Bab 20 ✨

37 2 0
                                    

Keisha Layla dan Zain Iskandar memutuskan untuk berjalan-jalan di dalam mall sebelum pergi mengisi perut. Sedang mereka berjalan-jalan itu anak mata Keisha Layla menangkap dua kelibat yang amat dikenalinya. Farah dan Faris! Hati Keisha Layla tiba-tiba menggelegak. Panas hatinya melihat kemesraan mereka berdua. Zain Iskandar yang perasan akan perubahan wajah Keisha Layla itu segera melihat ke arah yang sama. Sepasang kekasih sedang bergurau senda. Apa yang peliknya?

Keisha Layla yang semakin tidak berpuas hati itu mengorak langkah dengan laju lalu apabila sampai sahaja di hadapan mereka terus sebuah penampar dihadiahkan kepada sang wanita. Zain Iskandar yang mengejar dibelakang terkejut. Wanita yang ditampar itu pula sudah tergamam sambil mengalirkan air mata. Kekasih nya pula sudah mengetap gigi menahan amarah.

"Kau memang perempuan tak tahu malu la Farah! Kau ada cermin tak diri kau yang gemuk tu sebelum jadi perampas?! Ni boyfriend aku la!" Jerkah Keisha Layla.

"Hei perempuan! Kau ni dah gila ke hah?! Berapa kali aku nak cakap yang aku ni hanya permainkan kau saja! Kau ingat perempuan dari neraka macam kau ni taste aku ke? Bagi free pun aku taknak lah!" Suara Faris juga tidak kurang lantangnya.

"Cik Layla.. Farah sedar diri Farah ni gemuk dan tak cantik macam Cik Layla. Tapi tak bermakna Farah tak punya hati dan perasaan. Farah juga manusia biasa. Yang punya rasa ingin dicintai dan disayangi seadanya. Alhamdulillah Abang Faris terima Farah apa adanya Farah. Tak pernah sekali pun dia memandang rendah terhadap Farah. Farah juga ingin merasa bahagia seperti orang lain. Salah ke kalau Farah mencari kebahagiaan diri Farah? Berdosa ke? Hanya kerana Farah ni gemuk?" Luah Farah dengan tangisan hiba. Sungguh dia terasa. Daripada dia bekerja di rumah Keisha Layla dulu lagi dia sering dihina. Takkan lepas berhenti pun masih dihina juga?

"Kau dengar sini ye perempuan! Lagi sekali aku tengok kau usik atau sentuh bakal isteri aku ni aku akan pastikan kau merana. Tak padan dengan bapak kau dah muflis! Masih lagi nak junjung sifat riak kau tu! Agaknya bapak kau pergi sebab dia dah tak tahan nak jaga anak yang macam kau!" Faris menengking Keisha Layla lalu segera menarik Farah pergi dari situ.

Zain Iskandar yang melihat semua itu melepaskan keluhan kasar. Sungguh dia tidak menyangka bahawa Keisha Layla ini masih tidak berubah. Dia menyangka bahawa setelah sebulan tinggal bersama nya wanita itu sudah boleh menerima hakikat dan merendah diri. Namun semua itu meleset sama sekali.

"Aku tak sangka kau masih lagi tak berubah Layla. Aku ingatkan selepas sebulan ni kau belajar sesuatu yang dipanggil qada dan qadar Allah. Tapi rupanya tidak. Kau masih lagi kekal sebagai Keisha Layla yang dulu. Aku akui tersilap menilai kau. Aku betul-betul kecewa dengan kau. Aku nak balik. Pandai-pandai la kau balik sendiri nanti" luah Zain Iskandar dengan nada kekesalan.

Keisha Layla yang sedari tadi tergamam dengan kata-kata Faris semakin terkunci mulutnya apabila mendengar bicara Zain Iskandar. Terbayang raut kecewa di wajah lelaki itu. Dia akui dia cemburu apabila Farah hidup bahagia. Sedangkan dia kehilangan Dato Hisham masih menjadi tanda tanya dengan hidup nya juga yang susah sekarang ini. Dia juga tidak dapat menahan rasa cemburu nya sehingga membuat tindakan melulu dan bodoh itu. Ahhh! Pasti Zain Iskandar kecewa gila dengan dia! Kenapa la dia bodoh sangat tadi?

