Bab 35 ✨

25 2 0
                                    

Keisha Layla termenung sahaja di dalam kereta milik Zain Iskandar itu. Hanya bunyi radio sahaja yang kedengaran. Tadi sewaktu ingin pulang, daddy nya menyuruh dia mengikuti suami nya. Ini kerana daddy nya masih belum puas berborak dengan rakan-rakan lama nya. Dia pun mengambil keputusan untuk ikut sahaja arahan daddy nya memandangkan mood dia pun sudah kelaut di sebabkan hal antara dia dan Rita Kaisara tadi.

Flashback...

Keisha Layla melangkah keluar dari tandas wanita itu. Setelah memastikan penampilan nya elok, dia pun ingin segera keluar dari situ. Tiba-tiba muncul Rita Kaisara dengan lagaknya.

"Tak sangka perempuan macam you boleh dapat lelaki sebaik Zain Iskandar. You dah mandrem dia ke?" Tanya Rita Kaisara sinis.

Keisha Layla yang mendengar nama suami nya disebut-sebut terus sahaja melemparkan senyuman mengejek sambil mengangkat kedua belah keningnya. "It is because of love. We're in love each other. Sebabtu lah kahwin." Balas Keisha Layla bersahaja. Dia tahu musuhnya ini berkenan dengan suami nya.

"Tapi you tak layak untuk dia! Selama ni where were you? Kenapa baru sekarang nak muncul?!" Nada suara Rita Kaisara naik seoktaf. Dia perlu membuat Keisha Layla supaya sedar diri. Zain Iskandar miliknya!

"And where were you Rita? As I recalled, suami aku tak layan kau pun kan? I know that you love my husbaby so much. Tentang rumah tangga aku dengan suami aku it's definitely nothing to do with you. Just mind of your business. Takpayah la jadi kepochi sangat." Sinis Keisha Layla.

"Hei perempuan! Kau tu perempuan jahat! Tak layak untuk Zain. Hanya aku yang layak! Kalau aku suka kan dia pun apa masalah kau? Aku akan pastikan aku jadi isteri Zain. That time, aku akan make sure kau menjanda!" Jerkah Rita Kaisara. Kenapa Zain Iskandar itu sudah menjadi suami orang? Suami kepada Keisha Layla pula tu! No! Dia takkan kalah dengan wanita itu.

"Habis kau baik sangat la? Tak penat ke dulu dah jadi penyondol and sekarang nak jadi lagi? Kau memang tahu menyondol je ke for your entire life? Layak atau tidak, semua tu dah jelas. Who's the wifey and who's gigit jari." Bidas Keisha Layla geram. Berani nya nak sailang laki kita. Ingat kita tunggul ke apa?

"I got to go. My husbaby dah tunggu. Waktu macamni kitorang memang dah cuddle dah on bed. And one more thing, what is mine will always be mine. I don't share it with anyone else. If someone's try to touch what's mine, I'll break them bitch you hear me? Dada..." Sempat Keisha Layla menggertak sebelum melambaikan tangan kemudian keluar dari situ. Dia ingin pulang.

"Kurang ajar kau Keisha Layla! Aku akan pastikan kau menderita. Aku takkan sesekali kalah dengan kau! Aku akan buat sampai kau bercerai dengan Zain. And that time baru kau tahu siapa yang gigit jari! Zain Iskandar aku punya!" kata Rita Kaisara sendiri sambil menggenggam penumbuk nya. Dia berdendam.


End Flashback..

"Kita dah sampai." Tegur Zain Iskandar mematikan lamunan Keisha Layla. Keisha Layla melihat dia sudah sampai di perkarangan banglo milik Dato Hisham.

"Abang taknak masuk?" Tanya Keisha Layla perlahan. Dia rindukan suami nya. Namun, tembok sudah dibina awal-awal oleh suami nya. Bagaimana dia mahu memujuk?

"Takpelah. Saya penat. Esok saya kerja. Awak masuk lah. Nanti kirim salam pada daddy." Balas Zain Iskandar tanpa perasaan. Matanya memandang kosong ke hadapan.

Keisha Layla mengetap bibir dengan kedinginan suami nya itu. "Boleh Layla tanya abang sikit?" Keisha Layla meminta keizinan.

Zain Iskandar hanya menggumam sebagai balasan kepada ya. Dia menanti apa yang ingin di tanya oleh wanita nya itu.

