Bab 26 ✨

26 1 0
                                    

Keisha Layla membuka mata nya perlahan-lahan. Setelah berjaya, pemandangan nya dihiasi dengan siling berwarna putih. Hospital! Terasa ada sesuatu yang memberat di atas perut nya. Dia mengalihkan pandangan ke sisi. Zain Iskandar sedang nyenyak tidur sambil tangan nya di letak di atas perut isterinya.

"Abang.." Panggil Keisha Layla sambil mengelus rambut suami nya. Kelihatan Zain Iskandar menggerakkan badan lalu tegak memandang isteri nya. Tidak semena-mena air mata lelaki nya menitis lagi. Bagaimana dia harus berlakon kuat di hadapan isterinya jika nyawa isteri nya belum tentu panjang.

"Sayang.. Abang mintak maaf. Abang gagal jadi suami yang baik untuk sayang.. Abang tak dapat tangkap punca sayang sakit kepala tu semua. Abang ingatkan sakit kepala biasa je" teresak-esak Zain Iskandar menangis.

Keisha Layla memberikan senyuman kepada suami nya. "Abang.. Jangan cakap macamtu. Abang la suami terbaik untuk Layla. Seribu tahun lagi pun Layla tetap mahukan abang yang menjadi suami Layla. Semua ni ketentuan Allah. Kita kena terima dengan redha" Keisha Layla membalas. Sejujurnya, dia juga tidak kuat untuk menghadapi semua ini. Tapi apabila mengenangkan orang-orang yang dia sayang, dia harus kuat melawan semua ini. Setiap masalah pasti ada jalan nya.

"Abang takut sangat bila dapat berita tentang sayang daripada Tuti. Bila abang dapat berita tentang penyakit sayang ni, abang rasa dunia abang berhenti berputar. Janji dengan abang sayang, sayang kena kuat lawan semua ni. Sayang kena sembuh. Untuk kami semua" sokong Zain Iskandar dalam tangisan. Dia tidak mahu isteri nya mengalah tanpa melawan. Dia yakin isterinya boleh sembuh seperti sediakala.

"Baik abang. Layla janji akan cuba melawan sakit Layla ni. Abang janji kena sentiasa ada dengan Layla ye? Jangan sesekali tinggalkan Layla." pinta Keisha Layla sebak. Dia juga mahu sembuh. Dia tidak mahu melihat orang tersayang nya menitiskan air mata kerana kehilangan dirinya.

"Ye sayang abang janji." janji Zain Iskandar.

Tiba-tiba pintu ward itu ditolak dari luar. Muncul seorang doktor wanita. Doktor itu tersenyum kepada sepasang suami isteri itu sebelum memulakan bicara.

"Assalamualaikum Puan. Saya Doktor Halina. Saya yang akan incharge puan sepanjang puan menerima rawatan disini." doktor itu memperkenalkan diri.

"Waalaikumussalam. Baik doktor." jawab suami isteri itu serentak.

"Baik lah, macam mana keadaan puan sekarang? Ada rasa loya atau sakit kepala lagi ke?" Tanya doktor Halina.

"Setakat ni loya takde doktor. Cuma sakit kepala tu ada sikit-sikit tapi tak sekerap dan sekuat sebelum ini" jawab Keisha Layla.

"Alhamdulillah. Sebenarnya kedatangan saya di sini untuk membicangkan tentang kemoterapi puan. Bila puan rasa boleh mula? Kerana bagi saya, seeloknya dimulakan dengan cepat memandangkan puan sekarang berada di stage 3. Saya tahu puan sedia maklum bukan, bahawa kanser ini boleh merebak dengan cepat?" Panjang lebar penerangan diberikan oleh doktor Halina.

"Sayang, abang setuju dengan apa yang doktor Halina cakapkan. Lagi cepat sayang jalankan kemoterapi tu, peluang sayang untuk sembuh itu ada." Pujuk Zain Iskandar.

"Kalau begitu kata doktor, saya ikut kan saja. Saya pun ingin sembuh." Kata Keisha Layla.

"InsyaAllah puan. Setiap usaha pasti akan beroleh kejayaan. Saya yakin puan boleh sembuh." Doktor Halina memberi sokongan.

"Terima kasih doktor." kata Keisha Layla sambil tersenyum.

"Sama-sama. Kalau takde apa-apa saya minta diri dulu ye. Esok saya akan sediakan borang yang puan perlu tanda tangan untuk kemoterapi puan. Assalamualaikum." Pamit doktor Halina seraya keluar meninggalkan pasangan itu.

