilik Encik Munir terlebih dahulu. Malas nak layan perempuan sewel. Kalau tak sebab Encik Munir call dia paksa suruh datang dia pun tak ingin nak jejak kaki ke situ.

Melihat kerani di situ terkulat-kulat, Keisha Layla mendengus lalu masuk ke bilik Encik Munir. Dia mengambil tempat di sebelah Zain Iskandar itupun setelah dipaksa oleh Encik Munir. Pening kepala Encik Munir nak melayan karenah anak tunggal Dato Hisham ini. Dia mengeluh perlahan.

"Saya bukannya nak dengar Encik Munir mengeluh. Now tell me, where's daddy? Kenapa dia hilang macamtu je? Hidup saya akan merana kalau takde daddy sebab saya hanya bergantung dengan daddy saya je selama ni" sayu sekali suara Keisha Layla.

Sejujurnya dia buntu. Bagaimana dia ingin meneruskan hidup? Dia spm pun cukup cukup makan. Ijazah? Dia tak pernah lulus pun sewaktu menyambung pelajaran di London dulu. Dia menipu daddy nya yang dia berjaya menggenggam segulung ijazah. Kerja pun takde. Haihhh apalah nasib dia.

"Seperti yang saya beritahu semalam, saya pun tak tahu di mana Dato Hisham. Ini surat yang diamanahkan kepada saya untuk Cik Keisha sewaktu kali terakhir saya berjumpa dengan Dato Hisham" terang Encik Munir.

Dengan tangan terketar-ketar Keisha Layla membuka surat itu. Dia membaca bait-bait ayat yang terdapat di dalam surat itu dengan hati yang berbelah bahagi.

HIS LOVE : PLAYGIRLNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