Bab 38 ✨

28 2 0
                                    

"Macam mana sayang boleh ada dekat office time tu?" tanya Zain Iskandar semasa dia dan Keisha Layla sedang berbaring di atas katil. Dia mengelus rambut isteri nya yang sedang berbaring beralaskan dada bidang nya.

"Naluri seorang isteri. Actually Layla rasa tak sedap hati. Asyik teringatkan abang. Nak buat satu kerja kat rumah ni pun tak menjadi. So cut the story short, Layla pergi office abang and ternampak Rita Kaisara tengah berborak dengan Azman. Layla nampak dia ada bagi Azman duit jugak. So, Layla ambil keputusan untuk siasat senyap-senyap." Jelas Keisha Layla panjang lebar. Dia pun tidak menyangka sampai begitu sekali tindakan Rita Kaisara.

"So sayang nampak and dengar semua nya? Abang tak sangka betul Rita tu sanggup nak hancur kan rumah tangga kita. Selama ni walaupun dia cuba goda abang, tapi abang masih layan dia dengan baik." keluh Zain Iskandar. Syukur Allah telah menyelamatkan rumah tangga nya. Kalau lah, Keisha Layla tiada waktu itu sudah pasti dia akan dipaksa untuk mengahwini Rita Kaisara.

"Yes, I've saw and heard everything. Sebenarnya nya, Rita tu musuh Layla masa zaman sekolah. Dia pernah merampas boyfriend Layla. Entah macam mana, tiba-tiba lelaki tu mintak putus dengan dia sebab nak kembali pada Layla. Tapi Layla tak layan pun. Dari situ lah, Rita tu berdendam dengan Layla. Nak pulak dia suka kan abang tapi abang dah kahwin dengan Layla. Lagi lah dia marah." Cerita Keisha Layla tentang peristiwa lalu. Dia sendiri pun tak sangka hanya kerana cinta monyet Rita Kaisara menyimpan dendam kepada nya.

Zain Iskandar yang tekun mendengar melepaskan keluhan berat sambil menggelengkan kepala nya. Kerana cinta orang tidak dapat berfikir yang baik dan buruk. Mereka lupa yang cinta manusia itu tidak kekal lama. Yang kekal dan abadi hanya lah cinta Allah. Cari lah Allah, nescaya kamu akan mendapat apa yang kamu ingini.

"Azman macam mana?" Layla bertanya kepada suami nya.

"Abang dah buang dia. Tiada guna nya menyimpan pembelot macamtu dalam hidup kita. Once he betrayed you, there's no more second chance. Sebab hal macamni pun dia sanggup belot dengan abang. Nanti entah hal apa pulak lagi." Zain Iskandar membalas bersahaja. Dia tidak mahu mengambil risiko. Lagi pula bukan sia seorang sahaja yang membuat keputusan memberhentikan lelaki itu. Dia sudah berbincang dengan Dato Hisham terlebih dahulu.

"Layla, kalau satu hari nanti abang diuji hilang segala yang abang miliki sekarang, sanggup ke Layla sehidup semati dengan abang?" Tanya Zain Iskandar.

"Abang, walaupun kita terpaksa susah macam dulu Layla tetap akan pilih untuk terus berada di sisi abang. Di hari abang lafazkan akad ke atas Layla, di situ Layla dah serahkan hati dan jiwa Layla untuk abang. Takde yang lain lagi. Abang percayakan Layla kan?" Luah Keisha Layla jujur. Memang dia dahulu seorang yang sombong dan biadap. Namun, sekarang dia bukan lah Keisha Layla yang dahulu. Dia sudah berubah. Berubah ke arah yang lebih baik.

"Abang percayakan Layla. Abang cintakan Layla sepenuh hati abang. Layla berlalu istimewa bagi abang. Takkan ada sesiapa yang boleh menggantikan tempat Layla di hati abang." Zain Iskandar menuturkan kata cinta nya. Dia mengucup dahi licin isteri nya itu penuh kasih dan cinta yang terdalam.

