Bab 36 ✨

22 2 0
                                    

Sudah seminggu sejak daripada kejadian di dalam kereta Zain Iskandar tempoh hari Keisha Layla banyak mendiamkan diri. Sepatah di tanya, sepatah juga dijawab. Kadang tu, soalan hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Keisha Layla juga banyak termenung seorang diri di taman mini milik Dato Hisham. Dia lebih gemar menghabiskan waktu nya di situ. Susah hati Dato Hisham dibuatnya.

"Layla.. Boleh daddy duduk?" Tanya Dato Hisham. Setelah mendapat anggukkan dari anaknya, dia pun melabuhkan pungguh di atas kerusi batu yang terdapat di taman mini itu.

"Layla okay? Ada apa-apa masalah ke? Daddy tengok kamu dah seminggu memencilkan diri. Makan pun jarang. Taknak share dengan daddy ke?" pujuk Dato Hisham lagi. Dia seperti dapat mengagak punca kebisuan anaknya itu.

"Daddy.. Layla rindukan Zain... Tapi, dia dah berubah. Dia terluka sebab kan sikap Layla 3 tahun yang lepas. Layla menyesal daddy. Layla insaf. Layla nak dia kembali semula kepada Layla macam dulu. Layla rindukan dia sangat-sangat. Layla dah minta maaf pada dia tapi dia minta masa pada Layla. Layla takut kehilangan dia daddy. Layla cintakan suami Layla.." Adu Keisha Layla sambil mengalirkan air mata nya.

Dato Hisham hanya tersenyum. Lalu dia menarik anak nya itu ke dalam pelukan nya. Rambut separas bahu anak nya itu dibelai penuh kasih. "Layla.. Tak semua orang mampu memberi kemaafan dengan cepat. Lebih-lebih lagi kalau perkara yang terjadi dulu memberi impak yang besar dalam hidup seseorang tu. Layla kena banyakkan bersabar dan jangan lupa berdoa. Mohon la kepada yang maha esa supaya memberi jalan kepada kamu.. Lebih baik sebuah kemaafan itu diberi dengan hati yang rela dan lapang walaupun lambat berbanding kemaafan yang terpaksa namun masih berbekas di hati." Nasihat Dato Hisham panjang lebar. Dia yakin anak nya itu sudah menyesal. Dia nampak riak penyesalan itu.

"Layla tak pernah putus asa dalam mengembalikan kebahagiaan rumah tangga Layla. Kalau dulu Layla di uji dengan dugaan yang hampir meragut Layla but look at me now. I've made it daddy. Kali ini Layla akan terus berjuang sekali lagi demi cinta syurga Layla." Kata Keisha Layla. Dia akan berusaha memohon kemaafan daripada suami nya. Dia akan melakukan apa sahaja asalkan kebahagiaan nya kembali menjadi milik mereka berdua.

****************

"Dia dah menyesal. Dia dah luahkan semua nya pada daddy. Nampaknya plan tu berjaya." Cerita Dato Hisham kepada Zain Iskandar. Menantu nya itu sedang tekun menghirup teh nya.

"Alhamdulillah syukurlah kalau macamtu. Dia pun ada minta maaf dengan Zain malam annual dinner tu." Balas Zain Iskandar. Rupanya semua ini adalah ulah Dato Hisham yang menemukan semula anak menantu nya itu. Dia ingin mereka berdua berbaik semula. Manakala Zain Iskandar terus bersetuju dengan plan bapa mertua nya itu.

"Baguslah kalau macam tu. Bila kamu akan bawa Layla balik ke rumah kamu? Dia pun daddy tengok asyik termenung aje. Makan pun jarang. Kena paksa dulu baru la nak turun makan." Adu Dato Hisham. Dia risau kalau semakin lama dibiarkan kesihatan anak nya itu akan terganggu. Yelah, makan tak mahu. Asyik termenung saja.

"Soon daddy soon. I'll take my woman back." Kata Zain Iskandar yakin. Sesekali mata nya meliar ke sekeliling cafe itu. Dia terasa seperti di perhatikan. Namun, lekas ditepis rasa itu. Mungkin perasaan nya saja.

"Malam ni datang la ke rumah daddy. Ajak atuk dan nenek saudara kamu sekali. Dah lama rasanya kita tak berkumpul bersama." Ajak Dato Hisham.

"InsyaAllah daddy." Balas Zain Iskandar pendek. Otak nya ligat memikirkan sesuatu.

********************
"Siapa tetamu istimewa daddy tu Tuti? Saya kenal tak?" Tanya Keisha Layla kepada Tuti. Sudah puas dia bertanya kepada Dato Hisham namun jawapan nya hanyalah 'rahsia'.

