Bab 24 ✨

24 2 0
                                    

Keisha Layla berasa tidak sedap badan. Selepas subuh tadi dia terkena migraine yang sangat teruk. Sampai muntah-muntah dibuatnya. Ini adalah kali pertama dia terkena sakit kepala seteruk ini. Dia juga kerap demam sejak akhir-akhir ini. Namun, demam itu tidak lama. Hanya sehari dua kemudian baik semula. Sudah jenuh ubat dia telan tapi semua nya tetap sama.

Dato Hisham amat risau mengenangkan kesihatan anak nya. Tarikh nikah anak nya itu adalah esok. Namun, kesihatan anak nya tidak juga kunjung sembuh. Bila di ajak untuk ke hospital ada sahaja alasan anak nya itu. Bukan dia tidak tahu anak nya itu takut untuk ke hospital. Sama saja dengan arwah mummy nya.

***************

"Aku terima nikah nya Keisha Layla Binti Hisham dengan mas kahwin nya RM5000 ringgit tunai." Dengan sekali lafaz, Keisha Layla sah menjadi isteri kepada Zain Iskandar. Dato Hisham adalah orang yang paling gembira sekali. Akhirnya, anak nya itu bertemu dengan jodoh yang baik-baik.

"Tahniah anak-anak daddy. Zain, daddy harap Zain dapat menjaga Layla dengan baik. Jangan sesekali sakiti dia." Pesan Dato Hisham.

"Baik daddy. Zain akan jaga Layla sebagaimana Zain jaga diri Zain sendiri. Daddy jangan risau." Janji Zain Iskandar. Keisha Layla yang mendengar nya sudah mengalirkan air mata. Sedih kerana dia bukan lagi anak dara daddy nya. Dia perlu lebih matang bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga nya.

Zain Iskandar dan Keisha Layla menjadi tumpuan tetamu yang hadir. Riuh mulut mereka menyuruh pengantin itu bergaya di hadapan kamera. Dalam diam ada sepasang mata yang memerhati mereka dengan perasaan benci dan dendam yang terbuku di hati. "Aku akan pastikan korang berdua takkan bahagia!" Kata orang itu dengan penuh perasaan.

Setelah selesai majlis, Keisha Layla dan Zain Iskandar masuk ke bilik pengantin.

"Aku rasa kita kena ubah panggilan kita lah. Takkan masih nak beraku kau lagi ?" cadang Zain Iskandar. Keisha Layla hanya mengerutkan dahi tanda tidak mengerti.

"Apa kata kau panggil aku Abang? Aku panggil kau sayang? Nak tak?" Tanya Zain Iskandar lagi.

"Aku okay je. Asalkan tu semua baik untuk rumah tangga kita" balas Keisha Layla tenang. Dia mengukirkan senyuman manis sehingga menampakkan lesung pipit nya di kedua belah pipi nya.

Sekali lagi Zain terpana. Sungguh dia jatuh cinta untuk entah keberapa kali nya kepada isteri nya itu. Perlahan dia menghampiri isteri nya. Pipi isteri nya diusap penuh kasih. Lalu, ciuman hangat dihadiahkan kepada kedua belah pipi mulus itu.

"Sayang cantik sangat. Bertuah abang dapat memiliki sayang. Terima kasih sebab sudi terima abang seadanya. Abang janji akan buat yang terbaik demi rumah tangga kita" lembut Zain Iskandar berbisik.

"Abang, kecantikkan manusia tu tak kekal lama. Layla harap abang tak jatuh cinta dengan Layla atas sebab rupa Layla. Sebab nanti bila dah tua, rupa yang cantik tu akan berkedut juga. Layla pun nak ucapkan terima kasih pada abang sebab sudi terima Layla yang serba kekurangan ini. Layla janji akan jadi isteri solehah untuk Zain Iskandar." Kata Keisha Layla.

"Abang cintakan sayang kerana Allah. Allah yang menggerakkan hati abang untuk terpaut pada sayang. Abang juga cinta kan sayang kerana diri sayang. Rupa itu hanya bonus bagi abang. Alaaa, ibarat macam free gift la" sempat lagi Zain Iskandar mengusik.

Pap!!!

Keisha Layla memukul bahu suami nya. "Haa kan dah kena. Abang ni suka main-main tau!" Kata Keisha Layla lalu menjeling manja suami nya.

