Bab 8 ✨

39 2 0
                                    

Zain Iskandar yang baru selesai menutup kedai ikan nya itu sudah bersedia ingin pulang. Harini dia berseorangan kerana Leman demam. Oleh itu pada malam hari barulah selesai semua kerjanya di kedai ikan itu. Sedang dia berjalan ke arah motosikal nya itu tiba-tiba dia didatangi 2 orang lelaki berbadan besar, berkepala botak dan bertatu.

Tiba-tiba salah seorang dari mereka memegang nya dan seorang lagi menumbuk perutnya hingga dia tertunduk. Senak dirasakan pada perutnya. "Ko..korang siapa hah?! Kenapa pukul aku?" Tanya Zain Iskandar berani.

"Kami hanya mendengar arahan" kata salah seorang lelaki itu. "Arahan? Daripada siapa?" Tanya Zain Iskandar ingin tahu? siapa yang berdendam dengannya sehingga mengupah orang memukul dia? Setahunya dia tidak pernah mencari pasal dengan orang.

Tiba-tiba muncul kereta Honda Civic milik Keisha Layla. Dia keluar dari kereta itu dan tersenyum sinis pada Zain Iskandar. "Kau dah mencari pasal dengan orang yang salah. Aku akan pastikan kau menyesal!" Kata Keisha Layla penuh dendam.

"Kau? Kenapa kau buat macamni? Apa salah AKu? Kau memang perempuan yang takde hati perut!" Tempik Zain Iskandar. Seraya itu muka nya ditumbuk. Terteleng kepala nya ketepi.

"Hei! Kau tanya lagi apa salah kau ?! Kau fitnah aku kata aku raba bontot orang tua gatal tu. Lepastu kau simbah air ikan busuk dekat aku tu bukan mencari pasal ke hah?!" Keisha Layla pun tidak kurang lantangnya bersuara.

Terpempan Zain Iskandar mendengar nya. Hanya kerana itu wanita di hadapannya ini bertindak mengupah orang memukulnya. Wanita itu memang tidak berhati perut! "Aku buat semua tu sebab kau biadab dengan atuk dan nenek saudara aku. Aku dah takde sesiapa atas muka bumi ini. Aku taktau siapa saudara mara aku yang lain. Yang ada hanyalah atuk dan nenek aku untuk aku menumpang kasih. Mestilah aku membela diorang!" Luah Zain Iskandar sebak.

"Ahhh! Aku taknak dengar apa apa alasan lagi. Ni sebagai pengajaran supaya kau jangan buat masalah lagi dengan aku. Pukul dia!" Arah Keisha Layla tegas. Zain Iskandar pun dipukul semahunya dan Keisha Layla tersenyum puas. Puas hatinya.

"Bunuh dia!" Arahan dikeluarkan lagi sehingga terhenti perbuatan 2 lelaki upahannya itu. Zain Iskandar yang mendengar turut terkejut. Ya Allah beginikah pengakhiran hidup Ku? Kau lindungi lah atuk dan nenek saudara kesayanganku ya Allah. Doa Zain Iskandar.

"Tapi kami tak bunuh orang Cik Keisha. Kami hanya terima upah memukul sahaja. Belum pernah lagi kamu bunuh orang" terang salah seorang si botak itu.

"What?! Harap badan je besar tapi penakut! Macam mana boleh korang tak bunuh orang hah?! Membazir duit aku jelah korang ni! Tapi takboleh pakai! Bodoh!" tengking Keisha Layla.

"Biadab betul la perempuan ni. Aku sabar je dengan perangai dia. Apa kata kita 'rasa' dia ni. Baru dia tau langit tu tinggi ke rendah" kata botak lagi Seorang. Mereka menghampiri Keisha Layla sehingga badan gadis itu tersandar pada pintu kereta nya. Pucat wajahnya ketika itu.

"Eh! Ap..apa yy..yang ko..korang nak buat ni hah?!" Tergagap-gagap Keisha Layla bertanya. Sungguh dia berasa takut sekarang ini. Zain Iskandar hanya memerhati saja adegan di hadapan nya. Tiada langsung tanda ingin menolong gadis itu. Biar gadis itu terima balasannya.

"Lepaslah! Aku akan report pada daddy aku tentang korang ni!" Jerit Keisha Layla. Namun ugutan nya sedikit pun tidak memberi kesan kepada 2 lelaki botak itu. Malahan mereka hanya tersenyum sinis mendengar nya.

"Kau ingat kami takut ke ? Kalau kena tangkap pun kami tak kisah sebab kami memang dah biasa keluar masuk lokap. Yang penting kami dapat 'rasa' kau sekarang ni hahahaha" kata salah seorang dari mereka.

"Korang nak buat apa hah dengan aku perempuan ni?" Tanya Zain Iskandar yang sedari tadi mendiamkan diri.

"To..tolong aku Zain. Se..selamatkan aku" rayu Keisha Layla dengan air mata.

