Epilog ✨

29 3 0
                                    

5 tahun kemudian...

"Ayla! Ayriq! Jangan main lari-lari nanti jatuh!" Laung Keisha Layla kepada kedua kembar itu. Syukur Allah telah mengurniakan sepasang kembar sebagai cahaya mata dia dan Zain Iskandar. Kembar itu lah merupakan lambang cinta mereka berdua. Kehidupan keluarga kecil itu juga sungguh bahagia.

Vroom....

Enjin Mercedes Benz milik Zain Iskandar kedengaran menandakan lelaki itu telah pulang ke rumah. Jam dinding dikerling. Baru pukul 4. Selalu nya suami nya itu akan pulang paling awal pun pukul 6.

"Yeayyyy papa dah balik!" Sorak kembar itu girang. Mereka terlompat-lompat suka. Tidak menunggu lama, mereka berlari ke muka pintu untuk menyambut papa mereka. Keisha Layla hanya menggeleng. Anak-anak nya itu gemar benar berlari. Nak kata kan dulu masa mengandung dia suka berlari tak juga. Dia banyak menghabiskan masa dengan melepek sahaja di rumah.

"Hai anak-anak papa" kedengaran suara Zain Iskandar menegur anak-anaknya. Lalu muncul lah lelaki itu sambil mendukung kembar itu di kedua belah tangan. Memang masing-masing anak papa.

"Hmmm kesian mama. Takde sape nak geng dengan mama. Semua asyik dengan papa aje. Kalau dah ada papa tu mama pun you all berdua tak pandang dah. Mama nak merajuk la macam ni" rajuk Keisha Layla. Dia bergurau sahaja. Sengaja ingin melihat reaksi anak-anaknya.

"Papa turunkan Ayriq. Ayriq nak pujuk mama." Ronta anak lelaki nya itu. Walaupun Ayriq merupakan adik kepada Ayla, namun Ayriq yang lebih matang. Dia sentiasa mencuba mengenangkan hati kedua orang tua nya. Ada suatu hari, gurunya menyuruh dia membuat kad ucapan buat ibu. Namun Ayriq membuat sekali untuk papa nya. Tidak mahu papa sedih kata nya.

Zain Iskandar yang melihat telatah anak-anak dan isterinya itu hanya tersenyum manis. Dia bersyukur atas keberadaan orang-orang yang tersayang di sisi nya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana hidup nya tanpa mereka ini. Mereka ini lah nyawa nya.

**************

"Abang ingat nak pergi honeymoon la. Haritu kan masa kita kahwin tak sempat pergi." Beritahu Zain Iskandar sambil menggulingkan badan nya di atas katil. Dia hanya memerhati isterinya itu yang sedang menyusun baju yang sudah dilipat ke dalam almari.

"Nak pergi mana pulak abang? Kita anak dah dua pun. Nak honeymoon apa nya lagi? Lagipun kalau kita pergi honeymoon anak-anak tu nak campak mana?" Tanya Keisha Layla hairan. Dia agak tidak bersetuju dengan cadangan suami nya. Yelah, siapa lagi yang nak menjaga anak-anak nya kalau mereka berdua honeymoon. Lagipula dia lebih suka menguruskan anak-anak nya sendiri.

"Siapa kata abang nak tinggalkan anak-anak? Abang dah plan dengan daddy. Kita akan pergi bercuti dengan daddy, Atuk Sarip dan Nek Pah sekali. Alang-alang tu kita honeymoon la sekali." Jelas Zain Iskandar teruja. Ternyata lelaki itu telah merancang semua nya dari awal. Keisha Layla pun tiada alasan lain lagi untuk mengelak selain bersetuju sahaja.

"Bila kita nak pergi?" tanya Keisha Layla pasrah.

"Esok.." Jawab Zain Iskandar bersahaja. Tiada riak langsung muka nya sewaktu menuturkan ayat nya itu. Dia tidak tahu yang Keisha Layla sudah hampir pengsan mendengar nya. Esok nak pergi hari ini baru nak beritahu.

