Bab 9 ✨

36 3 0
                                    

Harini genap seminggu dia tidak bertemu dengan Zain Iskandar lagi. Terasa tenang hidupnya. Tiada lagi wajah menyakitkan hati dan kata-kata pedas dari lelaki itu. Keisha Layla melangkah ke balkoni biliknya. Ternampak Farah sedang menyapu halaman rumah. Dia pun turun untuk bertemu dengan Farah. Ada perkara yang ingin ditanyakan kepada gadis itu.

"Hmmm Farah. Sini kejap" gamit Keisha Layla. Sambil itu dia melirik ke arah Farah yang sudah pandai bergaya. Gadis itu sekarang sudah pandai bersolek dan memakai skirt labuh dan blouse.

"Ye ada apa Cik Layla" sopan Farah bertanya. Dia sejujurnya berdebar menanti apa yang ingin disampaikan oleh anak majikan nya itu. Nak hina dia lagi ke ?

"Kau ada boyfriend ye? Aku ada terdengar kau on call malam semalam" serius Keisha Layla bertanya. Serta-merta kejadian semalam terimbas di kepala nya.

Keisha layla terjaga dari tidur. Terasa tekaknya haus. Dia pun mengambil jalan untuk turun ke dapur bagi membasahkan tekak. Semasa dia lalu di hadapan bilik Farah dia terdengar Farah berbual dengan seorang lelaki. Farah mengadu dan menangis !

"Abang Faris, Farah dah tak tahan kerja di sini. Farah selalu dihina gemuk dengan Cik Layla." Adu Farah dalam tangisan. Sememang nya teman lelaki nya itu la menjadi tempat mengadu bagi Farah.

"Kesian sayang. Kalau sayang dah tak tahan sangat, berhenti jela kerja tu. Banyak lagi kerja yang lain. InsyaAllah ada rezeki sayang tu nanti. Takpun dekat office abang ada nak pakai tea lady. Farah boleh kerja di situ" pujuk Faris. Dia sebenarnya sungguh kasihan dengan apa yang menimpa buah hati kesayangannya itu. Dia sungguh marah dengan apa yang Keisha Layla itu lakukan. Berani dia menyakiti hati wanita kesayangannya! Dia akan memberi pengajaran kepada Keisha Layla itu nanti. Percayalah!

"Betul ke abang?! Alhamdulillah seronoknya Farah. Terima kasih abang sebab selalu ada dengan Farah. Walaupun abang anak Dato dan kaya tapi abang tak pernah sombong. Abang sentiasa rendah diri. Bertuah Farah dapat abang" gembira Farah berkata-kata.

"Farah sayang, ingatlah semua yang ada di muka bumi ni sekadar pinjaman dari Allah. Sampai masa Allah akan ambil semula. Ianya tidak akan kekal. Buat apa abang nak sombong dengan pinjaman Allah ?  Abang ikhlas sayang Farah dan ingin memperisterikan Farah." Kata Faris lagi.

Keisha Layla yang mendengar sudah panas hati. Farah bercinta dengan anak Dato?! Anak Dato mana yang buta sangat tu ?  Dia mesti siasat siapa kekasih Farah ni. Kalau perlu dia akan rampas. Dia berlalu sambil tersenyum jahat.

"Betul Cik Layla. Memang Farah ada boyfriend." Malu-malu Farah menjawab. Keisha Layla yang memandang Farah yang tersengih-sengih macam kerang busuk itu sudah mempamirkan riak menyampah.

"Siapa?" Angkuh sekali Keisha Layla bertanya. Belum sempat Farah menjawab ada sebuah kereta Mercedes Benz berhenti betul-betul di luar pagar rumah Keisha Layla. Farah yang melihatnya sudah tersenyum riang. Dia kenal dengan pemilik kereta itu. Abang Faris !