"Hmmm abang yakin ke takkan dua kan Layla dengan mini beans kita ni?" Tanya Keisha Layla yang sudah tersenyum-senyum. Dia bangun menuju ke almari solek, lalu mengambil satu kotak hadiah dan diberikan kepada suami nya.

"Mini beans? Beans tu bukan kacang ke? Takkan lah abang nak duakan Layla dengan kacang" kata Zain Iskandar hairan. Dia menggaru kepala nya yang tidak gatal. Apa yang pelik sangat isteri nya ini? Apa kena mengena dia meluahkan perasaan nya dengan kacang?

Keisha Layla yang mendengar sudah menjulingkan mata nya ke atas. Dah datang dah lambat pickup suami nya ini. Dia memuncungkan bibir nya ke arah kotak hadiah itu. "Bukak lah. Nanti abang akan tahu jugak." Katanya.

Zain Iskandar pun membuka kotak itu. Membulat mata nya. Mulut nya ditutup dengan telapak tangan. Tiba-tiba dia bangun berdiri. Keisha Layla yang melihat sudah tersengih-sengih. Sangka nya suami nya itu terlalu gembira sehinggakan mahu melompat. Namun, setelah beberapa detik suami nya itu masih statik berdiri. Eh Kenapa tak lompat pun? Keisha Layla hairan.

"Astaghfirullahalazim.. Kenapa Layla tak bagitau abang yang Layla kena covid? Abang ada meeting penting esok ni. Kalau berjangkit macam mana?" Zain Iskandar sudah gelisah. Kalut dia mengambil hand sanitizer yang berada di dalam beg kerja nya. Kenapa lah isteri nya ini tidak beritahu awal-awal. Ini boleh mendatangkan masalah.

Keisha Layla yang mendengar kan itu terus mati sengihan nya. Dia melopong untuk beberapa saat. Kemudian dia menepuk dahi nya beberapa kali. Rasa nak marah tapi kena sabar. Rasa nak marah tapi kena sabar. Lalu dengan segala bentuk kesabaran di muka bumi ini, Keisha Layla kumpulkan kemudian dia memandang suami yang dengan pandangan yang mematikan bagi Zain Iskandar.

"Abang... Tu bukan test covid.... Cuba abang tengok betul-betul benda tu. Dia tulis apa sebelah positif tu. Tengok la abang...." Keisha Layla mengetap gigi nya sambil berkata. Suami siapa lah ini keluhnya.

Zain Iskandar mengerutkan dahi nya kemudian sekali lagi mata nya di halakan kepada alat itu. 'Positive Pregnat'. Dia membeliak kan mata nya kemudian dia terlompat-lompat di situ. Ketika itu lah, tarian legend pak agogo dilakukan. Tarian turun-temurun mungkin bagi Zain Iskandar dan Atuk serta nenek saudara nya.

"Alhamdulillah syukur sayang. Kita akan ada baby! yeayyyy terima kasih sayang. Abang happy sangat. Sini meh nak peluk meh" kata Zain Iskandar sambil menitiskan air mata gembira. Lalu tubuh isterinya itu ditarik ke dalam pelukan. Dia menggoyang-goyangkan badan isterinya itu ke kiri dan kanan.

Keisha Layla yang mendengar kan itu hanya tersenyum lebar. Syukur Allah telah memberikan mereka rezeki zuriat yang tidak terduga ini. Benar lah kata orang, selepas turun nya hujan pasti akan ada pelangi. Kalau dulu dia diberi ujian kini Allah gantikan dengan kebahagiaan. Semoga dengan anak yang bakal lahir ini, hubungan mereka suami isteri dapat dieratkan lagi.

"I love you so much abang. Semoga kita berdua dapat jadi mama dan papa yang baik untuk anak kita nanti" kata Keisha Layla sambil tersenyum manis.

Zain Iskandar yang mendengar itu semakin melebarkan senyuman kemudian di cium dahi isterinya. "I love you more sayang. More than you know." Bisik Zain Iskandar.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now