Bab 25 ✨

24 1 0
                                    

Zain Iskandar baru sahaja selesai meeting di pejabat Dato Hisham. Dia mencapai telefon bimbit nya. Sedang dia berjalan menuju ke kereta, tiba-tiba dia tegur oleh satu suara.

"Abang Zain. Tolong Ain" Pinta Ain dengan mata yang sembab seperti baru lepas menangis.

"Ain? Apa Ain buat dekat area office Abang ni? Kenapa Ain menangis?" Tanya Zain Iskandar hairan. Setahu nya tempat gadis itu tinggal di area rumah lama nya dahulu. Tempat kerja gadis itu juga bukan la di sini.

"Ain diragut. Habis semua duit dan barang berharga Ain dicuri. Ain nak balik tapi takde duit. Kebetulan Ain nampak kereta Abang dekat office ni tu yang Ain nak minta tolong" cerita Ain dengan air mata.

"Tapi macam mana Ain boleh ada dekat sekitar sini? Setahu abang tempat kerja Ain dengan rumah Ain bukan dekat sini kan?" Akhirnya Zain Iskandar bertanya juga tentang soalan yang bermain di benak nya.

"Errr Ain jumpa kawan" balas Ain dengan ragu-ragu.

"Mana kawan Ain? Kenapa dia tak tolong Ain?" Tanya Zain Iskandar lagi. Dia sebenarnya berasa tidak sedap hati. Dia risau akan keadaan isteri nya. Tambahan pula bateri telefon nya habis.

"Ishhhh abang ni banyak tanya la. Kalau abang tak boleh tolong Ain abang cakap aje lah. Ain boleh uruskan diri sendiri" kata Ain dalam nada merajuk.

"Okay okay. Abang tolong Ain. Sekarang ni kita kena buat laporan polis dulu. Lepastu Abang hantar Ain balik." Usul Zain Iskandar. Lagi cepat dia selesaikan hal Ain ini lagi cepat dia boleh balik. Dia rindu akan bidadari nya.

Tiba-tiba Ain rebah seperti pitam. "Abang Ain betul-betul tak larat sekarang ni. Ain nak terus balik je. Pasal laporan polis tu esok Ain settle kan sendiri" kata Ain dengan wajah yang berkerut menahan sakit.

Zain Iskandar hanya menurut lantas membantu membangunkan Ain. Dia memapah Ain ke kereta nya. Selepas sahaja kedua mereka berada di dalam kereta, enjin kereta dihidupkan.

"Abang hantar Ain ke rumah kawan Ain je ye. Rumah dia dekat sekitar sini. Perumahan belakang office Abang tu." Kata Ain.

"Kenapa tak balik rumah mak Ain? Nanti kalau mak Ain risau macam mana?" Tanya Zain Iskandar lagi.

"Kalau Ain balik dalam keadaan macam ni lagi lah mak akan risau. Takpe nanti Ain minta tolong kawan Ain beritahu mak yang Ain bermalam di rumah dia" Ain beralasan.

"Hmmm yelah" Zain Iskandar hanya menurut saja lalu kereta bergerak menuju ke rumah kawan Ain.

"Yang mana satu rumah nya ni Ain?" Tanya Zain Iskandar setelah kereta nya masuk ke kawasan perumahan itu.

"Yang pagar hitam tu" kata Ain. Lalu kereta diberhentikan.

"Abang boleh tolong papah Ain tak masuk ke rumah? Ain betul-betul pening kepala ni." Kata Ain sambil memicit kepala nya.

Melihatkan gaya Ain yang sakit teruk itu dia pun membantu juga la. Walaupun dalam hati nya semakin tidak enak. Kenapa la dengan hati nya ini. Asyik berdebar-debar sahaja. Tak keruan dia dibuatnya.

"Bawa Ain ke bilik ye Abang. Bilik Ain dekat hujung tu je. Aduhhh sakitnya kepala ni.." Tunjuk Ain ke sebuah bilik tetamu. Sambil itu dia semakin mengerutkan dahi nya.

