Bab 19 ✨

29 2 0
                                    

Keisha Layla baru selesai membuat bubur untuk Zain Iskandar. Ternyata selepas menerima berita perpisahan dari atuk dan nenek nya serentak, lelaki itu terus demam. Demam terkejut barangkali. Terkejut juga Keisha Layla semalam apabila melihat wajah sememeh Zain Iskandar yang lencun dengan air mata itu selepas pulang dari rumah atuk dan nenek saudara nya itu. Dia teringat keadaan Zain Iskandar semalam."Kau kenapa ni? Muka macam baru lepas dapat berita kematian je" tanya Keisha Layla sebaik saja Zain Iskandar masuk ke dalam rumah.


"Diorang dah pergi Layla. Diorang dah tinggal kan aku untuk selama-lamanya. Lepasni aku takkan dapat jumpa diorang lagi." Tangis Zain Iskandar semakin kuat.

"Hmm sabarlah. Memang setiap yang hidup akan mati. Jadi jangan la sedih sangat. Nanti kau sedekah aje Al-Fatihah untuk atuk dan nenek saudara kau tu. Bila meninggalnya?" Keisha Layla memberi tazkirah pendek. Namun, Zain Iskandar yang mendengar nya hampir sahaja memberikan flying kick kepada Keisha Layla itu.

"Bila masa pulak aku kata diorang dah meninggal hah?! Kau jangan kurang ajar eh Layla aku ganyang kau nanti" marah Zain Iskandar. Ada ke perempuan ni cakap atuk dan nenek dia dah meninggal?

"Eh bukan ke kau yang cakap diorang dah pergi untuk selamanya tadi? Bukan meninggal ke tu ?" Tanya Keisha Layla sambil menggaru keningnya.

"Maksud aku, Atuk Sarip dah pergi keluar negara dengan bakal isteri dia. Dia akan mulakan hidup baru di sana. Sama juga dengan Nek pah. Dia pinjam duit dari Ah Long dan sekarang dia tengah nak larikan diri sebab Ah Long tu tengah buru dia. Diorang berdua dah tinggal kan aku. Taktahu bila akan balik semula" terang Zain Iskandar panjang lebar.

Keisha Layla yang mendengar nya terlopong. Hampir meleleh air liur dia. Ya Allah dahsyat nya atuk dan nenek saudara Zain Iskandar ni. Seketika dia menyambung. "Nak buat macam mana dah itu jalan yang mereka pilih. Kau doa jela semoga diorang tu panjang umur supaya boleh jumpa kau lagi."

"Malas la aku cakap dengan kau ni. Asyik nak cakap pasal mati je. Makin sedih hati aku ni bila fikirkan. Dah la aku nak masuk bilik. Harini tak jadi keluar. Aku tengah berduka. Kau kalau lapar masak jela apa apa kat dapur tu" pesan Zain Iskandar lalu menghilang ke dalam bilik.

Keisha Layla hanya mengangkat bahu lalu mencebik. Hmm rosak plan nak jalan-jalan harini.

Semangkuk bubur dan segelas air kosong dibawa ke ruang tamu. Pintu bilik Zain Iskandar diketuk. "Zain, aku ada buat kan kau bubur ni. Mari la makan. Kejap lagi lepas makan bubur dan ubat sambung la tidur balik" panggil Keisha Layla.

Seketika kepala Zain Iskandar terjengul di muka pintu. "Kau buat bubur? Pandai ke?"

"Hello, tengok orang la. Setakat bubur ni ingat aku tak pandai buat ke? Dah la makan cepat!" Panas hati Keisha Layla.

"Sebab aku tengok orang yang masak nya la aku was-was. Tapi takpe, disebabkan kau dah baik hati masakkan untuk aku jadi aku terpaksa la berterima kasih" kata Zain Iskandar bersahaja sambil melabuhkan duduknya di atas sofa. Mangkuk bubur diambil lalu disuap sesudu ke dalam mulutnya. "Hmm boleh la" sambung nya lagi.

