Bab 6 ✨

41 2 0
                                    

"Aku balik dulu lah Intan!" Jerit Keisha Layla kepada Intan. Intan mengangguk. Selepas kereta Keisha Layla berlalu, dia menggeleng kepala nya. Apa nak jadilah dengan sahabatnya itu.

Sementara itu di dalam kereta Keisha Layla melalak seorang diri sambil berkata "huwaaaa kurang ajar punya kutu rayau! Kau simbah air ikan dekat aku? Busuknyaaaaa" tangis Keisha Layla.

Sesampai saja di rumah. Dia ternampak kelibat daddy nya sedang memberi makan ikan koi di kolam mini halaman rumahnya. Tergopoh-gapah dia keluar sambil menangis menghampiri daddy nya.

"Daddy......" Panggil Keisha Layla seraya ingin memeluk daddy nya.

"Stop there!" Dato Hisham membuat isyarat tangan berhenti kepada anaknya itu dengan sebelah tangan manakala tangan sebelah lagi menutup hidung nya. "Apa yang busuk sangat bau kamu ni Layla? Kamu berkubang dekat loji mana ni? nak termuntah daddy bau nya" kata Dato Hisham. Jujur, dia sudah mahu muntah dengan kebusukkan anaknya itu.

"Sampai hati daddy. Daddy tahu tak semua ni disebabkan cucu orang tua gatal semalam tu. Dia yang buat Layla sampai macamni. Dia simbah air ikan dekat Layla" adu Keisha Layla sebelum makin kuat dia menangis.

"Apa?!! melampau betul budak tu ye. Berani dia buat anak daddy sampai begini! Mana dia? Bawak daddy jumpa dia biar daddy ganyang muka dia" Dato Hisham sudah menyinsing lengan baju nya ke siku lalu membuat gaya seperti pondan yang ingin memulakan pergaduhan.

Keisha Layla terus mengeluarkan telefon bimbitnya lalu membuka galeri. Satu gambar ditunjukkan pada Dato Hisham. "Daddy tengok la muka dia ni daddy. Dengan hidung besar macam buah jambu madu. Bibir terjuih macamtu. Gaya dia pulak macam pondan daddy!" Terang Keisha Layla.

Sementara Dato Hisham sekejap-sekejap pegang hidung. Sekejap pegang bibir sekejap pegang muka. Dan akhir sekali dia melihat dirinya sendiri dalam pantulan air kolam ikan itu. "Kamu.. Kamu hina daddy ke Layla?!!!" Jerkah Dato Hisham.

"Eh bila masa pulak Layla hina daddy ni? Layla hina lelaki dalam gambar tu la daddy" kata Keisha Layla sambil menggaru kepala nya yang tiba tiba rasa gatal.

"Tak mengata daddy kamu kata? Kamu tengok ni gambar siapa ni?" Dato Hisham merampas telefon itu lalu ditunjukkan kepada Keisha Layla.

Alamak! Salah gambar daaaa... Patut la daddy kejap pegang hidung kejap pegang bibir kejap pegang muka. Gambar Daddy rupanya!!! Keisha Layla sudah menepuk dahinya. Bala ni bala. "Errr da..daddy. Sorry Layla tersilap gambar daddy" kata Keisha Layla sambil tersengih-sengih.

"Memang biadab kamu ni Layla. Sampai hati kamu hina daddy. Kalau daddy tahu la perangai kamu macam ini bila dah besar, patutnya daddy hantar aje kamu dulu ke rumah anak yatim." Dato Hisham berkata sambil mengelap air mata nya menggunakan hujung lengan baju.

"Maafkan Layla daddy. Layla tengah marah tadi tu yang tak perasan. Daddy jangan la marah. Ni Layla tunjuk gambar sebenar dia ye daddy" pujuk Keisha Layla.

"Ah takpayah! Lantak kamu la nak jadi apa. Daddy taknak ambil tahu. Jauhkan diri kamu dari daddy. Tak sanggup daddy nak dekat dengan kamu ni. Pandai-pandai kamu la nak selesaikan masalah kamu sendiri" Dato Hisham terus berlalu masuk ke dalam rumahnya.

"Eeeeiiiii, macam mana pulak boleh tersilap gambar ni?!!! Kan daddy dah taknak tolong!" Jerit Keisha Layla. Lalu dia pun bergegas masuk ke dalam rumah ingin mengejar langkah daddy nya.

"Daddy.. Please daddy. Tolong Layla ajar lelaki tu dengan atuk dan nenek saudara dia. Le..lelaki tu ugut nak buat perkara tak elok pada Layla kalau dia jumpa Layla lagi" Tipu Keisha Layla. Semua ini dilakukan demi dendam di dadanya.

Sedikit sebanyak hati Dato Hisham terusik mendengar kata-kata anaknya itu. Anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh diperlakukan sebegini rupa sehingga kan dia tak mampu bezakan mana satu anaknya dengan Tarzan di dalam hutan sekarang ini. Dengan baju anaknya yang putih bertukar kelabu. Rambut yang kusut Masai. Bau nya pula usah dikenang. Pekat di tekak! "Baik kalini daddy Maafkan kamu. Lepasni kamu kutuk daddy lagi memang daddy takkan Maafkan. Daddy akan tolong kamu" putus Dato Hisham.

Bersinar-sinar mata Keisha Layla mendengarnya. "Aww thank you so much daddy" kata Keisha Layla seraya mendepangkan tangannya untuk memeluk Dato Hisham. Sepantas kilat Dato Hisham menjauhkan diri.

"Kalau kamu ada niat nak peluk daddy lebih baik kamu lupakan Layla. Kamu tu busuk. Pegi mandi dulu. Karang melekat bau kamu dekat daddy" keras larangan Dato Hisham. Dia baru sahaja bermandi bunga tadi masakan ingin memeluk anaknya yang berbau itu. Oh tidak!

"It's okay kalau daddy taknak peluk. Yang penting daddy nak tolong Layla. Layla mandi dulu ye daddy. Bye! Love you daddy!" Keisha Layla berlalu ke biliknya. Sambil itu senyuman sinis dilorekkan. 'Kau tunggu pembalasan dari aku'. Sejurus itu dia masuk ke dalam bilik air untuk mandi.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now