Keisha Layla kembali memandang suami yang membisu sedari tadi. Dia hanya mendengar saja tanpa menyampuk. Namun, ada sesuatu yang mengganggu benak Keisha Layla.

"Abang tahu kan kesan kemoterapi tu macam mana? Andai kata Layla dah botak dan tak cantik abang masih setia dengan Layla ke? Atau abang memilih untuk pergi?" Tanya Keisha Layla. Sungguh dia tidak kuat bagi menghadapi kehilangan suami nya.

"Sayang.. Tak baik cakap macamtu. Sakit tu kan penghapus dosa. Abang sepatutnya bersyukur Allah masih sayangkan kita kerana dia beri ujian pada kita. Pada abang, Layla tetap wanita paling cantik yang pernah abang jumpa. Walaupun, waktu tu banyak nikmat sayang yang Allah tarik. Abang tetap akan setia selagi nyawa dikandung badan." Kata Zain Iskandar penuh syahdu. Dia tidak mahu isterinya itu berfikir yang bukan-bukan. Dia tidak mahu kesihatan isterinya merosot.

"Sudan sayang, jangan fikir lagi. Mari kita tidur. Dah lewat malam ni. Sayang kena dapatkan rehat yang secukupnya." Arah Zain Iskandar lembut. Selimut isteri nya ditarik menutupi dada. Lampu ward itu dimatikan. Hanya lampu tandas saja dipasang sambil pintu direnggangkan sedikit. Untuk membolehkan samar-samar cahaya masuk menerangi bilik ward itu.

Keisha Layla hanya menurut arahan suami nya. Dia berdoa di dalam hati agar umur nya di panjang kan. Dia masih belum puas merasa kasih sayang suami nya. Baru semalam dia bergelar isteri kepada lelaki yang dicintainya itu. Hari ini dia sudah menerima berita buruk tentang kesihatan nya. Perlahan mata nya dipejam erat lalu dengkuran halusnya pun kedengaran.

Zain Iskandar hanya memerhati wajah isterinya dalam Lena. Dia sangat berharap agar Allah memberikan dia peluang bergelar suami kepada wanita kesayangannya dengan tempoh lama lagi. Dia tidak mahu kehilangan isterinya dengan cepat. Tanpa dia sedar, dia pun terlelap di sisi isterinya.

****************
Hari ini dimana Keisha Layla akan meneruskan rawatan kemoterapi nya yang pertama. Zain Iskandar masih setia menemani isterinya untik memberikan sokongan. Dato Hisham juga telah kembali ke pejabat untuk sementara waktu memandangkan menantu nya itu akan mengambil cuti yang agak panjang bagi menjaga isteri nya.

"Sayang tidur dulu ye. Mesti sayang penat lepas kemoterapi tadi kan? Sayang rehat ye?" kata Zain Iskandar kepada Keisha Layla. Sebak hatinya melihat wajah pucat dan lelah isteri nya selepas rawatan itu. Namun, dia cuba untuk menyembunyikan rasa sedih nya kerana tidak mahu mengganggu emosi isterinya.

Tingg..

Bunyi pesanan mesej dari aplikasi WhatsApp milik Zain Iskandar. Dia membaca mesej tersebut dengan kerutan di dahi nya.

Abang, boleh kita berjumpa? Ada hal penting yang Ain nak bincangkan - Ain

Hal apa Ain? Abang sekarang tengah jaga isteri abang. Kak Layla sakit. Abang kena ada di sisi dia selalu. Takboleh sesuka hati tinggalkan dia. - Zain Iskandar

Kalau abang sayangkan rumah tangga abang, abang kena jumpa Ain dan bertanggungjawab. Kalau tak, Ain sendiri akan jumpa dengan Kak Layla - Ain

Nanti la abang bagi tahu balik. Nanti abang call Ain. - Zain Iskandar

Tak perlu. Malam ni pukul 10 lepas Ain balik kerja kita jumpa dekat restoran tempat Ain kerja. Kalau abang tak datang, abang akan menyesal. - Ain

Zain Iskandar melepaskan keluhan kasar. Entah apa lagi yang Ain ini nak bincangkan. Dia sudah la ada masalah lain ditambah pula dengan karenah Ain yang seperti tak faham bahasa. Dia meraup rambut nya ke belakang sebelum berlalu ke surau hospital. Dia perlu menunaikan solat Zohor.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now