Bab 34 ✨

21 2 0
                                    

Hari annual dinner yang dianjurkan oleh Beauty Cosmetics Sdn Bhd sudah pun tiba. Ramai pelabur-pelabur dan juga pelanggan VIP memenuhi perkarangan dewan di Hotel 5 bintang tersebut. Tidak lupa juga, hari ini akan dilancarkan satu lagi produk baharu iaitu lipmatte. Para model yang ditugaskan untuk memakai lipmatte itu pun sudah bersedia untuk menaiki pentas.

Tiba-tiba suasana dewan bertukar gamat apabila Dato Hisham memasuki perkarangan dewan itu. Semua tetamu yang hadir memberi tepukan kepada nya. Namun, ada sepasang mata yang tercari-cari kelibat seseorang. Tajam mata wanita itu mencari kelibat jejaka idaman nya.

"Terima kasih semua kerana sudi hadir ke majlis annual dinner ini. Saya amat menghargai kehadiran anda semua." Ucap Dato Hisham di atas pentas.

************

Sementara itu, di luar dewan...

"Layla?"  Tanya Zain Iskandar dengan suara seakan tidak percaya. Tadi sewaktu dia memasuki lobi hotel, di terlanggar seorang gadis sehingga gadis yang memakai dress berwarna lilac itu terjatuh. Dia membantu gadis itu berdiri dan alangkah terkejut nya dia melihat gadis itu. Isterinya! Keisha Layla

 Isterinya! Keisha Layla

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Baju Keisha Layla

"Ab..abang?"  Tergagap-gagap Keisha Layla menuturkan panggilan itu. Dia tidak sangka yang dia akan dipertemukan dengan suami nya secepat ini. Sejujurnya dia datang berasingan dengan daddy nya kerana dia mengalami senggugut. Dia mengambil pil tahan sakit dan akhirnya terlelap. Setelah tersedar, hari sudah lewat. Sebab itu lah dia tergesa-gesa meluru masuk ke lobi hotel. Dan dia terlanggar dengan seseorang.

"Bila awak balik? Kenapa takde sesiapa pun beritahu saya? Saya ni memang tak penting ke macam mana? Ohhh yelah, saya lupa.. Memang saya tak pernah penting pada awak. Never mind, just forget it." Kata Zain Iskandar sambil ketawa kecil. Dia kemudian kembali berpaling ke hadapan dan memasuki lift yang sudah terbuka.

"Shall we? Atau awak taknak naik lift yang sama?" Tanya Zain Iskandar sambil menaikkan sebelah kening nya ke atas.

"Err ehem.. Yeye Layla nak naik." Keisha Layla berdehem bagi menghilangkan rasa terkejut nya. Kata panggilan suami nya itu sudah berubah. Tiada lagi bahasa abang atau sayang digunakan. Keisha Layla melirik belakang tubuh Zain Iskandar. Lelaki itu sudah banyak berubah. Semakin bergaya dengan tuxedo hitam nya. Rambut di sisi rapi. Badannya yang tegap namun, sedikit susut berbanding dahulu.

HIS LOVE : PLAYGIRLDonde viven las historias. Descúbrelo ahora