"Abang, andai kata suatu hari nanti Allah tarik kecantikkan Layla sebelum usia tua, abang masih akan stay dengan Layla ke?" Tanya Keisha Layla tiba-tiba.

"Sayang, abang janji akan setia dengan sayang sampai hujung nyawa abang. Takkan terganti dengan yang lain lagi. Dah jangan tanya soalan merepek. Sekarang ni mana upah abang?" Tanya Zain Iskandar dengan sengihan nakal.

"Eeeeeee gatal la Abang ni!" Kata Keisha Layla sambil ketawa riang. Dan pada malam itu mereka menjalan kan tanggungjawab sebagai suami isteri.

***************
Pagi itu Keisha Layla berasa sungguh pening. Sudah banyak kali dia muntah sampaikan dah tiada apa yang boleh dimuntahkan lagi. Zain Iskandar yang sudah siap untuk ke pejabat berasa risau untuk meninggalkan isteri nya.

"Sayang okay tak ni? Abang kena pergi kerja ada meeting. Tapi abang janji lepas habis meeting abang balik". Kata Zain Iskandar. Sebenarnya sekarang ini dia diamanahkan oleh Dato Hisham bagi menjaga cawangan syarikat mereka di situ. Memandangkan Dato Hisham sudah tua, dia hanya ingin berehat di rumah saja. Sepatutnya Zain Iskandar sedang cuti berkahwin tetapi hari ini ada meeting tergempar kerana ada beberapa masalah di kilang kosmetik mereka.

"Eh takpe, abang pergi la kerja. Layla okay. Lagipun daddy ada nanti daddy boleh tengok kan Layla" kata Keisha Layla. Dia tidak mahu suami nya berasa serba salah.

"Betul ni sayang okay? Abang janji abang balik cepat okay?" janji Zain Iskandar seraya mengucup dahi isterinya. Lalu dia pamit untuk ke pejabat. Keisha Layla hanya membaringkan diri di atas katil sambil memejamkan mata. Kenapa dengan dia? Kenapa sakit kepala nya tak sembuh?

Dato Hisham yang sedang makan tengahari bertanya kepada orang gajinya tentang keberadaan anak nya. "Tuti, Layla mana? Kenapa dia tak turun makan? Tadi sarapan pun dia tak turun kan?" Serius Dato Hisham bertanya. Dia juga risau akan kesihatan anak nya sejak kebelakangan ini.

"Puan Keisha gak mau turun Dato. Puas saya memanggilnya. Tapi gak ada balasan. Pintu pun gak mau dibuka Dato." Adu Tuti dengan slang Indonesia nya.

"Takpelah biar saya sendiri pergi panggil dia. Kamu kemas ini semua. Saya sudah siap makan" arah Dato Hisham. Tuti hanya mengangguk.

"Layla.. Anak daddy. Bukak pintu ni sayang. Mari turun makan. Layla kan nak cepat sihat. Jadi kena la makan baru ada tenaga" kata Dato Hisham sambil mengetuk pintu bilik anak menantu nya.

Pranggggg!!!!!!

Tiba-tiba kedengaran bunyi kaca berderai ke atas lantai dari dalam bilik itu. Cemas Dato Hisham dibuatnya. Dia takut kalau terjadi perkara buruk terhadap anaknya itu.

"Layla! Layla okay ke?! Tuti!!!!" Jerit Dato Hisham. Beberapa saat selepas itu Tuti pun muncul. Belum sempat dia bertanya kenapa laju Dato Hisham memberikan arahan. "Pergi ambil kunci pendua bilik ini cepat! sekarang!"

"Baik Dato!" Berlari Tuti ke tempat kunci pendua di letakkan. Selepas menjumpai apa yang dicari dia kembali kepada Dato Hisham. "Ini dia kuncinya Dato" hulurnya.

Tanpa membuang masa pintu itu segera dibuka oleh Dato Hisham. Alangkah terkejut nya dia melihat gelas kaca sudah jatuh berderai di atas lantai. Dan lebih memeranjatkan lagi, keadaan anaknya yang sudah terbaring tidak sedarkan diri dia atas lantai.

"Tuti arahkan pemandu untuk siapkan kereta. Kita bawa Layla ke hospital. Lepas tu kamu telefon Zain. Beritahu keadaan Layla pada dia" kata Dato Hisham lalu mencempung tubuh anak nya menuju ke kereta. Lalu Keisha Layla dibawa ke hospital.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now