"Abang ada apa-apa perasaan pada Rita? Abang tahu kan dia suka kan abang?" Tanya Keisha Layla. Dia perlu kan jawapan dari suami nya. Walaupun tadi dia bukan main lagi garang membahasakan Rita Kaisara itu, namun dalam hatinya terdetik juga rasa gelisah.

"Saya tak pernah anggap dia lebih dari seorang business partner. And yup, saya tahu dia suka kan saya. Tapi saya dah beritahu pun pada dia yang saya suami orang." Balas Zain Iskandar jujur. walaupun dia tengah ada masalah dengan Keisha Layla tapi tak pernah sekali pun terdetik dalam hati nya untuk menduakan isteri nya itu.

Keisha Layla menarik nafas lega. Setidaknya suami nya itu tidak membuka ruang untuk Rita Kaisara masuk jarum. Itu sudah memadai baginya. "Pasal kita.. Abang masih marahkan Layla?" Tanya Keisha Layla takut-takut. Dia ingin memperbaiki hubungan nya dengan suami nya.

"Kalau awak jadi saya, apa awak rasa? Saya risaukan isteri saya separuh mati. Tapi dia tergamak tinggalkan saya. Kalau saya tak sempat jumpa dia, macam mana saya nak bawak rasa kesal dan terkilan ni sampai mati? Saya tak tahu sama ada dia baik-baik saja atau tidak. Setidaknya, saya nak jaga dia sampai akhir hayat dia. Tapi kenapa saya dihukum sampai macamni sekali? Apa salah saya?" Luah Zain Iskandar dengan sebak di dada nya. Sungguh sayu dia mengucapkan semua itu.

Keisha Layla yang mendengar sudah mengalirkan air mata nya. Dia sangka kan apa yang dilakukan itu adalah pilihan terbaik. Rupanya semakin memperburuk keadaan. Ya Allah berdosa nya dia sebagai isteri kerana menyakiti suami nya.

"Abang.. Layla mintak ampun pada abang. Jangan bencikan Layla. Jangan buang Layla dari hidup abang. Layla merayu. Layla buat semua ni bersebab. Layla taknak abang sedih tengok keadaan Layla yang dah teruk. Layla taknak abang semakin terseksa" rayu Keisha Layla dalam tangisan yang teresak-esak. Dia mencapai tangan Zain Iskandar lalu dikucup lama.

"Isteri tanpa disisi saya adalah yang paling menyakitkan. Bahkan membunuh saya. Saya betul-betul kecewa dengan awak. Tapi siapa lah saya nak cakap lebih-lebih. Awak kan selalu betul. Awak kan orang bijak pandai. Saya ni menumpang kekayaan awak je" bidas Zain Iskandar terkilan. Jelas sekali dia terluka dengan isteri nya.

"Abang... Jangan cakap macamtu. Abang la suami yang terbaik bagi Layla. Layla cintakan abang setulus hati Layla. Tolong la jangan pergi jauh dari Layla. Layla nak kita bersama semula macam dulu." Rayu Keisha Layla dengan air mata yang mengalir deras. Hujan di luar pula sudah semakin menggila.

"Saya tak benci kan awak. Apatah lagi berniat nak tinggalkan awak. Saya cuma perlu kan masa. Masa untuk pulihkan diri saya. Saya harap awak faham. Perkara yang awak buat bukan lah perkara kecil. Saya mintak awak beri saya masa untuk bersendiri buat sementara waktu. Tapi kalau ada apa-apa, awak boleh call saya. InsyaAllah saya akan tolong. Awak masuk lah. Hari dah lewat malam ni." Jelas Zain Iskandar panjang lebar. Dia sebenarnya sudah tidak betah dengan keadaan itu. Sakit jiwanya melihat isterinya menangis. Mahu sahaja dia mengusap air mata itu.

Keisha Layla yang mendengar itu sudah tidak mampu untuk berkata apa-apa. Dia tunduk menyalam tangan suami nya lalu membuka pintu kereta. Walaupun hujan, dia redah juga. Tidak mahu menunggu Tuti mengambil payung. Selesai menutup pintu kereta, dia memandang ke arah Zain Iskandar.

Tingkap kereta diturunkan. "Lepasni terus mandi. Lepastu makan ubat. Nanti demam pulak. Saya balik dulu. Assalamualaikum. Jangan lupa suruh Tuti kunci pintu." Sempat lagi Zain Iskandar berpesan. Lalu perlahan kereta lelaki itu menghilang dalam kepenatan malam.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now