Keisha Layla menepuk dahi nya perlahan. "Kenapa tak bagitahu minggu depan aje abang oiii? Mana sempat Layla nak kemas barang kita dengan kids kalau esok nak pergi." Keisha Layla sudah hampir menangis. Dia segera bangun dan mengambil luggage di atas almari pakaian. Dia akan mula mengemas sekarang juga.

"That is why abang balik awal. Abang tolong sayang kemas barang kita. Sayang pergi kemas barang kids okay?" Zain Iskandar menenangkan isteri nya itu. Silap nya juga kerana tidak memberitahu isterinya itu awal-awal.

Keisha Layla akur dengan kata-kata suami nya lalu bergerak keluar dari bilik tidur mereka untuk pergi ke bilik tidur anak-anak nya. Sewaktu di muka pintu, langkah nya terhenti. "Abang, kita pergi berapa lama?" Tanya Keisha Layla. Dia perlu membawa baju yang mencukupi.

"Seminggu." Jawab Zain Iskandar sepatah. Dia sedang leka menyusun pakaian di dalam luggage. Keisha Layla mengangguk lalu beredar dari situ.

************
Mereka menaiki feri untuk pergi ke Pulau Pangkor. Mereka mengambil keputusan untuk bercuti di dalam negara sahaja memandangkan anak-anak nya baru berusia 5 tahun.

Zain Iskandar menggelengkan kepala melihat atuk saudara nya yang sedang asyik mengorat wanita-wanita mat salleh yang berada di atas feri itu. Yang pelik nya, wanita-wanita itu kelihatan gembira dengan kehadiran atuk saudara nya itu.

"Aku tak tahu la apa yang diorang tu semua pandang pada atuk kamu tu Is. Dah la tak handsome. Gigi pun takde. Ada gigi palsu, ditinggalkan nya di rumah." Kutuk Nek Pah. Dia yang memakai dress pantai dengan kain terbelah di bahagian betis menyerlahkan keseksian nya. Kalau sesiapa yang tak kenal, pasti sudah jatuh cinta. Maklum lah pembedahan plastik itu berjaya menyembunyikan rupa sebenar Nenek Saripah.

"Ishhhh nenek ni tak baik cakap macamtu. Tu kan abang nenek." Kata Zain Iskandar. Dia sebenarnya sudah mahu ketawa namun di tahan sahaja. Terasa berdosa pula sebab gelakkan atuk sendiri. Tapi, kalau gelak dalam hati boleh kan? Tiba-tiba, Zain Iskandar mengangakan mulut nya dan mata dipejamkan sambil menekan-nekan perut nya. Lagak orang sedang ketawa tapi tanpa suara.

"Kamu mesti tengah ketawa dalam hati kan?" Tanya Nek Pah kepada cucu nya. Dia bukan tak nampak perlakuan cucu nya itu.

"Erkk.. Haah.." Kata Zain Iskandar malu-malu. Sangka nya taktik nya itu tidak diketahui sesiapa. Namun, kantoi la pulak.

"Alahh, kamu jangan la risau. Sebab tadi nenek pun tengah ketawa dalam hati juga." Balas Nek Pah. Lalu mereka berdua bergabung bagi menyambung gelak tanpa suara itu.

"What's wrong with papa, mama?" Tanya Ayla dan Ayriq serentak. Pelik mereka melihat papa nya dan moyang nya itu. Dato Hisham yang mendengar soalan cucu nya sudah ketawa terbahak-bahak. Dia pasti ayat yang akan di tuturkan oleh Keisha Layla nanti sangat menggeli kan hati. Tengok muka bengang Keisha Layla pun dia dah tahu.

"Kena sampuk roh sun wukong." Balas Keisha Layla geram. Zain Iskandar dan Nek Pah yang mendengar itu sudah berdehem sambil membetulkan duduk masing-masing. Manakala Dato Hisham sudah menyambung gelak nya. Kan dia dah kata. HAHAHAHA. Akhirnya, perjalanan ke Pulau Pangkor itu pun diteruskan dengan suasana gamat apabila Dato Hisham terkena mabuk laut. Itu lah orang kata jangan suka sangat nanti menangis.

HIS LOVE : PLAYGIRLDonde viven las historias. Descúbrelo ahora