Bab 11 ✨

30 2 0
                                    

Sesampainya di hadapan office Dato Hisham, Keisha Layla turun dari perut teksi. Setelah membayar tambang dia pun melangkah mendekati office itu. Terdapat satu kertas yang ditampal perkataan *UNTUK DIJUAL* dan terdapat nombor telefon seseorang di situ. Tanpa menunggu lama, Keisha Layla memutuskan untuk menelefon nombor yang tertera di situ. Berharap semoga dia dapat petunjuk di mana keberadaan daddy nya.

"Hello, Encik Munir bercakap. Siapa di talian ?" Orang disebelah sana menjawab.

"Err.. Saya ada terbaca iklan.." belum sempat dia habis menjawab laju orang di sana memintas.

"Kamu ni Keisha Layla ke? anak Dato Hisham?" Tanya Encik Munir.

"Yy..yee betul! Saya anak Dato Hisham. Encik Munir tahu ke di mana daddy saya sekarang? Tolong beritahu saya. Saya nak jumpa dia" begitu teruja sekali Keisha Layla apabila mengetahui orang di talian itu mengenali dirinya. Ini bermakna daddy sudah menceritakan perihal dirinya kepada orang itu.

"Maaf Cik Keisha. Daddy Cik Keisha sekarang berada di tempat yang jauh. Sangat jauh. Susah untuk saya beritahu tempat nya" terang Encik Munir.

Keterujaan di wajah Keisha Layla serta merta pudar. Diganti dengan wajah sayu. Tiba-tiba dia menangis. Teresak-esak. "Daddy.. kenapa daddy mati cepat sangat? Layla tak puas lagi bermanja dengan daddy. Siapa nak jaga Layla lepas ni? Kenapa daddy tinggal kan Layla? Daddy dah tak sayang Layla ke?" Keisha Layla mengongoi sendiri.

"Eh eh Cik Layla! Nanti dulu. Bila masa saya cakap Dato Hisham dah mati? Saya cuma cakap dia pergi tempat yang jauh. Maksud saya jauh tu di luar negara. Bukan mati." Encik Munir memicit pelipis nya. Apa kena lembab sangat anak gadis Dato Hisham ni?

"Ja..jadi Daddy saya masih hidup? Kenapa dia pegi keluar negara tanpa beritahu saya? Kenapa dia tak bawa saya sekali? Boleh saya minta nombor telefon daddy saya? Saya rasa dia dah tukar nombor la." Bertubi-tubi seperti peluru berpandu soalan dari mulut mungil itu bertanya.

"Maaf Cik Layla. Saya tak dapat tolong Cik Layla. Saya sendiri pun taktau di mana Dato Hisham berada sekarang. Dia hanya tinggalkan sepucuk surat sebelum dia pergi. Sila datang ke pejabat guaman saya untuk tuntut ye. Kita akan bincang lebih lanjut di sana. Saya akan send location. Okay bye" terus panggilan itu termati.

'Ya Allah peguam jenis apa yang daddy lantik ni? Kenapa macam tak berapa nak betul aje? Dia matikan call macam itu je?' Kata hati Keisha Layla berbicara sambil memandang skrin telefon bimbitnya yang bertukar gelap. Memandangkan hari pun sudah lewat petang, terpaksa la dia menyewa hotel di mana-mana dulu. Dia pun sudah penat. Terlalu banyak perkara mengejut yang dia terpaksa hadap harini. Esok sajalah dia pergi ke pejabat Encik Munir tu. Dia perlukan rehat.

HIS LOVE : PLAYGIRLWhere stories live. Discover now