Bab 23 ✨

31 2 0
                                    

Hari ini Keisha Layla dan Zain Iskandar akan pergi fitting baju kahwin mereka. Semestinya Keisha Layla lah yang paling teruja sekali. Riuh mulut nya membincangkan itu ini dengan Sally. Ada saja yang tidak digemarinya. Memang betul-betul mewarisi sifat daddy nya yang cerewet. Sampai demam lah Sally dibuatnya.

"Ini baju untuk Cik Keisha dan ini baju untuk Encik Zain. Okay ke?" Kata Puan Maria. Pengusaha butik terkenal itu.

"Wahhh cantiknya! I like it!" Kata Keisha Layla teruja. Zain Iskandar hanya menayangkan sengihan. Suka dia apabila melihat wanita kesayangannya itu gembira.

"Kalau suka, boleh la cuba dulu ye. Nanti senang boleh ubahsuai apa yang patut" saran Puan Maria.

Selesai saja mencuba baju itu Keisha Layla keluar dari fitting room dan berdiri di hadapan cermin. Dia terpegun melihat kecantikkan gaun pengantin tersebut. Eleh, sebenarnya baju tu lagi cantik sebab yang pakai nya pun cantik!

 Eleh, sebenarnya baju tu lagi cantik sebab yang pakai nya pun cantik!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Gaun pengantin Keisha Layla

Zain Iskandar yang baru keluar dari fitting room yang lain juga hampir sahaja pengsan dengan keanggunan Keisha Layla. Sungguh cantik ciptaan Tuhan.

Keisha Layla yang melihat Zain Iskandar di dalam pantulan cermin itu segera memusingkan badan nya. Dia juga hampir melongo melihat seorang Zain Iskandar versi Yang ini. Kacak nya! Kalau dulu Keisha Layla tidak mahu semua orang mengetahui Zain Iskandar itu sepupu nya namun kali ini dia rasa ingin menjerit satu dunia bahawa lelaki di hadapan nya ini adalah bakal suami nya! Tiada lagi Zain Iskandar yang berambut panjang paras bahu atau lebih dikenali Tarzan itu. Kini lelaki di hadapan nya ini ibarat prince charming.

Baju pengantin Zain Iskandar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Baju pengantin Zain Iskandar

"Oh my god you guys look so stunning! Perfectly suite together!" Puji Puan Maria teruja. Dia mengambil beberapa keping gambar mereka berdua untuk dijadikan kenangan. So cute!

Setelah selesai sesi fitting baju, mereka berdua meminta diri untuk pulang.

"Kitorang balik dulu Puan Maria. Thank you for the superb dress and suits! Kitorang suka sangat and berpuas hati. Tak sabar nak pakai hehe" kata Keisha Layla sambil menyalami tangan wanita itu. Tubuh wanita itu ditarik ke dalam pelukan.

"Sama sama Cik Layla. Saya doakan semoga semua nya berjalan dengan lancar. And also, selamat pengantin baru in advance!" Balas Puan Maria. Zain Iskandar hanya memberikan senyuman ikhlas  lalu mereka berdua keluar dari butik itu selepas mengucapkan terima kasih.

"Ada nak pergi mana-mana lagi ke lepas ni Layla?" Tanya Zain Iskandar sambil mereka berdua melangkah ke arah kereta.

"Emmm takde dah rasanya. Semua Sally dengan daddy dah uruskan. Tapi, aku lapar la Zain. Kita pergi makan dekat restoran depan tu nak?" Ajak Keisha Layla. Zain Iskandar hanya mengangguk.

Sampai sahaja di restoran itu, Zain Iskandar memanggil pelayan untuk mengambil pesanan mereka.

"Ye nak order apa? Eh Abang Zain!" Tanya Ain. Dia memandang wanita cantik di sebelah Zain Iskandar dengan pandangan tajam.

"Eh Ain! Buat apa kat sini?" tanya Zain Iskandar yang nyata terkejut melihat Ain di situ. Namun, dia perasan sesuatu di antara dua wanita di hadapan nya. Ain dengan pandangan tajam manakala Keisha Layla dengan pandangan membunuh!

"Ain kerja sini la Abang! Abang buat apa kat sini? Siapa perempuan ni?" Balas Ain dengan terlebih ramah atau gedik itu. Siap memukul bahu Zain Iskandar lagi. Wah wah! Keisha Layla yang melihat sudah berasap.

"Siapa ni sayang? Orang kampung sayang ke?" Tanya Keisha Layla dengan suara manja. Lembik lutut Zain Iskandar mendengar panggilan sayang dari bakal isteri nya itu.

"Errr ni Ain. Junior aku masa dekat sekolah dulu. Ain ni Kak Layla. Dia bakal isteri Abang." Zain Iskandar memperkenalkan mereka berdua. Keisha Layla yang sudah in character wanita jahat itu sudah tersenyum sinis. Bukan dia tidak nampak raut kecewa si Ain itu tadi.

"Hai Ain! Nice to meet you. Nanti wedding kitorang jemput la datang. Dah tak lama pun. Lagi seminggu aje lagi." Kata Keisha Layla bangga. Dia bukan nya apa, dia tahu ada sesuatu dengan budak Ain ni. Sebabtu dia tiba-tiba dirasuki oleh roh perempuan jahat. Hahahaha.

"Haah betul tu. Nanti ajak mak sekali ye" kata Zain Iskandar tanpa mengesyaki apa-apa.

"Ermmm boleh I order sekarang tak? I lapar sebenarnya ni." Keisha Layla segera menukar topik.

"Haa? Yeye boleh. Nak makan apa ye?" Ain yang baru tersedar daripada berita mengejut itu segera kembali ke alam realiti. Dia sebenarnya tidak menyangkan bahawa lelaki pujaan hati nya sudah berpunya. Sedih hati nya. Alamatnya melepas la dia nak menjadi isteri kepada lelaki itu. Wanita yang bakal menjadi suri hati Zain Iskandar itu pula bukan biasa-biasa. Memang kalah jauh dia nak dibandingkan dengan Keisha Layla itu. Keisha Layla itu spec bidadari sementara dia? Hanya gadis kampung.

Ain melihat kemesraan pasangan itu dengan hati yang sebal. Dia menggenggam tangan nya membentuk penumbuk. Dia bertekad. Selagi mereka berdua itu belum sah menjadi suami isteri dia masih ada peluang! Dia akan cuba merebut hati lelaki itu walaupun peluang nya sangat tipis! Tapi belum cuba belum tahu. Dia mengukirkan senyuman penuh makna.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now