Bab 4 ✨

43 3 0
                                    

Keisha Layla menaiki anak tangga ke tingkat yang terdapat bilik bacaan Dato Hisham. Tanpa salam mahupun ketukkan pintu, tombol pintu itu terus dipulas. Terlihat Dato Hisham sedang membaca buku.

"Daddy.... Layla nak mengadu pada daddy" sambil bibir disebikkan dan mata yang berair Keisha layla berkata kepada daddy nya.

"Kusss semangat! Hishh kamu ni! Takboleh ke kamu ketuk dulu pintu tu sebelum masuk?! Mana pegi adab kamu ni?" Kata Dato Hisham dengan lagak lembutnya. Maklumlah usahawan kosmetik katakan.

"Ishhhh daddy ni ada pulak marah Layla. Daddy nak tau tak Layla tadi kena raba dengan orang tua kerepot. Lepastu cucu dia boleh pulak paksa Layla kahwin dengan atuk dia. Can you imagined it daddy ? Urghhh, what a bad day I had today" rengek Kiesha Layla.

Dato Hisham yang mendengar cerita anaknya itu terkejut bukan kepalang. "Apa?!!!! Cuba kamu ulang balik ayat kamu tu Layla. Daddy tak salah dengar kan?" Jerit Dato Hisham. Buku di tangan nya di hempas ke tepi.

"Yeee daddy. Sumpah Layla tak tipu. Memang Layla kena raba tadi daddy. Hmm daddy buat la something daddy. Daddy upah la orang bunuh orang tua tu dengan cucu dia or apa apa je asalkan diorang tu menyesal." Keisha Layla memujuk daddy nya.

Terbuntang mata Dato Hisham mendengar permintaan anaknya itu. Gila ke apa nak upah orang bunuh mereka berdua tu. Anaknya tu ingat dia tu mafia ke? "Eh kamu ni dah hilang akal ke apa Layla mintak daddy bunuh orang? Berdosa tau tak. Daddy takkan sesekali membunuh orang nanti tak pasal pasal daddy yang masuk lokap hanya kerana kamu nanti" tergeleng-geleng kepala Dato Hisham.

"Habistu takkan daddy nak diam kan aje apa yang terjadi pada anak daddy harini ? Daddy nak ke Layla tertekan lepastu bunuh diri ? Daddy please la daddy do something" Keisha Layla sudah mula membentak.

Dato Hisham menyilangkan sebelah tangan nya manakala sebelah tangan lagi diletakkan pada dagu. Lagak sedang berfikir. "Hmmmm apa kata kamu kawin je dengan orang tua tu? Lagipun daddy memang dah tak larat nak menanggung dosa kamu. Kamu bawak daddy jumpa mereka daddy nak tetapkan tarikh perkahwinan kamu dengan orang tua tu" putus Dato Hisham.

Keisha Layla yang mendengar nya hampir putus nafas. Ya Allah hantu apa yang sedang merasuk daddy nya itu. Terus terbangun Keisha Layla dari sofa empuk bilik bacaan daddy nya itu. "What?!!! Are you kidding me daddy? Daddy nak kahwin kan Layla dengan orang tua tu? A big no daddy. Layla taknak! Daddy memang dah tak sayang kan Layla ke daddy?!" Nada suara Keisha Layla kian meninggi. Tidak sanggup dia nak menjadi isteri atuk tua gatal kerepot itu. Sungguh jijik dan menggelikan. Seram!

"Kamu jangan biadab dengan daddy ye Layla. Salah kamu sendiri kenapa berpakaian macam tak cukup kain ?! Berapa kali daddy nak pesan pakaian tu biarlah elok sikit. Dah jadi macamni kamu nak salahkan orang pulak" sinis Dato Hisham kepada Keisha Layla. "Macam ni lah, kalau kamu taknak juga kawin dengan orang tua tu daddy takkan paksa. Tapi kamu kena janji ubah penampilan kamu tu sikit." Sambung Dato Hisham lagi.

Keisha Layla menunduk melihat pakaian nya. Baju tanpa lengan dipandankan dengan skirt pendek paras peha. Okay la kan ? Mengikuti perkembangan fesyen. Kolot betul daddy nya ni. Tapi oleh kerana taknak berkahwin dengan orang tua tu, Keisha Layla terpaksa bersetuju. "Baiklah Layla ikut cakap daddy" Bersetuju tak semestinya ditepati sinis Keisha Layla di dalam hati.

"Bagus" Dato Hisham menarik nafas lega. Tidak tahu lah boleh dipakai atau tidak janji anaknya itu. Dia sebagai bapa tunggal hanya mampu berdoa saja. Kadangkala dia rasa dia gagal menjadi ayah selepas kematian mummy Keisha Layla dulu. Dia terlalu memanjakan anaknya sehingga anak nya itu lupa diri. Semoga Allah memberi hidayah pada anaknya.

"So daddy ? How ? Daddy setuju tak untuk upah orang belasah mereka tu ? Kalau taknak bunuh at least gertak la mereka." Gesa Keisha Layla.

"Esok daddy akan upah orang bersemuka dengan mereka. Kamu ada tak gambar mereka?" Tanya Dato Hisham.

Keisha Layla menepuk dahinya. "Alamak lupa la daddy. Takpe esok Layla ambil gambar mereka send pada daddy" kata Keisha Layla bersungguh sungguh. Tidak sabar untuk mengenakan mereka berdua itu. Siapa suruh mencari pasal dengannya.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now