"Masa aku merayu pada kau tadi ada kau tolong aku ? Ada kau selamatkan aku? Jadi kenapa aku nak kena tolong kau ? Pandai-pandai la kau" bidas Zain Iskandar seraya memalingkan wajah ke arah lain.

Prakkkk!

"Tolong! Jangan!" Terpekik pekik Keisha Layla meminta tolong.

"Bro, kau taknak join ke kitorang ?" Tanya seorang lelaki itu kepada Zain Iskandar.

Zain Iskandar yang terkejut mendengar bunyi koyakkan itu tadi perlahan-lahan menghampiri mereka bertiga. Alangkah terkejutnya dia melihat baju gadis itu sudah koyak dibahagian dada sehingga menampakkan baju dalam nya. Dia tertelan liur melihat kulit putih gadis itu. Sungguh indah pemandangan di hadapan mata sekarang ini. 'Eh! Astaghfirullahalazim!' Cepat-cepat dia beristighfar dalam hati.

"Korang nak buat apa kat dia ni? Kenapa koyakkan baju dia ?" Tanya Zain Iskandar polos.

"Kitorang nak rogol dia!" Kata-kata dari mereka membuatkan mata Zain Iskandar membulat. 'Rogol?! Nak tolong ke tak ni eh? Tapi aku sakit hati lagi dengan dia tu' hati Zain Iskandar berfikir fikir.

"Nak join ke bro? Kalau nak marilah!" Ajak lelaki botak itu lagi. Zain Iskandar melirik kan mata ke arah Keisha Layla yang sudah teresak-esak menangis itu. Hmmm nak tu memang la nak tapi nanti apa pulak kata atuk dan nenek saudara kesayangannya kalau dapat tau cucu mereka itu sudah berbuat perkara keji. Eh takboleh takboleh. Tergeleng-geleng kepala Zain Iskandar.

"Korang memang betul betul nak rogol dia ke?" Tanya Zain Iskandar ingin kan kepastian. Dia memutuskan untuk membantu gadis itu. Biarlah perbuatan jahat gadis itu hanya Allah yang membalas. .

"Yelah!" Yakin kata-kata mereka berdua serentak.

"Tapi perempuan ni ada HIV !" Tidak semena-mena Zain Iskandar bersuara menyebabkan perbuatan 2 lelaki botak itu terhenti.

"Ceh! Harap muka je cantik tapi berpenyakit rupanya!. Jom la gerak!" Kata seorang lelaki botak itu kepada kawannya. Mereka pun berlalu dari situ.

Zain Iskandar menghampiri raga motosikalnya lalu jaket nya diambil. Dihulurkan kepada Keisha Layla. Keisha Layla hanya memandang dengan riak geli huluran jaket itu.

"Nah! Tutup badan kau tu. Kau ingat elok sangat ke terdedah macam tu?" Kata Zain Iskandar dingin.

"No it's okay. Aku dah biasa. Simpan jela baju kau tu" bersahaja kata-kata Keisha Layla.

Zain Iskandar memandang wajah gadis itu tidak percaya. 'Murahnya perempuan ni. Badan dah terdedah macam tu pun takde rasa malu ke dilihat lelaki bukan mahram dengannya?' Sempat lagi Zain Iskandar mengutuk.

"Kau kenapa hah kata aku ada HIV?! Sukahati kau je ye buat cerita macamtu?" Marah Keisha Layla.

Ewah-ewah ini sudah lebih ni. Orang dah tolong dia boleh pulak dia nak marah orang. "Hoi perempuan! Kau ni memang tak reti berterima kasih ke apa hah?! Cukup baik aku ni nak tolong kau lepas apa kau buat dekat aku." Jerkah Zain Iskandar.

Terdiam Keisha Layla mendengar nya. Ya. Memang benar. Cukup baik Zain Iskandar ingin membantunya. Kalau tidak sudah pasti dia jadi 'lauk' kepada 2 lelaki botak itu tadi. Namun, mulutnya itu begitu berat untuk mengungkap perkataan terima kasih dan maaf.

"Sudah lah! Aku nak balik! Kau pun balik lah tak elok duduk sini lama-lama. Nanti tak pasal diorang datang semula" sempat lagi Zain Iskandar memberi pesanan. "Oh ya! Dalam dunia ni tak semestinya kita selalu berada di atas. Akan sampai satu masa kita akan berada di bawah. Masatu baru kau sedar yang dibumi Tuhan ni bukan kekayaan yang berkuasa. Baru kau sedar yang tu semua pinjaman semata. Aku harap ini kali terakhir aku jumpa kau Layla. Assalamualaikum." Sambung Zain Iskandar setelah itu dia terus memecut motosikalnya.

Sungguh Keisha Layla terasa dengan kata-kata Zain Iskandar itu. Setiap patah perkataan itu benar-benar menusuk tangkai hatinya. Tanpa sedar air mata nya mengalir.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now