Selesai sahaja dia membantu Ain baring di atas katil. Dia pun pamit meminta diri. "Abang balik dulu ye Ain. Kak Layla pun tengah tak sihat tu. Abang risau kan dia."

"Yelah. Terima kasih Abang sebab dah tolong Ain." Kata Ain dengan senyuman manis. Zain Iskandar hanya mengangguk lalu keluar dari rumah itu selepas memberi salam. Ketika dia keluar dari bilik dia ternampak ada seorang gadis sedang menonton televisyen. Pelik, tadi masa dia bawa Ain masuk, rumah itu dirasakan tiada sesiapa. Mungkin baru balik kata nya. Gadis itu hanya tersenyum kepada Zain Iskandar. Zain Iskandar hanya tersenyum nipis sebelum beredar dari rumah itu.

"Dapat?" tanya Ain kepada Izah. Iaitu rakan nya.

"Haruslah dapat" kata Izah sambil melayangkan kamera milik nya.

Ain mempamerkan senyuman jahatnya. 'Aku akan pastikan rumah tangga korang hancur. Dan aku akan rebut Abang Zain' desis hati Ain penuh dendam.

*****************
Setibanya di rumah, Tuti segera berlari menuju ke arah kereta nya. Lalu tingkap kereta diketuk bertalu-talu. Zain Iskandar menurunkan cermin tingkap.

"Kenapa ni Tuti? Kot ye pun tunggu lah saya turun kereta dulu" tanya Zain Iskandar. Pelik dia melihat wajah cemas pembantu rumah daddy nya itu. Apa yang tak kena?

"Errr Encik Zain. Puan Layla udah dikejarkan ke rumah sakit. Kenapa saya hubungi Encik gak diangkat sih telepon nya. Dato yang membawa Puan Layla." Beritahu Tuti namun sempat juga terselit kemarahan kerana Encik Zain nya itu tidak mengangkat telefon.

"Ya Allah Layla! Maaf Tuti telefon saya takde bateri. Saya nak pergi hospital sekarang. Saya pergi dulu ye Tuti" ibarat disambar petir Zain Iskandar apabila mendapat berita isteri nya dikejarkan ke hospital. Pasti sakit kepala isteri nya semakin teruk. Dia memandu dengan laju agar cepat sampai ke destinasi. Dalam hati nya berasa semoga tiada apa-apa yang tidak diingini berlaku kepada Keisha Layla.

Sampai sahaja di hospital Zain Iskandar meluru mencari bilik Keisha Layla. Pintu ward itu ditolak kasar. Luluh hati nya apabila melihat wajah pucat isterinya terbaring lemah di atas katil itu. Terasa bersalah kerana dia tidak mengecas telefon nya malam tadi. Jika tidak, pasti dia tidak akan terlambat begini. Dia memalingkan wajah ke arah Dato Hisham yang sedang menangis teresak -esak di sudut tepi ward itu. Pelik, kenapa daddy nya menangis sedemikian rupa.

"Daddy.. Macam mana dengan isteri Zain? Apa kata doktor? Layla baik-baik saja kan daddy?" tanya Zain Iskandar.

"Layla menghidap barah otak Zain. Sekarang di stage 3. Dia perlu kan pembedahan dan kemoterapi. Barah ini merebak dengan sangat cepat. Kita akan kehilangan Layla kalau tidak dirawat secepat mungkin" cerita Dato Hisham dengan tangisan yang kuat.

"Allahuakbar!" Terduduk Zain Iskandar mendengar berita itu. Padan lah isterinya sering sakit kepala. Perlahan-lahan air mata nya jatuh dengan lebat nya. Dia takut. Takut akan kehilangan isterinya. Dia hanya ada isterinya saja tempat dia bermadu kasih. Dia tidak mahu isteri nya pergi. Dia masih belum puas membahagiakan isterinya. 'Ya Allah, berikan aku kekuatan menghadapi ujianMu.' doa Zain Iskandar di dalam hati.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now