Akhirnya Keisha Layla mengambil keputusan untuk berjalan sebentar di mall itu bagi menenangkan fikiran.

***************

Sementara di rumah, Zain Iskandar mengalirkan air mata jantan nya. Kenapa ketika dia sudah jatuh cinta baru wanita itu menunjukkan sikap bahawa ada seseorang di hatinya? Kalau tak kerana kejadian di mall tadi sampai mati dia takkan tahu yang Keisha Layla langsung tiada hati padanya. Sakit nya dirasakan apabila Keisha Layla menyerang kekasih lelaki yang disukainya dihadapan dia. Sebeginikah sakitnya apabila bercinta pada orang tak sudi?

Keisha Layla menaiki teksi ingin pulang ke rumah Zain Iskandar. Salam diberi lalu masuk ke rumah. Dilihat bilik tidur lelaki itu sudah pun gelap. Sudah tidur barangkali. Dia pun berlalu ke bilik nya lalu segera membersihkan diri.

Setelah selesai membersihkan diri, Keisha Layla menuju ke dapur bagi memasak mee segera. Dia tidak menjamah apa-apa dari siang tadi. Sudah semestinya kerana dia tidak mempunyai wang.

Sedang dia menjamu mee segera nya di ruang tamu, tiba-tiba Zain Iskandar keluar dari bilik. Terkejut dia melihat wanita itu berada di ruang tamu. Dia hanya mengabaikan wanita itu lalu berlalu ke dapur. Keisha Layla mengetap bibir nya. Dia tahu lelaki itu masih marah akan dirinya.

Setelah 15 minit, Zain Iskandar tiba ke ruang tamu sambil membawa semangkuk mee segera. Dia juga lapar kerana siang tadi tidak makan apa-apa. Dia cuba juga untuk tidak mahu makan langsung disebabkan dia broken, namun dia rasa itu satu penyeksaan. Dia nak makan juga. Tak tahan dia kelaparan. Padanya, broken ke tidak makan tetap makan.

"Zain.. Kau marahkan aku ke?" Keisha Layla bersuara tiba-tiba. Zain Iskandar hanya diam. Tidak berniat untuk menjawab.

"Aku.. Aku minta maaf. Aku akui aku cemburu bila Farah bahagia walaupun dia telah diberhentikan disebabkan daddy aku muflis. Sedangkan aku? Masih risaukan daddy. Siang malam aku terfikir sihat ke daddy tu? Dah makan ke belum? Dekat mana dia sekarang? Setiap malam aku takboleh tidur Lena. Aku juga sakit hati sebab Faris tu dulu ex-boyfriend aku. Aku sakit hati bila dia tinggal kan aku dan memilih Farah. Aku taknak kalah dengan Farah" jujur Keisha Layla.

"Jujur aku katakan, aku sedih bila dapat tahu Faris tu bercinta dengan aku hanya kerana dendam atas perangai playgirl aku dulu. Tapi hati aku lebib sakit bila tengok kau kecewa dengan aku. Aku taknak kau benci aku. Aku dah takde sesiapa kat dunia ni lagi buat masa sekarang. Aku hanya ada kau je." Sambung Keisha Layla dengan sebak di dada.

"Sebab tu aku dah fikir masak-masak. Aku nak kahwin dengan kau Layla. Sudi tak kau jadi isteri aku? Aku nak jaga kau nak membimbing kau jadi wanita solehah. Kau sudi tak?" Tanya Zain Iskandar seraya menatap tepat ke dalam anak mata hazel Keisha Layla.

"Aku taknak kau terima aku sebab terpaksa Zain. Aku tahu aku banyak kekurangan. Aku jahat. Aku bukan wanita idaman sesiapa. Aku taknak perkahwinan yang bukan atas dasar cinta." Perlahan suara Keisha Layla.

"Aku cintakan kau Keisha Layla Dato Hisham. Sumpah dengan sepenuh jiwa raga aku." Zain Iskandar meluahkan perasaanya. Berdebar dia menunggu keputusan dari Keisha Layla. Kalau kena reject dia dah plan nak berkurung dalam bilik dia 7 hari 7 malam. Malu oiii kena friend zone!

"Aku setuju jadi isteri kau. Kerana aku juga cinta kau seorang." Balas Keisha Layla.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now