Keisha Layla hanya menjeling lelaki itu. Boleh la la sangat aku tengok dah nak licin semangkuk bubur tu.

Tiba-tiba Zain Iskandar bersuara membuatkan Keisha Layla mengukir senyuman manis. "Ada lagi tak bubur ni? Kalau ada, nak lagi boleh?"

Keisha Layla terus mengambil mangkuk itu dan menuju ke dapur bagi menambah bubur itu. Senang hati nya kerana Zain Iskandar suka akan buburnya itu. Another achievement unlock dalam hidup seorang Keisha Layla.

Sementara Zain Iskandar di ruang tamu sudah terpana melihat senyuman manis wanita itu. Senyuman yang cukup ikhlas dan ini adalah kali pertama selepas sebulan Keisha Layla tinggal di rumahnya wanita itu tersenyum begitu. Jantung berdegup dengan agak laju. Terbayang lesung pipit di kedua belah pipi wanita itu. Comelnya! Adakah dia sudah dilamun cinta?

*************

"Cepat lah Layla! Lambat la kau ni! Aku tinggal kan jugak kau ni karang!" Marah Zain Iskandar. Mana tidak nya, sudah hampir satu jam dia menunggu Keisha Layla bersiap untuk keluar makan bersama-sama. Ini sebagai ubah kerena Keisha Layla sudi menjaga nya ketika demam tempoh hari.

"Yeye dah siap ni" kata Keisha Layla lalu berura-ura ingin menutup pintu. Tiba-tiba Zain Iskandar bertanya.

"Kau nak pakai macamni pegi keluar makan? Layla kita ni bukan nak pergi mall tau. Kita nak pergi makan dekat gerai depan mall je. Pergi tukar baju sana"

Keisha Layla memandang penampilannya dari atas ke bawah, baju tanpa lengan dipadankan dengan seluar jeans sendat. Heelsnya juga tidak dilupakan maklum la Keisha Layla ni pendek je orang nya. Tinggi dia hanya 155cm. Rambut perangnya pula dibiar lepas bebas. "Okay apa pakai macamni. Malas la nak tukar. Jom cepat." kata Keisha Layla lalu ingin menaiki motosikal lelaki itu.

"Kau nak tukar atau kita makan kat rumah je? Pergi tukar pakaian elok sikit la. Berdosa tau tak pakai macamni. Aurat kau selayaknya untuk suami kau nanti. Pergi tukar sekarang" arah Zain Iskandar.

"Ishhhh yelah yelah! Sikit-sikit ugut orang! Benci!" Keisha Layla berlalu ke dalam rumah sambil menghentakkan kaki nya. Mulutnya pula memuncung sambil membebel.

Namun, bagi Zain Iskandar semua itu adalah sangat comel! Dia suka melihat nya. Jujur, Zain Iskandar sudah jatuh cinta dengan Keisha Layla. Tapi dia masih tiada kekuatan untuk meluahkan nya. Dia takut dia kecewa. Keisha Layla seorang wanita yang sangat cantik mana mungkin nak kan dia yang serba kekurangan ini.

Keisha Layla keluar semula dari rumah dengan T-shirt lengan panjang yang Zain Iskandar belikan untuknya di pasar malam beberapa hari yang lepas. Seluar tidak ditukar kerana baju itu labuh sehingga menutup punggungnya. Kasut juga tidak ditukar. Dia mesti nampak tinggi! Dia taknak orang nampak dia katik! Setelah berpuas hati dengan pakaian Keisha Layla, mereka pun bergerak menuju ke destinasi Yang ingin dituju. Keisha Layla merasa bahagia. Dia terharu kerana walaupun Zain Iskandar bukan lah seorang lelaki yang ada segalanya, Namun lelaki itu tetap berusaha menggembirakan sekeping hati milik Keisha Layla. Untuk itu, Keisha Layla berterima kasih kepada daddy nya kerana telah meninggalkan dia kepada orang yang baik seperti Zain Iskandar.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now