Keisha Layla laju melangkah mengekori Farah. Seketika dia terpana. Faris! Apa yang dilakukan lelaki itu di rumahnya ? "Eh Faris! Apa you buat dekat rumah I ni ? Nak jumpa I ke ? Tapi I belum mandi lagi ni" dengan lenggok menggodanya Keisha Layla berkata. Farah disebelah dikerling. "Eh Farah! Kau buat apa lagi dekat sini? Ni tetamu aku! Pergi sambung kerja kau!" Tinggi suara Keisha Layla menghalau.

"Tt..tapi Cik Kayla.." Belum sempat Farah habiskan ayatnya Keisha Layla sudah memintas "kau melawan?!" Jegil mata Keisha Layla ke arah Farah. Faris yang menjadi pemerhati sedari tadi sudah mengetap gigi geram. Berani sekali perempuan gedik ni marah Farah cinta hati nya !

"Excuse me. I datang ni nak jumpa buah hati I bukan nak jumpa you Keisha" sinis kata-kata dari Faris. Keisha Layla sudah dilanda kehairanan. Dia mengerutkan dahinya. Siapa buah hati jejaka ini? Hanya dia dan Farah saja wanita yang tinggal di rumah ini. Takkan la buah hati jejaka ini adalah daddy nya. Walaupun daddy nya seorang yang lembut tapi daddy nya straight !

"Maksud you? Siapa yang you nak jumpa kalau bukan I ?" Tanya Keisha Layla. Dia terpandangkan renungan jejaka itu kepada Farah. Seketika dia terpana dengan kata-kata lelaki itu. "Farah. Buah hati I." Farah yang mendengarnya sudah tersenyum malu.

"What?! Farah? Buah hati you?! You bergurau kan Faris? Takkan la taste you perempuan gemuk macamni ? Bukan ke you tu boyfriend I ? Lagipun si gemuk ni tak padan dengan you!" Jerkah Keisha Layla. Farah yang mendengar sudah mengalir kan air mata. Lagi-lagi isu berat dan saiz badan yang diperkatakan.

Bertambah pedih hati Faris apabila melihat Farah kesayangannya menangis. Tidak menunggu lama tangan diangkat dan sebuah tamparan yang padu diberikan kepada Keisha Layla. "Kau jangan hina kekasih aku Keisha! Selama ni Aku dah cukup bersabar bila kau hina dia! Kau layan dia macam sampah! Kau sedar sikit diri kau, aku tak pernah jatuh cinta dengan kau! Aku hanya mempermainkan kau saja sebagaimana kau permainkan perasaan kawan-kawan aku dulu!" Tengking Faris.

Keisha Layla yang mendengar nya seumpama disambar petir. Dia dipermainkan ? Selama ini hanya dia yang mempermainkan hati lelaki. Dia akan menggoda mereka kemudian selepas 3 kali dia akan meninggalkan lelaki-lelaki itu. Dia seorang playgirl. Kawan-kawan yang dimaksudkan oleh Faris ialah Zakwan. Zakwan meninggal dunia kerana overdose ubat tidur selepas putus dengan Keisha Layla.

"Ja..jadi you hanya balas dendam dekat I sebabkan kawan you? macamtu?" Tergagap-gagap Keisha Layla bertanya. Apakah? Nampak gayanya sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Sehebat-hebat dia menjadi seorang playgirl yang digilai ramai akhirnya terkena juga. Dia sudah bertemu buku dengan ruas.

"Ye! Aku memang buat semua ni untuk dendam aku. Sekarang Kau rasakan sendiri. Betapa sakitnya kena tinggal dan kena game!" Puas hati Faris dapat melepaskan segala amarahnya.

Keisha Layla yang mendengar semua itu terus meluru masuk ke dalam rumah dan menuju ke bilik nya. Di situ dia menangis semahunya. Sakit. Sakit dirasakan apabila dipermainkan. Rupanya begini rasa sakit lelaki-lelaki yang telah dia permainkan dahulu. Setelah puas menangis akhirnya Keisha Layla tertidur.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now