"Saya juga enggak tahu Puan Layla. Dato hanya menyuruh saya masak makan malam aja karna ada tamu istimewa. Selebihnya saya enggak diberitahu" balas Tuti dengan slang Indonesia nya. Dia sedang ligat menghidangkan makanan di atas meja makan.

Keisha Layla yang sedang menyusun pinggan mangkuk itu hanya mengeluh. Tiba-tiba nama nya dipanggil oleh Dato Hisham. Laju langkah diatur menuju ke ruang tamu. Di lihat daddy nya sedang berdiri di muka pintu sambil bercakap dengan seseorang.

"Mari sini Layla. Tengok siapa yang datang ni" panggil Dato Hisham. Keisha Layla hanya menurut arahan daddy nya. Sampai saja di muka pintu alangkah terkejut nya dia melihat dua orang manusia yang amat dikenali nya.

"Oh my cucu menantu!" Jerit Nek Pah sambil meluru memeluk Keisha Layla. Keisha Layla tersenyum lalu membalas pelukan itu. Kemudian pandangan di alihkan kepada Atuk Sarip yang sedang bermain game di telefon nya.

"Retreat lah! Kenapa maju? Dasar bacot! Kan dah kalah. Habis turun ranked aku!" Marah Atuk Sarip. Nampak nya dia kalah game itu. Tu yang marah semacam aje. "Hah Layla, kamu tak reti ke nak jemput suami kamu dalam kereta tu masuk? Entah apa di tunggu nya." Kata Atuk Sarip tiba-tiba.

Belum sempat Keisha Layla bertanya, mereka berdua itu sudah meluru masuk ke dalam rumah mengikut Dato Hisham. Keisha Layla perlahan-lahan melangkah menghampiri Mercedes Benz milik Zain Iskandar. Dia mengetuk tingkap kereta itu.

"Mari lah masuk. Kenapa abang duduk dalam kereta ni?" Tanya Keisha Layla setelah tingkap kereta diturunkan.

"Masuk lah dalam ni kejap. Ada benda saya nak cakap dengan awak." Kata Zain Iskandar seraya mempelawa isteri nya memasuki kereta itu. Tanpa banyak soal, Keisha Layla menurut.

"Abang nak cakap pasal apa?" Tanya Keisha Layla berdebar-debar. Dia takut suami nya itu akan memberitahu nya berita buruk Yang akan meluka kan hati nya.

Sebuah kotak baldu panjang berwarna biru gelap dikeluarkan lalu dihulur kepada Keisha Layla. Keisha Layla memandang huluran itu dengan pandangan keliru. 'Untuk dia ke?'

"Ambil lah. Untuk Layla." Kata Zain Iskandar. Dia membuka kotak itu lalu seutas gelang tangan emas putih di keluarkan. Di hujung gelang itu ada loket berbentuk love. Dia memakaikan gelang itu pada tangan Keisha Layla. Lalu dia tersenyum senang. 'Cantik!"

"Ini untuk Layla ke abang? Tapi for what?" Tanya Keisha Layla. Dia masih terkejut sebenarnya. Namun, dalam hati nya memuji kecantikkan gelang itu.

"Yes. It is for you. Suka tak?" Tanya Zain Iskandar. Keisha Layla mengangguk sambil menitiskan air mata gembira. Dia suka dengan pemberian itu.

"Abang takde apa-apa harta nak diberi pada Layla. Apa yang abang ada sekarang bukan nya milik abang. Abang hanya menumpang saja. Yang abang ada hanya lah sekeping hati. Boleh ke abang melamar Layla untuk sehidup semati dengan abang hanya dengan sekeping hati ni?" Tanya Zain Iskandar penuh romantis.

"Kerana sekeping hati yang abang punya tu lah, Layla jatuh cinta dengan abang. Kerana sekeping hati itu lah dah memberikan Layla kebahagiaan. Dan kerana sekeping hati itu lah Layla sudi jadi isteri abang." Balas Keisha Layla. Sungguh dia sebak sekarang ini. Suami nya sudah kembali. Kembali semula kepadanya.

"Terima kasih sebab sudi terima abang yang serba kekurangan ni. Abang nak bawa semula bidadari abang ni tinggal dengan abang. Sebab tempat Layla selama nya di sisi abang." Zain Iskandar berkata. Dia ingin hidup bahagia semula bersama isteri nya.

"Layla akan ikut kemana saja abang pergi. Dan abang kena tahu, yang Layla tetap mahukan abang walau seribu tahun lagi." Ucap Kiesha Layla sambil menggenggam tangan suami nya.

Zain Iskandar yang mendengar itu terus menarik Keisha Layla ke dalam pelukan. Dia bersyukur kerana isteri nya sudah sembuh dan kembali semula kepada nya. Keisha Layla pula menghamburkan tangisan kegembiraan di bahu suami nya. Syukur dia masih diberi peluang untuk bersama dengan insan yang bernama Zain Iskandar. Cinta syurga nya.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now