Bab 13 ✨

33 2 0
                                    

Keisha Layla masuk ke dalam bilik hotel nya dengan perasaan yang hancur dan berkecamuk. Ini adalah hari terakhir dia bermalam di hotel ini. Duitnya sudah habis. Hanya tinggal beberapa puluh ringgit saja di dalam dompetnya. Sampai hati daddy buat Layla macamni. Tangis Keisha Layla sebak. Dia teringat apa yang terjadi di pejabat Encik Munir tadi.

Dear Layla, anak daddy.. Daddy minta maaf jika sewaktu Layla mendapat surat ini, daddy tiada di samping Layla. Sejujurnya, perusahaan daddy sudah muflis. Daddy pun tak tahu dimana silapnya. Daddy terpaksa memulakan semula semuanya dari awal. Untuk itu, Maafkan daddy kerana tak dapat membawa Layla bersama. Sudah tiba masanya Layla berdikari. Gunakanlah ijazah Layla itu untuk mencari kerja.

Layla bukanlah keseorangan. Zain Iskandar itu merupakan sepupu Layla. Daddy ingin Layla bernikah dengan dia. Daddy yakin dia dapat menjaga Layla sebagaimana daddy menjaga Layla dahulu. Ikutlah apa yang daddy pesan ini Layla. Daddy sudah tua. Bila-bila masa boleh dijemput sang pencipta. Kalau Layla berkahwin dengan Zain, dia dapat membimbing Layla. Percayalah, Zain Iskandar itu seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab. Dia mampu menjaga Layla. Daddy pun semestinya dapat pergi ke negeri abadi dengan tenang.

Kalau Layla masih menginginkan kepulangan daddy, turuti lah permintaan daddy. Berubahlah demi redha ilahi. Andai panjang umur, kita akan berjumpa lagi. Daddy akan kembali juga kepada Layla.

Sekian: daddy.

"Layla taknak kahwin dengan lelaki tu daddy.. Dia miskin. Layla nak kehidupan Layla yang dulu. Yang happy dan mewah. Macam mana daddy boleh fikir lelaki tu boleh jaga Layla sedangkan jaga diri dia sendiri pun dia belum mampu daddy..." Keisha Layla berkata dalam tangisnya.

**************

Manakala di pihak Zain Iskandar. Dia termenung memikirkan tentang amanah atau lebih tepat lagi sebagai bala yang akan dihadapinya. Menjaga Keisha Layla? Bukan setakat jaga malah dia kena berkahwin dengan wanita bongkak dan perasan bagus tu. Lebih-lebih lagi selepas dia dihina sewaktu Keisha Layla selesai membaca surat daddy nya itu.

Flashback

"Macam mana daddy boleh buat keputusan untuk kahwinkan saya dengan lelaki ni? Encik Munir tengok lah dia ni. Dengan rambut panjang dah macam tarzan. Seluar koyak rabak macam kumpulan black metal. Motor pun dah uzur. Kerja pun setakat kuli di pasar. Mesti hidup saya akan menderita!" Nada suara Keisha Layla naik seoktaf.

Zain Iskandar yang mendengar itu terasa pedih di hidungnya kerana menahan tangisan. Sehina itu kah dia dimata wanita itu? Pada masa yang sama dia juga ingin membalas. "Hei perempuan! Kau dengar sini baik-baik, kau ingat aku hadap sangat ke nak berbinikan kau? Dah la takde ciri-ciri isteri solehah! Kau sedap mulut hina aku kau ada cermin tak diri kau? Kau tu dah sebatang kara. Daddy kau pun tak sanggup nak bela anak macam kau sebabtu dia tinggalkan kau! Kau tak sedar lagi ke yang Allah tengah menghukum kau atas dosa kau semalam ni?!" Jerkah Zain Iskandar geram. Selepas itu dia terus keluar dari pejabat itu dengan hati yang sakit.

Zain Iskandar tersedar dari lamunan apabila azan Isyak berkumandang. Lekas-lekas dia bangun membersihkan diri untuk menunaikan kewajipan kepada sang pencipta sekalian alam. Dia juga berniat untuk menunaikan solat istikharah. Dia ingin memohon petunjuk dan bantuan dari Allah swt. Kerana Allah jua lah yang mengetahui segala apa yang tersurat dan tersirat.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now